WAHMILLIONNAIRE: 19 Wahmies Yang Jelita

Selamat sejahtera buat pengunjung setia blog permatacintaku. Terima kasih atas sokongan anda:)

Harini saya nak cerita tentang empayar Wahmillionnaire. Empayar ini saya tubuhkan atas dasar ingin melahirkan lebih ramai mereka-mereka yang bercita-cita tinggi. Bukan mudah mahu menerapkan cita-cita tinggi itu, tidak semua orang boleh buat.
Sebenarnya ramai ahli dalam wahmillionnaire ini namun harini saya mahu highlight tentang ibu-ibu wahm yang berada dalam empayar kami. Mereka semua sangat bersemangat waja, walau kami tidak mempunyai rakan-rakan opis seperti orang lain tapi kami berkawan dan bersahabat secara maya dan sesekali berjumpa. Memang ukhwah yang hebat kerana bermula dari tidak mengenali antara satu sama lain.
Inilah dia antara wahmies yang menyeri group besar kami. Secantik dan semulia tugas kami:)

Dalam gambar di atas semuanya adalah wahm kecuali yang nombor 3 dari kanan insyaAllah akan menyusul. Konsepnya kami berbisnes bersama-sama keluarga. Hakikat nampak biasa tapi mereka semua luarbiasa! Walau bekerja dari rumah tapi hampir semua mereka mendapat 5 angka setiap bulan. Sambil dokong anak je pun kan?
Saya perkenalkan beberapa wahmies dalam group wahmillionnaire yang sangat dikagumi. Ini dia yang pertama berasal dari Sungkai, Perak. Orangnya kecil molek tapi berjiwa besar.

Wahmies kedua adalah ibu beranak nak masuk 3 dari Kelantan. Bersemangat hebat walau sedang sarat sekarang ni:)

Lagi seorang iaitu ibu yang sedang menunggu masa bersalin anak kedua, dari Pengkalan Chepa, Kelantan. Kami tidak pernah bersua muka namun semangat untuk berjaya tak pernah hilang.

Seterusnya adalah ibu yang sangat kuat semangat dari dulu hingga sekarang, dari jual pam susu sekarang fokus pada shaklee 100% sambil menjaga 2 orang anak dan juga seorang suami tercinta ❤️

Dari terengganu, wahmies yang juga bercita-cita tinggi, tidak mahu mengalah walau masih dalam pantang sekarang tetap meneruskan rutin online bisnes secara biasa.

Seorang ibu yang tabah, kuat dan sangat rajin memasak:) Berasal dari bekas kastemer sehinggalah menjadi orang yang berjaya dan salah seorang wahmies dalam group kami.

Pasangan ibu dan anak (falam bisnes shaklee) berdua lebih baik ini menetap bersebelahan, jiran katanya:) Maka banyak acara penghantaran kek, pavlova dan seangkatan dengannya setiap haro tapi dalam masa yang sama tak lupa untuk pos vitamin:)

Wahmies seterusnya adalah bekas akauntan yang memilih menjadi wahm (working at home mom) yang berjaya. Sedang hamil anak kedua, walaupun rajin masak beriani tapi tak lupa juga buat shaklee:)

Ibu muda yang kerjaya sebagai pengamal perubatan juga memilih wahm kerana ingin lebih dekat dengan anak-anak tersayang. Murni hasrat itu dan tiada perlu dirisaukan kerana katanya rezeki Allah itu luas.

Fiza luv nama diberi kerana beliau asalnya penjual tudung fareeda:) Luv sinonim dengannya kerana passion beliau dalam shaklee sehebat nama luv itu sendiri:) 

Ada 19 wahmies yang bergelar leader, dan ramai lagi wahmies dari kalangan bukan leader. Tapi semangat mereka mengatasi segalanya. Join bisnes ini amat mudah kerana anda tidak perlu korbankan masa dengan keluarga, setiap bulan masuk duit poket, apa mahu lagi?
Jika anda semua teruja untuk menyertai kami, jangan malu-malu segera hubungi sebelum terlambat. Banyak lagi aktiviti yang akan kami buat nanti:)

Leave a Reply

This Post Has One Comment

  1. Hanim

    InshaAllah akan menjejaki mereka.. WAHM..