Masker Eksklusif: ESP & Vitamin E

Rasanya ramai antara wanita yang suka bermasker kan. Dari yang mahal hingga ke murah dan dari bahan yang boleh didapati dari dapur juga.

Saya tidak terkecuali, hanya gunakan apa yang ada dalam rumah. Nak ke spa bagai setiap masa atau ada rutin tu memang taklah. Tapi ibu-ibu kat rumah masih boleh kelihatan gojes tau.
Saya gunakan hanya ESP (energizing soy protein) atau lebih dikenali sebagai Soy Protein Isolate Powder bersama-sama Vitamin E. 

Selain dari untuk makan, ia boleh dibuat masker juga tau. Cubalah memang best! Terutama bagi yang kulit kusam, memang awesome lah!
Cara dia mudah sahaja. Mula-mula ambil sesudu kecil ESP, dan sebiji vitamin E. Vitamin E tu boleh gunting dan picit ke dalam piring seperti gambar di bawah.  

Selepas itu boleh campurkan sedikit air untuk larutkan kedua-dua bahan. 

Selepas itu kacau guna jari je untuk dapatkan hasil seperti ini. Tadaaaaa!

Jangan risau, hitam bukan sebarang hitam. Hitam tu dari seed oil yang ada dalam vitamin E tu tadi. Memang sangat berkhasiat untuk kulit. ESP tadi tu pula boleh bantu gebukan kulit. Lepas ni jangan suami tak kenal sudah hehehe
Selepas kering maka basuhla muka. Dan lihatlah hasil yang berseri-seri nanti. Beraura bak sinaran rembulan. Over kan hehe. Ok selamat mencuba ye.

Leave a Reply