Mama ni dah biasa jadi mata panda. Maklumlah si kecik ni kemain sekarang ni tak nak tidur.
Jam 3 pagi masih boleh bermain dengan riangnya. Mulut bising bercakap macam-macam walau hakikat dia je yang faham🤣
Bayangkan dia tidur lewat, kita ni rasa nak tongkat mata sendiri. Takut dalam pada dok jaga dia, kita terlelap.
Setakat ni Mj belum pernah lagi la terlelap masa dia tak tidur. Risau juga kan bila kita pun dah terlampau penat, boleh jadi tertidur tanpa sengaja.
Nak kata siangnya Mj bagi dia tidur lama, tak juga. Sebab siang pun bukan nak tidur sangat kecuali kalau masuk dalam kereta barulah dia lelap. Itupun kadang-kadang 😫
Biasanya Mj akan buat kerja berkaitan bisnes seperti buka laptop untuk selesaikan hal berkaitan adalah pada waktu malam selepas dia tidur.
Tapi banyak masanya dek kerana dah lewat, faham-faham sahajalah. Tapi mujurlah hanphone sekarang kan macam-macam boleh buat. Tulis blog pun guna handphone, ok je. Sekarang ni pun Mj tulis guna hanphone lah ni.
Mencabar juga sebenarnya bila anak tidur lewat ni. Lewat bukan biasa, ini dah dekat jam 4 pagi pun belum lelap. Kalaulah esok pagi Mj perlu keluar ke tempat kerja, entah apa akan jadi ye. Mau rabak mata hahah.
Mujur jugalah kerja Mj ni jual Shaklee dari rumah. Lebih tepat lagi, bisnes secara online.
Jadi walau terpaksa berjaga sampai awal pagi, kita tak kalut sangat dengan pelbagai urusan waktu pagi tu.
Ingat dulu masa bekerja, terpaksa hantar anak kecik ke nursery awal pagi dalam jam 6 pagi macam tu. Sebabnya kalau tak, nak mandi pun tak dapat.
Sekarang lebih bebas, walau penat pun masih dalam rumah je dan kita penat melayan dalam rumah tak perlu fikirkan nak keluar ke tempat kerja dan lain-lain.
Inipun mujurlah dapat peluang begini. Kalau tak jadi mata panda setiap hari lah mama haha.
Andai korang ada berminat nak berbisnes dari rumah bersama group Mj, dialu-alukan. Bimbingan diberikan tapi dengan syarat berani nak commit lah.
Sebab kalau bekerja dari rumah ni perlu komitmen tinggi tau. Jika tak alamatnya yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran.
Alhamdulillah, suka saya baca. sebab saya pun 2×5 je. hehe.
dari bekerje yang teruk, sekarang ni buat bisnes dengan hasben sebelah menyebelah je. hehe.
kan syukurlah ada peluang sebegini:)