Basuh berus mekap? Pernah buat ke? Entahlah labu, MJ pun baru pertama kali pun buat kerja ni.
Al kisah MJ ni bukan orang yang guna mekap pun, tapi selalu gatal nak beli barang mekap. Sebab tengok orang pakai mekap nampak cantik, tapi nape bila sendiri pakai, sendu. Itu yang jadi malas.
Nak ceritanya dah lama juga Mj beli berus mekap ni. Konon-konon nak buat pakai blusher. Tapi tidaklah kesampaian sangat hajat tu, hanya gunakan dia untuk pakai bedak je. Nak nampak natural kan kenalah pakai bedak guna berus. Barulah tak tebal seinci nampak pemakaian bedak ye adik- adik.
Wajib ke basuh berus mekap ni? Wajiblah dik, kalau tak nanti muka kita akan dihinggapi jerawat kerana bakteria membiak pada berus tu. Kalau tak nak basuh juga bermakna bersedia untuk menjadi pusat penternakan bakteria di wajah.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Basuh Berus Mekap
Mudah je bahan dia tak susah pun. Korang hanya perlukan air suam/biasa dan juga satu botol pencuci ajaib iaitu yang MJ guna ni namanya basic H.
Kenapa MJ guna dia ni, tak guna sabun biasa? Atau pencuci lain yang biasa? Ala kita kan luarbiasa kenapa nak guna yang biasa? Jadilah luar biasa sikit.
MJ guna ni sebab dia 99% berasaskan air. Maknanya apa? Tiada bahan kimia ye kakak kakak semua.
Dan satu lagi suka sangat sebab dia coconut & corn based. Bersumberkan kelapa dan jagung je. Oh so natural, i like! Pilihan tepat sebab MJ tak suka yang jenis ada bau bauan tapi ditipu dengan bahan kimia sebeban di dalamnya.
Satu lagi dah kalau natural tu ianya tak bertoksik. Jadi lebihan air basuh tadi bolehlah siram pokok. Eh jangan buat pasal lah, kan tadi buat rendam berus kotor, air dah bercampur dengan bahan bakteria.
Jomlah tengok step basuh berus mekap ni dahulu, nanti sambung lagi pasal kebaikan Basic H ni. Murah je, mampu milik tau. Kalau boleh beli berus mekap berharga RM130, maka mesti mampu beli basic H ni.
Ini je satu-satunya berus yang ada haha. Tak layak jadi juru tatarias, berus mekap pun tak cukup. Tapi mahal kan berus mekap rupanya, maknanya orang yang suka mekap tu mungkin kaya raya. Berus mekap ni RM130, ingat harga sebab masih ada bekasnya, baru tadi buang dalam tong sampah, sebab rasa menyemak pulak.
Jenama ni pun pertama kali beli, saja nak try. Memang pengaruh rakan sebaya kuat benor dalam diri. Orang kata inglot macam best jadi nak cuba jugaklah. Tapi entahlah, bukan kaki mekap jadi tak reti beza pun.
Isilah beberapa titis basic h dalam bekas air paip biasa atau nak suam pun ikut suka. Dan lepas tu boleh rendam berus mekap anda beberapa ketika.
Oleh kerana MJ percaya yang berus mekap MJ ni mengandungi bakteria yang banyak, maka Mj rendam dia selama 15 minit. Rasa cukup lemas dah bakteria dalam tu. Ekstrak kelapa kan, bukan ke kelapa tu ada bahan antibakteria? Memang kena lah sangat dengan eksperimen MJ harini.
Tengok tu bakteria berenang renang hingga berwarna perang air tadi (tipu je mana boleh nampak bakteria). Memang sah la kekotoran begitu nyata ye puan puan. Kalau dibiarkan lama lagi mungkin air tak rupa air dah. Maka rendamlah kita selama 15 minit biarkan dia sebati bersama, mesra bersama-sama. Lepas tu boleh bilas.
Sesi bilas membilas untuk hilangkan saki baki basic h dan juga bakteria yang mungkin melekat (dah mati rasanya tadi kan). Bilas sampai bersih, lepas tu anginkan atas kain kapas yang bersih, jemurkan dia hingga kering.
Lepas dah kering tu bolehlah cuba guna semula, mesti korang akan rasa perbezaan, wow begitu bersihlah cucian kali ni. Rasa sangat segar, dan bulu bulu itu begitu lembut menerpa ke wajahku.
Hah bersih dah berus mekap korang. Simpanlah basic H tu untuk kegunaan akan datang. Satu botol tu entah berapa ribu kali lagi boleh guna untuk basuh berus mekap korang. So jangan nak rasa membazir beli benda ni ok.
nak beli basic h untuk cuci berus mekap –>> wassap MJ 0193308053
p/s: jangan komplen cara cucian berus ini, kerana ianya eksklusif MJ style 🙂 ngeh ngehhhh
Wahhh…bagus cara mj ni kan….jimat wang…dan terbaik laa…
Bagusnya. Biasa jarang betul basuh berus make up ni.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Atasi Silau Mata Yang Menyukarkan Pemanduan Dengan Caratomax
Nice sharing… Tak pernah beli berus make up… Lepas ada anak nk pakai make up pun berkejar… Hehe…
hehe btol memang tak mekap jugak, tapi tangan gatal nak beli gak konon konon ada masa nak belai belai muka, mimpi sebenranya hehehe
wfatihanum recently posted…Cara Basuh Berus Mekap Guna Pencuci Ajaib Yang Korang Tak Pernah Tengok
okeh.
serius, memang tak pernah tengok nih.
titan recently posted…Kini, SEMUA orang boleh bayar zakat dengan lebih MUDAH.