B Complex Pilihan Siti Nurhaliza

Bestnya makan cucur jagung sambil bersantai-santai di tengahari. Harini super busy hingga makan pun tak sempat lagi harini, mujur ada anak bisnes yang baik hati hantarkan bekalan makanan:)

Sambil rehat ni nak cerita sikit pasal vitamin B Complex. Selalu orang menafsirkan b complex ini boleh menggemukkan. Jangan silap kerana apa sangat salah dia mahu tuduh sebab dia kita jadi gemuk. 

Jangan risau sebab itu mungkin kerana cara makan yang tidak sesuai. Kita kena faham fungsinya dahulu. B Complex boleh menukarkan karbohidrat kepada tenaga. Jadi kalau makan sebelum mengambil makanan ia boleh mengundang rasa lapar kerana tiada karbohidrat yang boleh ditukarkan kadi tenaga. Kalau anda boleh kawal perasaan nak makan takpe tapi kalau tak boleh kawal maka tengok nasi kosong rasa macam nasi beriani ayam.

Tapi harini saya tak mahu cerita pasal fungsi dia yang lain. Saya nak cerita rahsia cantik. Hanya gunakan B Complex maka kulit anda akan cantik mulus. Siapa pengamal b complex? Salah seorang adalah artis popular Siti Nurhaliza. Beliau amalkan B Complex setiap hari. Tapi jenama b complex yang dimakan tidak lah saya tahu. 

Maka bila dah tau rahsianya apa lagi cubalah. Saya sekarang dah tau maka makin seronok mahu jadikan rutin. Siapa tak nak cantik jelita kan?
Rahsia B complex? Mudah sahaja kerana dalamnya ada B2 atau dikenali sebagai Riboflavin. Inilah rahsia kerana ia berfungsi menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Bila kulit sihat dari dalam maka akan terserlah di luar.
Tak cuba tak tahu. Tapi ia memang kecil-kecil cili padi. Dah cuba baru percaya. Jom amalkan!

Leave a Reply

This Post Has One Comment