Kerana Shaklee: Lalat Kecil Test Power

Malam-malam syahdu pula mendengar lagu…
Izinkan aku meluahkan rasa..wah menjiwang pula malam-malam begini. Tapi saat-saat begini saya terkenangkan peristiwa 3 tahun dahulu bagaimana saya menceburi bisnes ini.

Sebab utama adalah terjebak secara tidak sengaja. Niat hanya ingin mencari milk booster semasa menyusukan anak tetapi lain pula yang datang. Tapi takpe, syukur sangat sebab banyak benda positif yang datang dalam hidup setelah melibatkan diri.

Memang jika ingin berbuat sesuatu biarlah bakar hingga menjadi arang. Jangan buat separuh jalan. Memang benar, buat separuh jalan takkan membawa kita ke mana-mana. Orang sudah sampai ke bintang tapi kita masih dok mencari siput dalam laut.

Kalau dalam bisnes tiada cabaran maka baik jangan bisnes. Sudah pasti ada pelbagai cabaran. tapi sentiasa fikir positif, ada orang lain lagi lagi teruk dari kita terpaksa membanting tulang. Kalau sekadar buat bisnes online ni kena banting tangan menaip hehehe, tapi apalah sangat nak dibandingkan dengan banting tulang di tengah panas. Modal pun tak perlu, hanya modal keinginan yang kuat untuk berubah.

Saya berpegang pada prinsip diri sendiri. Buat apa yang kita suka, maka banyak benda positif akan datang nanti pada kita. Usah risau pada pandangan orang sebab bukan orang tu tolong bagi modal pada kita. Dan kita hanya perlukan restu keluarga, suami, dan ibu bapa untuk bantu doakan yang baik-baik sahaja. Kalau ada rintangan atau bantahan dari orang sekeliling yang mungkin tak senang dengan kejayaan kita, pekakkan sahaja telinga kerana dari 100 orang pasti akan ada 2,3 lalat kecil yang ingin test power hehehe, maka abaikan sahaja.

Apa yang saya boleh katakan, dengan Shaklee banyak benda saya buka mata. Biar mungkin orang lain tak nampak, tapi saya amat yakin kerana orang-orang tersayang di sekeliling yang nampak perubahan itu. Biarlah seadanya..Saya bahagia begini, moga Allah izinkan ia berpanjangan.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply