Bebas Memilih Dari Kacamata WAHM

Saya suka nak bercerita pasal topik ni kerana saya telah mengalami dua fasa sebelum ini. Fasa bekerja di pejabat dan fasa bekerja dari rumah.

Memang sangat berbeza. Memanglah masing-masing ada kelebihan tapi saya nak cerita keseronokan bila kita bebas memilih. 
Tak semua dari kita bebas memilih. Ia lah kalau boleh memilih rasanya ramai ibu-ibu terutamanya suka duduk rumah je betul tak? Dan sebab saya dah memilih berada di rumah dengan menjadi WAHM maka saya boleh dan bebas memilih.
Harini rasa nak kena keluar untuk beli white board. Tak cukup besar board yang  ada untuk saya lakarkan segala macam kerja saya dari rumah iaitu buat kerja-kerja bisnes online. Maka harus kena keluar juga. Best bila keluar ke mall pada saat orang lain bekerja ni. Salah satunya tak ramai orang. Maka cepatlah dapat kita pilih barang 😍

Pagi-pagi jam 10 dah keluar rumah. Harus mengangkut satu-satunya anak lelaki hehehe. Kakaknya kat sekolah jadi kita keluar jalan dengan adik jelah.
Tips sebelum keluar dengan anak adalah pastikan anak anda dah kenyang dan bawak sekali barang mainan dia untuk tak bagi bosan dalam kereta hehehe

Best betul jalan harini sekejap je dapat yang dikehendaki. Ala white board je pun. Saya kalau keluar ke mana-mana suka tuju satu tempat yang memang kita dah fikir sebelum tu dan terus beli. Sebab faham sahajalah bawak anak ni mama kena pantas. Jangan lambat-lambat nanti berlaku drama yang tidak diingini hehehe.
Ini dia barang yang berjaya ditangkap hari ini. Maka balik dari shopping kita singgah ambil kakak sekolah pulak. Bebas mengatur masa sendiri kan ke seronok?

Kalau ada antara anda yang mahukan tips bagaimana mahu berbisnes online hanya dari rumah, jangan segan hubungi saya. Mana tau inilah titik tolak permulaan untuk anda lakukan perubahan dalam hidup. Berani lakukan perubahan dan anda dapat imbuhan 😍
Saya update blog on the go sahaja!

Leave a Reply