Pernah jatuh cinta?
MJ pernah.
tapi ini dengan biz sekarang ni.
nak dengar cerita? panjang sket baca sampai habis ye.
sambil-sambil berehat di tengahari ni.
ala balik-balik cerita biz dia.
eh ada sesuatu yang Mj nak ceritakan ni. Sebab tu siang malam terbayang ini je melekat dalam kepala.
Orang kata tak kenal maka tak cinta.
Yelah, memang betul, dulu tak pernah dengar pun shaklee ni. Apatah nak makan produk dia jauh sekali.
Tapi itulah haa tuhan tu nak tunjuk jalan.
tetiba boleh terserempak dengan set menyusu shaklee pulak.
dari situ MJ berjodoh.
tapi masa ni tak cinta lagi.
sebab tak paham apa ke benda.
yang tau masa tu adalah cuba berbisnes la pulak jual set menyusu.
dah i makan, i nak kongsi.
itu yang terdetik dalam hati.
rasanya dekat setahun kot lepas join dengan berjualan bagai tu baru tau shaklee ni MLM kehkehkeh.
apa salah dengan MLM ni?
entahlah takde pulak yang membuatkan aku benci.
sebab agaknya dia bukan typical yang sellau kita dengar, sistem piramid lah, orang atas kaya, orang bawah rabak.
cari-cari orang, pegi ketuk pintu rumah orang, tetiba kau cari kawan kau yang dah lama kau tak berhubung semata nak jual produk..
eh ehhhh takde pulak Mj jumpa benda tu.
hinggakan jadi tak perasan.
sebabnya masa tu menjual memang totally dari penggunaan social media je, dari blog, fb, page tu je.
instagram tak ujud lagi masa ni.
pulak tu yang beli boleh kata 98% adalah strangers.
mean Mj tak kenal langsung pun, datang dari online ni jelah.
hahhh! kejatuhan cinta #1 – TAK PERASAN MLM HINGGA MENJUAL DENGAN TENANG DAN GEMBIRA
lepas tu dah tersuka tanpa sengaja, sebab bila jual dapat duit kan.
ehh ok jugaklah rupanya.
sampai satu tahap beberapa bulan lepas tu bonus bulanan dah melebihi gaji bekerja pulak.
ohhh aku suka duit?
siapa tak suka duit?
tetiba kau dapat duit extra, hasil usaha kau opkos, takkan nak sedih.
semakin bermotivasi lah kan.
jadi lepas ni penglibatan keluarga menjadi satu lagi benda yang aku suka.
masa ni suami mula terlibat sama, sebab dia akan uruskan pembelian barang jika ada kastemer nak, sama-sama pergi COD pada hari minggu, dan aku rasa ehhhh boleh buat bersama-sama la.
maknanya segalanya kami berdua, dia tau dan aku tau.
dia seronok, aku juga seronok.
kecintaan aku #2 : DAPAT BUAT BERSAMA KELUARGA hah itulah yang Mj cakap tadi, memula penglibatan suami, lepas tu angkut sekali dengan anak-anak bila ada kelas contohnya kelas nutrisi.
untuk makluman tak pernah kami ke kelas merapu, MLM- meeting larut malam adalah tak ujud dalam group kami.
pergi kelas sebab nak improve diri contoh kau nak belajar detail pasal vitamin dengan nutritionist, kau pegi kelas upline sebab nak belajar marketing, begitu sahaja.
tapi kau takde pengabaian pada keluarga.
satu keluarga kau angkut jua..
kecintaan #3 tetiba DAPAT PELUANG MELANCONG KE LUAR NEGARA.
yelah Mj sedar sebagai rakyat marhein biasa, tak terimpi nak jejak obesea ni guna duit sendiri.
sebab satu masa tu kau rasa kedekut nak habiskan duit dengan melancong, kedua memang sebab kau tak mampu wakakkaka.
jadi bila join shaklee ni tetiba kau dapat buat umrah, kau tercampak ke negara omputih yang tak pernah kau rasa lojik nak jejak, dan juga kau boleh ada income khas untuk bawa keluarga melancong.
ibarat kau punya dana extra sekarang.
jadi tetiba sahaja semua peluang tu datang, anak-anak boleh merasa melancong lebih kerap dari biasa.
Mj suka itu sebab: naluri ibu ini begitu tersentuh saat anak-anak dapat capai cita-cita dia melalui apa yang kami buat.
contohnya mas tu tengah tergilakan FROZEN, elsa tu kan, impian anak yang sulung masa tu nak tengok elsa yang real. maka dapat melalui shaklee, kami dibawa ke disneyland jumpa elsa sana walau kau beratur bagai nak rak, ok lah mana-mana taman tema tak beratur tak sah.
kecintaan #4 KESIHATAN KAMI SEKELUARGA LEBIH IMPROVE.
ini Mj takde data nak tunjuk, tapi memang semenjak amalkan gaya hidup lebih sihat dan amalan pemakanan vitamin, jenguk klinik memang hampir tiada buat masa ni.
syukur sangat sebabnya hanya mereka yang pernah rasa sakit sahaja akan paham betapa berharganya sebuah kesihatan.
kecintaan #5 BANTU RAMAI INSAN KAT LUAR SANA LEBIH SIHAT/BAHAGIA
kita ni menjual bukan semata menjual, ada sebabnya.
Bayangkanlah ye, kau jumpa ibu yang menangis melolong tak cukup susu badan, tak tau pasal penyusuan, dan tetiba kau bantu dia dengan bagi sedikit ilmu dan berikan dia cadangan bersesuain, tetiba keadaan dia sangat lebih baik dari sebelumnya, apa yang kau rasa?
mesti sebak kan kalau kita jenis hati tisu heheh..
opkos la hepi.
tetiba kastemer kita yang berpuluh tahun ada kencing manis tetiba dah pulih, kau pasti rasa happy, tak fikir pun dah pasal untung kau menjual tu, rasa hepi mengatasi segalanya.
Itulah antara 5 sebab, ada banyak sebab lagi, tapi kalau tulis lagi dah jadi karangan dalam blog.
maka tulisan ini bakal juga Mj kutip masuk blog pasni:)
***
Saya MJ, pengedar shaklee Malaysia.
poin dapat tolong bahagiakan orang tu paling sy suka 😀