Sperma tak berkualiti? Bagaimana nak tahu? Ada caranya dan pasangan suami isteri yang mahu menimang anak patut ambil berat perkara ini.
Pertama sekali kita kena tahu apa yang dikatakan sperma yang tidak berkualiti. Sperma yang tidak berkualiti mungkin cacat, kuantiti yang sangat sedikit, sperma yang terlalu perlahan pergerakannya dan juga lemah.
Apa penyebab sperma tidak berkualiti? Ye satu penyebab utama yang sangat menakutkan kenyataannya adalah kerana merokok.
Merokok membuatkan kesuburan terganggu
Merokok boleh menjadi punca kepada sperma tidak berkualiti. Ini kerana merokok menyebabkan sperma tidak berupaya membenihkan ovum (telur wanita).
Hasil dari kajian, sperma manusia mengandungi 2 jenis protein iaitu protamine 1 dan protamine 2. Dan pada lelaki yang sihat tanpa merokok, kedua-dua protein ini adalah seimbang.
Tetapi malangnya pada perokok, mereka hanya mempunya terlalu sedikit protamine 2 dan menyebabkan ketidakseimbangan. Hasilnya bila berlaku persenyawaan, ia tak menjadi dan itu juga menyebabkan isteri keguguran.
Kesan Ke Atas Sperma
Oleh kerana kesan merokok sangat bahaya pada kualiti sperma, maka pasangan yang ingin mendapatkan cahayamata seharusnya berhenti merokok.
Mungkin sukar untuk berhenti merokok secara mendadak tapi percayalah dengan sokongan isteri dan masing-masing ingin mendapatkan cahayamata yang dinanti, pasti ia bukan sesukar mana.
Berbincang dari hati ke hati. Untuk berhenti merokok bukan sahaja untuk mengelakkan dari ketidaksuburan tetapi juga kesihatan sang suami akan bertambah baik.
Kesan ke atas sperma adalah seperti berikut:
Bentuk sperma yang tidak normal.
Jumlah Sperma Yang Sangat Kurang
Pergerakan Sperma Yang Lambat
Bagaimana Nak Menghasilkan Sperma Yang Berkualiti
# 1 Pengambilan Makanan Berkhasiat
Biasa tak kita dengar yang bakal ibu kena ambil asid folik? Rupanya suami pun kena makan juga. Jika suami kekurangan asid folik, kromosom dalam sperma akan menjadi tak normal. Bila tak normal, persenyawaan dengan telur tak berjaya dan akan gugur.
Lebih dari separuh masalah keguguran disebabkan ketidaknormalan kromosom dalam embrio.
Makanan yang tinggi folat adalah seperti sayuran hijau, gandum penuh, buah buahan sitrus, bijirin dan pasta.
#2 Jauhi Tekanan Dan Bersenam
Tekanan akan menyebabkan sperma bermasalah. Ini boleh memberi kesan kepada sperma yang tak normal. Cuba untuk lakukan senaman setiap hari walaupun sekadar senaman ringan untuk menghilangkan segala tekanan yang mungkin ada.
Gaya hidup sekarang yang bekerja dari pagi sampai ke malam seumpama satu rutin biasa adalah juga boleh mengundang tekanan yang tak diundang.
Cari jalan untuk mengatasinya dengan cara yang terbaik.
#3 Jaga Berat Badan
Berat badan yang keterlaluan, obes atau terlalu kurus (underweight) juga akan beri kesan pada sperma.
Masalah berat badan akan mengganggu libido suami. Libido adalah keinginan seks. Jika ianya terjejas tak mustahil peluang untuk mendapat cahayamata juga mungkin tipis.
Merokok memang bawa banyak efek kepada kesihatan. Jom berhenti merokok!
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Meriahnya Hari Sukan Little Caliphs Semenyih
Merokok memang membawa banyak keburukan kepada kesihatan manusia…
Labulabi network recently posted…101 KEBURUKAN MEROKOK
Jangan tengok pompuan je bila kena bab subur ni. Lelaki pon kena check diri sendiri jugak tau.
Cik Ratu Vitamin recently posted…Apa itu PCOS dan Cara Terbaik Merawatnya
Cepat-cepatlah berhenti merokok bagi yang nak isterinya hamil.