Teruk benar sakit appendiks ni, dari pertanyaan dengan rakan-rakan yang ada masalah ni, rata-rata beri komen yang menakutkan bila kita baca.
Ikuti pengalaman rakan-rakan Mj yang ada kisah sakit appendix ni. Boleh dijadikan panduan untuk kita masa akan datang manalah tahu kot ada simptom sama sempatlah kita buat apa yang patut.
Selama ni memang dok sakit-sakit perut. Ingat kot gastrik. Sampai satu hari tu sakit yang teramat sangat pergi klinik doktor suruh pergi hospital.
Buat x ray sah appendix. Terus buat operation time tu juga sebab appendix dah nak pecah.
Sakit appendix di bahagian kanan. Ingat lagi doktor tu cakap kalau nak tahu appendix ke tak cuba angkat kaki belah kanan setinggi yang boleh kalau kita rasa sakit pelik terus pergi hospital.
Minta org lain la angkat kaki kita sambil kita baring.
Takutkan kesan sakit appendiks ni sampai macam tu sekali. Bukan itu sahaja, banyak lagi feedback lain yang Mj dapat dari kawan-kawan. Boleh tengok ni.
Gastrix kalau angkat kaki tak sakit pun. Sebelum saya tahu kena apendix saya muntah-muntah, cirit birit, sakit perut sebelah kanan. sakitnye tu tak terkata..
Pergi klinik doc tekan perut..memang sakit sangat, doc bagi surat pegi hospital..
smpai hospital cek dan betul ada..
esok paginye opret… tapi saya kena belah.. panjang…
sejengkal panjang nye… tu tahun 2001.. semingga nak raya kena..
sehari nk raya kluar wad.. 😂
Doc tak bagitau pun, time tu saya tengah senggugut… senggugut sy memang teruk..
ingatkan sakit senggugut biasa tapi boleh kena cirit birit, muntah-muntah dan sakit belah kanan..
tu yang cek doktor.. doktor saspek appendix.
Akak pernah kena tahun 2013.
Sakit bawah perut belah kanan.. badan lemah sangat, tak bermaya langsung..
muntah-muntah bila bangun saja macam nak pengsan.
Apendix akak dah keluar nanah.
Pergi hospital colombia taiping terus operate..
Yap… memang takut.. kawan saya pula..
pun simptomnye muntah-muntah, cirit birit, sakit perut… pergi hospital doc kata apendix nya nk pecah dah..kena wat emergency opret..
Kalau lama sangat tahan sakit. Ingatkn sakit perut biasa-biasa. Pergi farmasi ambil ubat tahan sakit..
rupa-rupanya apendix akak dah pecah.
Saya kena tahun 2007..
masa buang air ada kuar darah sikit-sikit tergerak hati nk pergi klinik untuk check.
terus doc scan kat perut dan buat emergency refer pakar utk terus operate.
tengok apendiks tu pun merekah dah. adoiii la.Kalau pi hospital private kos operate rm13000 kalau dah apendix pecah..
kalau yg blum pecah rm8000.. lebih kurang itu tahun 2013. Tapi akak ada medical card..save bajet sikit…
Saya opret kat hospital government time tu 2001.. umur saya baru 13 tahun.
budak lagi. seminggu di hospital sebab saya demam panas..
masa saya masuk hospital sebab apendik.. ada juga la beberapa katil kena pnyakit yg sama gak.. apendik.. hihihi
Saya kena waktu umur 15 tahun di sekolah…menggelupur..terus mama amik antar ke hospital…petang tu jugak czer…
Sakit dia bahagian perut belah kanan..bila tekan dia keras membata.
Saya! Masa peknen Hariz 5bulan. Sebab tak ketahuan. Terasa sakit lepas makan lunch. Muntah muntah macam angin satu badan.. nak duduk tak selesa.. baring tak selesa .. sakit perut hazab punya. Pedih taktau nak kata cemana. Kereta jalan atas bumpy road and bumper pun hazab sakitnya
Masa tu masih peringkat apendix bengkak. Tp doc mmg advise untuk terus buang sebab risau pecah later plus masa tu tengah peknen.
Dan doc pun dah ada kepakaran kes ibu hamil + apendiks sebelum ni.
Maka kami pun setuju jelah saranan doc utk operate.Kos operation and warded rm8k+ dkt DEMC. Pakai medical card.
Jiha dah pernah operate untuk appendix
..kat hrpz tahun 2011.
Dia mai sakit tiba-tiba smpai tak boleh nak bangun dari katil.
makan pcm pon tak jalan dah..
nak melangkah setapak rasanya bagai dihiris-hiris perut.
pi hospital trus admit esoknye operate.
Appendix ni aksesori tmbahan je kak..
Kiranya kalau dah buang aksesori tambahan tu selamat la..huhuu
Saya kena time umur 10 tahun…
Sakit perut belah kanan..
Sampai berguling guling
Mak bawak pergi klinik.
Doktor tekan perut belah kanan
Trus warded.
Esoknya operate.
Seriau kalau fikir
Sakit yg amat.
Semua di atas tu sebenarnya adalah simptom appendix. Tapi yang lebih membimbangkan jika appendix ini pecah, ia boleh bawa maut.
Appendix yang pecah ni dipanggil peritonitis. Kalau pecah bermakna bakteria akan merebak. Tiada cara lain melainkan appendix kena dibuang segera selain dari rawatan antibiotik.
Agaknya sebab apa ye berlaku appendix ni? Mj tertanya-tanya juga, tapi biasanya yang kita dengar adalah mereka pun tak perasan yang mereka ada sakit ni.
Sebab Berlakunya Sakit Appendiks
Salah satu faktor yang dipercayai adalah adanya halangan pada appendix seperti najis yang terperangkap dalam appendiks. Alamak! boleh jadi macam tu eh.
Lagi satu sebab adalah jika berlaku jangkitan pada perut, maka ia boleh menjangkiti appendiks ini juga.
Kalau macam tu, ada cara untuk kita elakkannya dengan usahakan supaya kita dapat membuang dengan lancar setiap hari. Iyelah sebab salah satu sebab adalah adanya najis yang terperangkap dalam appendiks kan.
Kalau nak lawas membuang dan mencuci usus Mj cadangkan cuba je alfalfa complex, lecitin dan herblax. Sekurangnya kita usahakan demi kesihatan kan.
Semua tu berupaya melawaskan pembuangan sekaligus tidaklah kita dok peram najis beberapa hari nak menunggu dibuang.
Tepuk dada tanya selera. Nak usaha, boleh tanya Mj.
Mj 019.330.8053
Lia kena masa darjah 5. Seminggu jugak duduk sepital. Zaman tu. Skrg lepas operate boleh balik hari. Walaupun parut tu dah lama, tapi tak sangka time pregnant rasa tegang sakit kat parut tu.
Betul tu, bila appendix dah bengkak tu memang nak duduk pun tak senang. Nak gerak semua pun rasa sakit. blogwalking sini dan follow blog ni ye :’) jemput melawat blog saya.