Nak susu badan banyak bukan boleh sekadar fikir je. Kena ada usaha.
Usaha bagaimana? Pemakanan ibu kena jaga, emosi kena jaga tak nak stress selalu.
Semua tu nak kena ambil berat. Sebab kita menyusu ni banyak perlu belajar, bukan sekadar hanya mahu susu badan banyak saja.
Ada banyak tips yang orang kongsi suruh makan itu ini, milk booster lah, ubat tambah susu dan macam-macam lagi.
Nak makan tu tak kisahlah tapi pastikan sebelum ambil apa-apa kena faham konsep penyusuan terlebih dahulu. Susu ibu bukan magic boleh tiba-tiba banyak mengalir macam air paip.
Jomlah berkenalan dulu dengan 6 jenis makanan yang dikatakan dapat menambah susu badan.
Tak cuba tak tau kan?
- Bawang Putih
Berita baik pada penggemar bawang putih. Mj sendiri adalah pengemar bawang putih. Bukan makan mentah macam tu tapi kalau masak suka letak banyak-banyak dalam masakan, barulah kick!
Rupanya bawang putih juga boleh menggalakkan pengeluaran susu.
- Jintan Manis
Biasa orang letak dalam masakan juga ni. Kalau Mj suka guna bila buat kari. Rupanya dia ni penggalak susu juga. Patut lepas makan kari susu macam banyak je hehe
- Air
Tak dapat dinafikan air memang penting untuk ibu menyusu. Tapi ini jugalah masalah Mj, nak minum air masak banyak-banyak selalu ada kekangan (walhal malas). Air masak kena minum cukup tau kalau tak karang ibu pula kekurangan air dalam badan.
- Oatmeal
Makanan ini juga sangat membantu ibu untuk dapatkan susu badan yang banyak. Memang makanan berfiber seringkali dikaitkan boleh menggalakkan susu badan dikeluarkan dengan lebih banyak.
- Lobak Merah
Dikenali sebagai carrot, memang favourite juga ni. Tak sangka lobak merah juga boleh bantu penghasilan susu malah lebih dari itu lagi boleh bekalkan ibu khasiat vitamin A yang bagus untuk kulit.
- Bayam
aduhai bayam tumis air pun dah menyelerakan. Apatah lagi bila ditambah dengan lada hitam, wah makin menyelerakan.
goreng pun sodap heheh.
Rupanya bayam banyak manfaat juga untuk galakkan penghasilan susu ibu.
Yang penting pemakanan yang seimbang sangat diperlukan oleh ibu untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang proses penyusuan.
Jangan abaikan kesihatan diri sendiri tau.
Ada satu lagi cara alternatif untuk tambah susu badan boleh lihat sini >> cara nak tambah susu badan bagi banyak
Leave a Reply