Sekarang dah masuk 34 minggu, sekejap rasanya. Kalau mengandung sebelum ni rasa lama, apsal yang kali ni rasa cepat pulak ye. Mungkinkah kerana kali ni hamil bila dah bergelar WAHM. Kalau dulu bekerja opis rasa lambat giler.
Dah masuk minggu-minggu terakhir begini maka haruslah checkup 2 minggu sekali kan. Tapi ada kalanya mengelat gak, bukan ngelat apa tapi kadang mama terlampau busy, maka postpone tarikh je manjang. Jangan tiru tau tak elok ni.
Maka semalam pegi checkup lagi (sebenarnya mama delay 2 minggu dari tarikh sepatutnya), walhal kena datang lepas 2 minggu, tapi ni dah sebulan baru datang huhu. Mujurlah gynea tak marah.
Maka macam biasalah datang je kena check urin. Alhamdulillah semuanya ok.
Tunggu giliran tak lama sangat, biasanya paling lama pun satu jam macam tu. Oklah dari bertahun-tahun nak kena tunggu:)
Masuk bilik gynea, macam biasa juga buat scan. Adik baby ni memanglah selalu je nak sorok muka. Cukup susah kalau gynea nak tengok muka dia. Yelah nak print gambar kan. Setiap kali checkup sepatutnya boleh je dapatkan imej dari scan tu tapi selalunya dia menyorok.
Jual mahal kata gynea hehe. Kadang mukanya pandang ke tempat lain so memang tak boleh langsung nak amik imej muka. Macam yang semalam kakinya pulak naik ke muka hahah. Gynea tepuk-tepuk perut pujuk baby turunkan kaki, mujurlah nak juga dia dengar cakap. Akhirnya dapatlah ambik imej muka baby, oklah dari takde kan walau tidaklah nampak sepenuhnya.
Takpelah dia nak kasi surprise dekat mama abah dan kakak dan abangnya ni kot. Tunggu lahir kita tatap puas-puas.
Itulah hasil gambar, bolehla dari langsung tak dapat nak capture. Next appointment jangan menyorok lagi tau!
Gynea berkali-kali cakap ok cantik. Cantik. Semua cantik. Bacaan semua cantik, baby pun dah berada di kedudukan normal, haritu masa 30 minggu masih lagi menyongsang. Kali ni kepala dah ke bawah.
Berat baby pun mengikut graf, alhamdulillah normal setakat ini. Berat mama pulak naik 1 kg selama sebulan ni. Gynea cakap ok.
Terima kasih lah pada set kehamilan shaklee yang rasanya banyak membantu kesihatan mama sepanjang kehamilan ni. Maklumlah kehamilan ni dengan usia yang tak berapa nak muda kan, 36 tahun. Kadang mama risau juga, tapi nampaknya keadaan kesihatan alhamdulillah.
Tunggu next checkup pulak. Sekarang misi nak makan apa yang patut sebelum mengalami proses berpantang nanti.
Siapa yang nak tengok set kehamilan yang Mj guna boleh klik link berikut >> set hamil shaklee
Semoga dipermudahkan perjalanan hamil hari-hari terakhir ni MJ ye…
Noriza Abdul Rahman recently posted…Apa Yang Lelaki Ini Buat Sehingga ‘Famous’ di Hospital Memang Awesome!
terima kasih atas doanya..amin
Mesti baby comel macam mama jugak nant! Set hamil shaklee trebaikkkkk!
mudah mudahan, amin..tqtq