Ada ke makanan yang ibu menyusu tak boleh ambil bila nenyusu badan?
Kebanyakan dari kita mungkin ada dengar berkenaan ni kan. Ada yang tak sesuai bukan apa, kadang takut mengganggu perut bayi.
Ada juga kadang ianya bukan semua orang tak sesuai, sesetengah orang je. Ada ibu yang sesuai ambil makanan apa sahaja, baby pun boleh terima je tanpa meragam perutnya. Ada setengah bayi sensitif.
Jadi ibu kena berhati- hati ye.
Ini dia senarai makanan yang ibu menyusu kena berjaga-jaga.
- Coklat
coklat ni sedap pada kebanyakan orang. Tapi Mj tak berapa minat coklat pula. Sebenarnya tak digalakkan kerana ia juga mengandungi kafein.
pengambilan kafein melebihi 700mg sehari boleh menyebabkan bayi “meragam” dan “fussy”. kadang kala ia menyebabkan bayi sukar nak tidur.
- Sayuran berangin
Sayuran yang dikatakan berangin adalah seperti kubis, brokoli, bawang dan timun.
kalau boleh makan berpada-pada ye.
- Ikan (yang mengandungi tinggi merkuri)
contoh ikan yang tinggi merkuri adalah seperti todak, shark, king makerel. Ikan tuna dalam tin pun kalau boleh elakkan juga.
- Herba
rupanya ada juga herba yang boleh beri kesan kepada susu. Antaranya adalah peppermint, parsley.
kalau nak makan kena lah berpada-pada ye.
- Buah buahan bersitrus
buah bersitrus ni seperti oren, lemon, limau nipis. kadang buah sebegini mengganggu perut bayi.
juga kena kawal pengambilan, bukan tak boleh langsung tapi dalam masa sama kenalah pantau keadaan bayi.
jangan terlampau risaukan makanan tak boleh atau boleh. selagi ia tak menjejaskan bayi, ambil dengan kadar sederhana.
ada ibu alami masalah susu sikit? tak cukup susu? mungkin boleh cuba ni.
Leave a Reply