Siapa fobia dengan cicak kat sini? MJ boleh dikatakan bukan fobia tapi rasa kegelian yang menusuk jiwa bila melihat cicak.
Dulu masa kecik selalu jugak tengok abah lastik cicak dengan getah. Kitorang panggil bidas cicak. Tapi aktiviti tu tidak dibuat jika ibu MJ mengandung. Katanya tak boleh bunuh binatang masa mengandung kan.
Kat rumah MJ cicak suka menyelinap kat bahagian belakang periuk nasi. Oh ini adalah satu ketakutan. Bila nak masak nasi je terpaksa berhati-hati takut si cicak ada kat belakang periuk nasi. Rasanya dorang ni suka dok situ sebab gelap kot? Atau juga kadang sisa nasi tertumpah di situ, jadi makanan dia la tu.
Satu hari ni MJ masuk dapur. Terdengar sesuatu macam plastik digosok-gosok. Apa benda tu. Tengok kat belakang area periuk nasi. Eh apa makhluk ni buat. Ada 2 ekor dok kat belakang tu tanpa bergerak.
Pelik pulak biasa cicak-cicak ni akan lari lintang pukang kalau nampak ada orang datang. Ini selamba je dia dok situ tapi kaki bergerak-gerak. Baru MJ perasan yang rupanya dornag ni dah terkena perangkap.
Gelung Ajaib Sakti Memerangkap Cicak
Tanya suami, cuba tengok kenapa dengan cicak-cicak tu. Suami baru bagitahu yang dia ada pasang perangkap guna salotape. Salotape tu dipasangkan ikut laluan cicak selalu berkeliaran. Wah baru buat dah mengena ni. Tak sangka idea ni memang best sangat tak terfikir pulak MJ.
Tak sanggup juga nak ambil gambar cicak-cicak yang terperangkap tapi kalau tak tunjuk mana buktinya kan. Ok terpaksa tunjuk.
Kalau gini punya senang, nanti nak kena buat lagi lah. Dua ekor yang terperangkap, suami MJ biarkan dahulu biar beramai-ramai pulak lagi datang.
Kami tinggalkan je macam tu sebab kena balik kampung 2 hari. Balik rumah yang terkumpul adalah 6 ekor! Tapi semuanya sudah menemui ajal. MJ tak mampu nak ambil gambar lagi kerana kegelian yang memuncak. Yelah tengok banyak gitu, fengsan!
Kini dok terkenang kalaulah dapat tahu cara begini dah lama dah buat. Sekarang takde lagi fobia nak bukak periuk nasik takut bertembung dengan makhluk ni.
jadi praktikkan untuk makhluk lain juga.. 🙂 brilliant!!!
Lenny Boniface recently posted…Kelas Akaun Offline – dibuka – OGOS 2015
ohh senang sangat rupanya..boleh la praktik..tp kt rumah sy ni jarang jumpa cicak berkeliaran kt bawah..selalunya dekat dinding..tinggimplak tu.huhu..
sy cicak oklah tak la geli jauh sekali nak takut,.
puan kutu recently posted…15 Syawal : Open Kedai Raya!
Kat rumah saya cicak ni berkeliaran kt dinding n lantai..tp laluan nya bersepah dah macam Taman permainan dh dibuatnya..
Yang buat cuak nye dia dok blkg almari buat bunyi..mula la pikir mcm2 dok ada kt ctu.