Assalamualaikum semua. Minat cheezy ball? MJ bukanlah peminat tegar cheezy ball atau cheese ball ni tapi haritu ada terpandang resepi ni maka hati meronta nak buat jugak.
Orang kata lebih sedap dari yang KFC punya, betul ke? Tak cuba buat takkan tahu kan.
Maka bermulalah episod buat cheezy ball ni dengan mencari bahan. Ala kedai dekat rumah je dan bahan pun senang nak dapat. MJ senaraikan bahan dahulu ye.
Bahan-Bahan Cheezy Ball
- Kentang (agak agaklah berapa biji untuk keluarga, MJ guna 5 biji jer)
- Cheese wajiblah ada. Dalam kes ni MJ guna jenis Mozzarella. Apa apa jenama pun boleh.
- Serbuk Lada putih
- serbuk roti
- tepung gandum
- Telur (digunakan masa nak celup dalam serbuk roti)
- Minyak masak (nak sapu kat tangan sebelum nak gentel bulatkan dia)
Oleh kerana menu ni adalah untuk anak-anak maka MJ memberi peluang pada diorang ni untuk turut sama dalam aktiviti memasak cheezy ball ni. Tak kisahlah janji jaga kebersihan, sila basuh tangan dahulu ye.
Anak-anak ni MJ bagi tugas senang je, hanya jadi tukang gentel. Walaupun asalnya nak buat bulat, tapi jangan risau kalau mungkin tidak sebulat seperti yang diimpi, mungkin juga saiz takkan sama besar, iyelah tangan dorang kan.
Tapi tak mengapa, dorang juga yang nak makan hehe.
Cara-Cara Membuat Cheezy Ball
Mula-mula rebus dahulu kentang sampai empuk. Selepas empuk bolehlah lenyekkan dia dan campurkan sedikit lada putih untuk bagi perisa. Dan juga jangan lupa campurkan TEPUNG GANDUM dalam kentang tapi agak agak je, jangan banyak sangat nanti keras tak sedap pulak.
Selepas itu boleh mula menggentel dia menjadi bentuk bulat. Buat ramai-ramai bersama anak-anak pasti seronok sebab budak-budak memang suka kerja macam ni.
Jangan lupa gunakan minyak masak supaya adunan tadi tak melekat kat tangan. Calit sikit minyak masak dan mulakan membentuk kentang menjadi bulat.
Selepas itu jangan lupa potong cheese, saiz ikut kesukaan anda kalau nak rasa cheese banyak bolehlah buat tebal sikit. MJ gunakan cheese jenis mozzarella sebab ia tebal dan bila cair tu rasa sedap sangat terutama bila ditarik fuhhhh macam makan pizza panas panas.
Lepas tu, adunan yang dibuat bentuk bebola tadi bolehlah ditekan sedikit bahagian tengahnya untuk diisi dengan cheese tadi.
Setelah itu, isilah cheese yang telah dipotong dadu tadi dan bulatkan kembali cheezy ball kita. Selepas itu, celup sekejap dalam telur, dan bolehlah gelek atas serbuk roti.
Selepas dah golek tu bolehlah digoreng.
Tada! Dah siap pun cheezy ball kita. Dan ia sedap dimakan bersama sos cili dan juga mayonis ye.
Nampak sedap kan kan? Haha angkat bakul sendiri. Buat je banyak banyak nanti boleh frozen kan dia. Waktu pagi boleh goreng untuk dijadikan bekal anak nak pergi sekolah. Mudah kan?
Tapi kan biasalah gambar tu bukanlah hasil pertama. Sebenarnya itu gorengan kali kedua, Kali pertama goreng adalah hancusssss. Sebabnya entahlah rasa tak cukup tepung kot, dan goreng api kecik sangat, maka ia layu di hujung mekar.
Khas untuk tatapan anda, MJ persembahkan dengan jujurnya hasil pertama yang MJ goreng muahaha. Tu dia, segala cheese dalam tu terburai. Jangan tiru aksi ini!
Lepas dah siap hidanglah panas panas kat suami dan anak-anak. Pasti dorang terkesima dengan kepandaian anda memasak tau!
Anak-anak cukup suka. Suami so so jela haha. Kalau suka resepi ni bolehlah buat nanti tag la nama MJ kat fb tau. Nak juga tengok hasil korang mesti lagi kebabomm kan. Tag MJ kat fb: Wan Fatihanum atau amik link ni:
https://www.facebook.com/wanfatihanum
Selamat mencuba uolsss!
orang perempuan mesti suka cheezy ball nih.
orang laki suka time kena makan aje.
hehe
titan recently posted…Langit tak selalu mendung, Malam juga tak selalu cerah.