Cik Oren Penyegar Badan

Petang-petang panas ni mulalah mahu mencari minuman sejuk kan. Kalau dapat sesuatu yang menyegarkan alangkah hebatnya.

Pling! Idea hebat muncul. Hebat tak sangat lah sebab bancuh je pun. Teringat dalam peti ais tersimpan Performance Drinks yang begitu dirindui. Maka apa lagi cepat-cepat bancuh tak pandang kiri kanan dah.

Satu canister ni tahan lama dalam 2 bulan camty ikut pada berapa kerap anda ke dapur membancuhnya. Kalau jarang ke dapur alamat 6 bulan tak tentu habis.
Saya memang sukakan rasa oren Performance Drinks ini sebab ia sangat segar. Minum sejuk sangat menyamankan tekak. Kalau suami anda balik kerja elok sangat berikan segelas performace drinks ni. Hilang haus suami berperang dalam jammed.

Bancuhlah sesedap rasa, nak pekat, nak cair, nak lebih masam, ikut suka masing-masing. Daripada kita dok minum teh tarik yang ada gula banyak tu baiklah minum ni kesihatan terjaga. Ikutkan nak senang shake je tapi saya menggunakan cara tradisional iaitu mengacau menggunakan sudu, maklumlah shaker mana pegi tah kat rumah ni. Hilang lesap menyembunyikan diri.

Tengok tu mesti terliur ni. Minuman ni secara ringkasnya fungsi macam 100 plus tapi versi tiada gas. Tapi off course bukanlah setaraf 100 plus malah lebih banyak kelebihan lagi. Berupaya memgembalikan kehilangan bendalir dalam badan. Selepas aktiviti sukan juga sangat sesuai ambil ni. Maklumlah dah hilang banyak peluh tu kena ganti balik garam dalam badan.
Oklah dah kenyang minum air nampaknya. Malam ni boleh cergaskan diri banyak kerja lagi nak buat. Senarai susunan kerja masih tabah menanti:)

Leave a Reply