Kalau start bisnes nak kena korbankan kerja ke? Tidak semestinya. Kita masih boleh dapat duit sampingan dan dalam masa sama kita pun tak kehilangan kerja tapi nak kena uruskan dengan betul.
Mj nak share sikit kisah Mj bermula dengan bisnes online ni.
Mj bagi tips sikitlah kot boleh bantu sesiapa yang nak mulakan bisnes pertama.
1. Pilih bisnes yang boleh dilakukan secara separuh masa
Untuk masa sekarang, yang paling mudah adalah buat bisnes online ataupun dropship. Kita boleh buat secara sampingan, kat rumah pun boleh lepas habis kerja bolehla bagi tumpuan pada bisnes pula. Duit pun dapat.
Macam Mj pilih buat Shaklee dulu sebab dia boleh dilakukan secara online dan separuh masa. Maklumlah Mj pun wanita bekerjaya, jadi masa yang ada bukanlah banyak mana.
Namun keinginan nak buat bisnes tetap membara. Itu yang usahakan juga walaupun masa tu dah ada kerjaya tetap. Nak merasa duit tepi katanya.
2. Pilih bisnes yang tak perlukan modal besar sampai kena berhutang.
Ingat ni, jangan mulakan bisnes dengan hutang. Namanya pun bisnes sampingan, part time. Takkan kita nak menambah hutang pula kan?
Macam bisnes Shaklee ni modal hanya RM65 je jadi ahli. Lepas tu tak keluarkan modal beribu pun nak beli stok. Masa tu hanya beli dalam nilai RM200+ pastu cuba jual. Dah laku dan habis baru beli lagi.
Jadi kita tak terbeban dengan modal besar, untung belum tentu lagi. Buat pilihan bijak.
3. Kalau jual produk, pastikan anda pengguna sebelum menjual.
Sambil niat nak menjual tu, diri sendiri kenalah guna. Baru betul jujur katanya. Kita dah cuba sendiri, baru tau berkesan ke tak.
Bila dah cuba tu, senang kita nak cerita pengalaman. Pengalaman sebenar lain tau berbanding yang direka-reka. Barulah nampak ori. Sebab kita dah cuba.
Itulah pengalaman Mj dulu masa nak mulakan bisnes Shaklee.
Dan selepas Mj rasa dah stabil dalam bisnes, baru pasang niat nak buat secara fulltime pula.
Sebelum nak buat fulltime, jangan main suka ati je berhenti kerja. Kenalah ada perancangan.
Mesti tau kewangan sendiri, plan sebaiknya. Sebaiknya kena minimakan hutang. Atau takde hutang langsung lagi bagus jika dah ada niat nak berhenti kerja nanti.
Bagi Mj pula,ini dah masuk tahun ketujuh dalam bisnes ni. Dan alhamdulillah dah dapat peluang berhenti kerja dan buat shaklee secara fulltime.
Bagi sesiapa yang rasa nak mulakan bisnes, bolehlah roger Mj jika berminat nak bersama-sama buat bisnes ni.
Gambar hiasan di bawah adalah semasa majlis National Conference Shaklee yang diadakan pada sabtu lepas.
Majlis tahunan yang diadakan untuk meraikan kejayaan ahli-ahli shaklee dan juga sebagai penghargaan dan sesi perjumpaan dengan ahli shaklee seluruh Malaysia.
jangan lupa ye jika cuba bisnes ni, whatsapp je Mj sini >> cari pendapatan dengan shaklee
Leave a Reply