Sedapnya rojak popia ni. Tak pernah rasa lagi yang sesedap ini. Kalau balik Kelantan, popia stadium ni antara yang tak boleh ditinggalkan.
Stadium yang dimaksudkan adalah Stadium Sultan Muhammad (iv). Rojak popia ni jika lihat macam biasa je tapi sedapnya memang menepati selera Mj.
Lokasinya mudah je, sila ke area stadium ni dan rojak popia ni ada di medan seleranya.
Nak lebih mudah lokasi rojak popia ni letaknya di bahagian tepi sekali (cari je mesti jumpa).
Banyak jenis rojak yang ada, antaranya rojak mee, rojak jawa, rojak jawa+popia, pilih je. Tapi yang biasa Mj makan adalah rojak jawa+popia ni lah.
Bila makan popia tu bersama sayur sayuran dalam rojak jawa tu, itu yang lagi kick. Tambah lagi kuah rojak tu sangat sedap! Memang wajib cuba tau!
Sebenarnya harini tak rancang pun nak pergi makan rojak popia ni. Tapi disebabkan ada lagi masa setelah ke pejabat pos dan juga buat cod, maka terus jelah ke Kota Bharu. Dah lupa sebenarnya kedai rojak popia ni buka jam berapa. Mj dok rasa macam 230 petang.
Maka hubby kata takpelah kita ke bandar dululah, pergi parkson ke, cuci mata jap hihi. Parkson ni lokasinya depan pasar siti khadijah je.
Tapi sebab kami melalui stadium sebelum menuju ke Parkson, hubby kata apa salahnya kita singgah tengok dulu. Masa ni jam 2 petang. Manalah tahu rojak popia dah bukak kedai.
Bila sampai je Mj nampak ada kereta di bonetnya penuh popia. Tak syak lagi, inilah masanya. Masa ni dorang baru nak pindahkan popia dan barang jualan ke kedai. Jadi kami tunggu jelah dahulu dalam kereta sementara mereka buka kedai.
Tak lama tunggu lebih kurang 10 minit macam tu, kedai dibuka. Apa lagi, Mj dan suami terus serbu. Rasa puas dapat makan rojak popia panas-panas lagi. Tapi harini maaflah Mj tak snap gambar banyak-banyak. Itupun mujur teringat nak snap gambar rojak popia je.
Maka korang redha jelah dengan satu keping gambar berharga ini.
Tengok gambar je dah terliur..mesti sedap sgt ni
kalau berkunjung ke KB jemputlah beli kat stadium, memang sedap:)
sedapnya oi..check out my blog at: http://beautifulbyemy.blogspot.my/