Meroyan? Biasanya ia dikaitkan dengan keadaan yang berlaku pada ibu selepas bersalin. Ia juga dikenali sebagai baby blues.
Tempoh mengandung adalah tempoh sukar tapi manis pada seorang wanita. Apatah lagi bagi yang melalui pengalaman pertama, bagaimana kita melihat perubahan fizikal diri, membawa perut selama sembilan bulan.
Bukan mudah nak harungi pengalaman mengandung, ibu juga mungkin disertai alahan yang teruk dan juga mungkin ada juga komplikasi yang lain. Tapi bila melihat seorang bayi dilahirkan dari rahim sendiri semua perasaan letih dan penat tu akan hilang serta merta.
Meroyan atau baby blues adalah satu perubahan emosi ataupun mood swing yang berlaku selepas melahirkan dan ianya bukan sesuatu yang patut dipandang ringan.
Untuk suami, bila berlaku keadaan ini, isteri anda perlu diselamatkan segera.
Berapa Kerap Wanita Akan Mengalami Meroyan?
Lebih kurang 70% – 80% ibu akan mengalami perasaan yang tidak menentu ini selepas bersalin. Fikiran bercelaru sekejap sedih, sekejap gembira.
Dan jika keadaan ini berterusan ia boleh membawa kepada meroyan.
Bila Berlakunya Meroyan?
Lebih kurang 4-5 hari selepas melahirkan, ibu mungkin akan mengalami keadaan yang dipanggil meroyan.
Memang agak takut juga jika berlaku masalah begini. Kalau tak teruk takpelah masih boleh dirawat, tapi kalau yang dah tahap teruk yang tak boleh dibendung dibimbangi diri sendiri akan bertindak di luar kawalan.
MJ pernah juga kot mengalami situasi mood bercelaru semasa melahirkan anak pertama. Mungkin kerana tiadanya pengalaman dan saat berpantang adalah sangat mencabar, jadi perasaan itu sentiasa datang mudah sangat sensitif.
Benda kecik pun boleh mendatangkan kesedihan. Rasa suami tak sayanglah. Rasa suami tak pedulilah walhal ianya tidak berlaku. Nasib baik ia tidak melarat, dan tidaklah sampai jadi meroyan.
Petanda Anda Terkena Meroyan
- menangis tanpa sebab
- mudah tersentuh, sensitif
- rasa tidak sabar
- rasa tak cukup rehat
- kebimbangan yang melampau
- lemah, lesu
- imsomnia (tak boleh nak tidur)
- sedih
- mood sentiasa berubah
- tidak boleh beri tumpuan
Apa Yang Menyebabkan Meroyan?
Ia berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku sebelum bersalin dan selepas bersalin. Ini menyebabkan fikiran bercelaru dan jika tidak terkawal boleh menyebabkan tekanan.
Jika tiada sokongan orang sekeliling, keadaan mungkin akan bertambah buruk. Di sini peranan suami amat penting, kena tahu bahawa semasa tempoh berpantang ini ibu mungkin akan mengalami perubahan pada diri.
Tekanan juga berlaku disebabkan rutin berubah, tiba-tiba kena berjaga malam sebab sudah ada baby, belum biasa dengan keadaan tersebut, tak cukup tidur melayan bayi dan rutin lain yang berubah.
Di sinilah pentingnya suami atau sesiapa yang kita boleh harapkan perlu membantu semasa tempoh berpantang. Supaya ibu boleh lebih tenang dan lebih rehat.
Berapa Lama Meroyan Ini Akan Berakhir?
Kebiasaannya ia boleh berlaku dari beberapa minit hingga berapa jam sehari. Tapi ia mungkin akan semakin hilang setelah 14 hari tempoh berpantang.
Bagaimana Nak Jaga Diri Untuk Elak Meroyan?
- luahkan perasaan gelisah anda itu pada orang yang dipercayai contohnya suami supaya ia tidak terpendam.
- jaga makan. Makanan yang tidak seimbang atau banyak mengambil karbohidrat semata boleh menyumbang pada keadaan ini. Ambil set berpantang yang betul untuk bantu badan cergas dan cepat pulih.
- Cuba sesekali ambil angin segar di luar rumah, tidak terperap dalam rumah 24 jam yang boleh memberi pemandangan baru pada anda.
- minta bantuan mereka yang anda percaya untuk menolong kita semasa berpantang.
- jangan terlalu memikirkan kesempurnaan apatah lagi di awal tempoh bersalin diri pun baru nak sesuaikan diri dengan kehadiran orang baru.
Berhati-hati jika masalah ini anda hadapi lebih dari 14 hari. Jika berlaku begitu segera berjumpa dengan pakar.
Ooo baru tahu macam mana keadaan meroyan ni berlaku. tq MJ info ni, boleh guna untuk masa depan.
Ngeri jugak baca perihal meroyan ni. Baru saya faham kenapa mak & mak mertua saya tak bagi tinggalkan saya seorang masa tengah berpantang dulu. Tq MJ fo sharing info ni.
MamaMia recently posted…5 BAHAYA KERINGKAN PAKAIAN DALAM RUMAH
uish! takut pulak dengar meroyan ni. Memang kena kuat fizikal dan mental. Info yang sangat penting untuk mama ni.
Mama Nadia recently posted…Amalan bersedekah ubat panjang umur – Part 1
Alhamdulillah sepanjang berpantang dulu tak kena angin meroyan ni..memang seram juga la baca info ni
Noriza Rahman recently posted…Rahsia Jerawat Cepat Kering dan Parut Cepat Hilang!
ada juga yang kena angin meroyan rupanya.
baru la tahu nih.
titan recently posted…Huruf A
Pengalaman saya masa mengandung anak sulung.. Masa itu xfaham istilah meroyan. Rupanya, perasaan kita yang tentu arah tu salah satu simpton meroyan jugak.
Puan hanim recently posted…Hilang dan Rawat Panau Serta Cegah dari Berulang Lagi
Satu info yang sangat berguna.tq
good info 🙂
Assalamualaikum mj.. Mcm sye ade ketika jd murung gembira sedih dn cepat naik angin lps bersalin tmbah2 bby pd kakak dan bby sebelom nie meninggal… Ape yg patut sye lakukan suami sye kurang percaya dan kurang arif psl hal meroyan nie
wslam sis, maybe boleh bg info pada suami suruh dia baca ke..kadang bila dah ada maklumat tu suami lebih faham sebab tak semua orang tau berkenaan meroyan ni walaupun ia sebenrnya ujud