Krabi Island: Terasa Macam Balik Kampung!

Rindunya mengetuk keyboard. Sejak dua  menjak terasa macam terlampau sibuk, juga banyak juga travel maka kesempatan menulis agak kurang.

Sudah lama ingin berkongsi kisah percutian saya dan keluarga ke Krabi. Ini adalah kali pertama kami ke Thailand dan alhamdulillah pengalaman yang sangat best rupanya.

Sebelum ke sana saya survey je mana hotel yang menarik, tujuan utama mahukan hotel yang ada pool dalam bilik. Supaya senang saya nak buat kerja sambil-sambil tengok anak-anak mandi. Dan kami telah memilih Centara Anda Devi Resort & Spa. Memang menarik! Tak sia-sia memilih.

Sampai sahaja ke bilik, perkara utama adalah wajiblah mandi dulu. Berendam dalam air setelah berpanas naik teksi tadi dari airport ke hotel. Yang saya nak share ni adalah pool dia sangat best, memang attached dengan bilik tapi ini lain sedikit sebab ruangnya lebih besar dan buka je sliding door boleh terjun lipat masuk dalam air:)

jenguk dulu sebelum terjun

Takkan nak jenguk aje kan, apa lagi..tadaaaaa!!

Lama juga berendam. Saya pun ikut sekali renang  berirama tau hehhee. Tapi tak selama dorang ni. Abahnya nampaknya megalahkan anak-anak, main bola air sungguh-sungguh hati nampak. Bagus juga anak-anak mandi puas-puas dulu, kejap lagi mesti lapar dan kami bercadang untuk keluar depan hotel ni jalan kaki banyak je kedai-kedai makan. Kalau rajin jalan lebih sikit boleh ke pantai terus situ lagi macam-macam ada.

Pendek kata tak susah la nak cari makanan dekat sini, sebab itu saya rasa macam berada di kampung sendiri. Ramai muslim kat sini dan makanan halal juga sangat mudah didapati.

Nanti bersambung di siri yang lain bagaimana sambungan kami setelah mandi manda tadi ye. Stay tuned:)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
====================================================================
Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply