Semalam renew passport si adik. Dah terpaksa juga renew sebab nak kena isi borang trip Shaklee ke Bangkok bulan 11 ni.
Masa isi tak perasan, sekali dah dekat expired! Aduh nak pergi imigresen ni paling malas, bukan apa bila terbayang orang ramai dan kena menunggu tu rasa lemah sikit. Tambahan ada si kecik yang ligat ni.
Nak tak nak terpaksa juga buat. Maka pergilah kami ke Putrajaya.
Orang macam biasa ramai, tapi sebab keadaan kat sana boleh kata selesa juga, maka oklah tunggu lama pun.
Ada disediakan bilik untuk kanak-kanak main. Ok lah takde bosan sangat, kalau tak mesti kena buat aktiviti berkejaran dengan si princess haha.
Kat sini juga ada bilik menyusu. Mj lupa pula nak snap. Kira ok sangat lah sambil tunggu kita pun selesa boleh susukan anak di bilik khas.
Ok berbalik pada cara nak renew passport anak. Senang je.
apa perlu dibawa?
- sijil lahir anak (bawa sekali salinan fotokopi)
- Mykid anak (tidak perlu salinan)
- Ic ibu atau bapa
- di imigresen Putrajaya ni ada disediakan tempat fotostat juga. jadi jangan risau kalau tak sempat nak fotostat, buat je dekat sana pun boleh.
cara renew?
ambil nombor dan tunggu giliran.
tiba giliran, staff bertugas akan ambil semua dokumen tadi untuk pengesahan.
gambar anak akan diambil guna kamera yang telah disediakan.
setelah selesai, kita akan diberi satu kertas untuk membuat bayaran pula.
Untuk buat bayaran korang kena tunggu lagi sekali nombor dipanggil. Jangan hilangkan kertas giliran tu sebab nombor tu lah akan diguna sehingga lah korang collect passport.
Apabila nombor dipanggil, sila buat bayaran secukupnya.
Bayaran adalah seperti berikut.
- umur 13 – 59 tahun – RM200
- umur 60 tahun ke atas (warga emas) – RM100
- kanak-kanak (12 tahun ke bawah) – RM100
- Pelajar yang mengikuti pengajian ijazah di luar negara (21 tahun ke bawah) – RM100
- Jemaah haji – RM100
- OKU – gratis
- semua bayaran ni adalah untuk tempoh 5 tahun. tiada lagi tempoh masa pembaharuan yang kurang dari itu.
- Selepas buat bayaran, dalam masa anggaran sejam passport baru anda akan siap!
- Berbaloilah tunggu, sebab banyak kemudahan disediakan sekarang. Kalau lapar boleh turun bawah carilah kedai makan.
- Ish tak sabarnya nak ke Bangkok percuma!
Leave a Reply