MJ ingat MJ adalah orang yang sudah ketinggalan mencari persiapan raya. Yelah biasa memang last minute pun. MJ tengok ada orang yang sebulan sebelum puasa dah ada yang mencari baju raya kan. Kalau masa zaman budak-budak memang mak ayah sediakan awal.
Tapi bila dah berkeluarga ni MJ lebih senang beli baju siap je. Tak pernah nak hantar tailor untuk jahit. Jadi walau lambat pun takpe sebab baju raya di mana-mana.
Memandangkan MJ ada hal yang penting minggu depan jadi persiapan nak beli baju raya diawalkan sedikitlah iaitu semalam. Plan sebenar nak pergi hari sabtu, tapi suami tak nak.
Katanya nanti ramai orang sesak. Jadi kami pilih je hari bekerja supaya pembelian lebih lancar dan nak memilih pun lebih tenang.
Memang betul tak ramai orang pun. Siap boleh berlari berguling lagi dalam tu.
Alhamdulillah kerana kami WAHM & WAHD jadi tak susah nak plan ambil cuti ke apa. Biasanya shopping ni kami buat pada hari bekerja dan biarlah hari minggu tu kita bagi peluang pula pada mereka-mereka yang bekerja pula. Tak perlu kita nak tumpang sekaki nak memenuhkan parking.
Baju Raya Di The Curve
MJ senang beli baju kat sini sebab baju-bajunya cantik, parking pun ok, tempat makan pun senang. Oleh kerana dah alang-alang ke sana maka kami berbuka kat sana jelah.
Jarang ni berbuka kat luar. Bukan jarang memang sejak bulan puasa ni dok makan kat rumah je. Ada sesekali ke bazar ramadhan untuk beli kuih. Itupun syarat utama nak beli kuih sorang satu je. Maksima 3 biji kalau lebih alamat menjadi habuan tong sampah.
Entahlah kami ni tak banyak makan sangat kot. Bila berbuka makan nasi dah kenyang. Nak makan kuih muih dah tak boleh nak masuk.
Oh ya pasal baju raya tadi, alhamdulillah dapatlah baju yang diingini. Cuma baju untuk anak lelaki MJ tak dapat semalam sebab tiada warna yang MJ cari.
Tak mengapa, baju melayu budak ni banyak je jual. Nanti boleh jalan-jalan lagi tengok.
Buat Peminat Bokitta
Untuk peminat bokitta, rasanya kat sini lah paling banyak design yang ada. Sini dia ada bukak kiosk dalam banyak-banyak kiosk jual baju raya tu.
Pelbagai pilihan dan yang paling best ada diskaun 10% untuk bokitta bercorak dan 30% untuk bokitta plain. Corak terpilih sahaja, bukan semua ye.
MJ berangan nak cari bokitta juga nak matching dengan baju katanya. Tak matching tak sahlah walaupun rasanya dah banyak juga koleksi bokitta MJ kat rumah.
Tapi warna yang MJ nak takde la pulak. Macamana eh. MJ susah benar nak suka tudung lain bukan apa, sebab spesis terlampau rajin, MJ tak suka nak kena iron bagai. Bokitta ni tak payah nak iron pun.
Dan pemakaian sangat mudah pulak tu. Kalau tudung instant lain ada gak yang nak kena lilit sendiri, akhirnya nak kena pakai pin jugak kan. Jadi itu bukan pilihan MJ.
Takpe ada masa lagi, boleh sempat cari lagi insyaAllah.
Cari Karipap Ikea
Dah alang-alang kat sini orang kata mana boleh lupakan karipap ikea. Karipap bersaiz besar yang sedap berinti telur dan ayam.
Jadi sambil nak tunggu maghrib kami ke ikea sekejap yang setentang sahaja dengan the curve ni. Dapatlah karipap idaman hati. Lega.
Kami berbuka di satu restoran thai ni, maaf ye MJ tak sempat nak snap gambar akibat terlalu asyik menikmati makanan. Selepas solat maghrib, terus pulang ke rumah.
Alhamdulillah selesai bab baju raya, tinggal tempias je lagi sikit-sikit nak beli. EH duit raya belum tukar. Oh, satu task lagi belum siap ni. Ok korang nanti MJ update lagi berita terkini hiburan sensasi ok.
Nimatilah beberapa keping gambar yang sempat diabadikan semalam.
Bestnya shoping bju raya..lagi2 kalau smbil shoping tu dgr lagu raya plk…syokknya.
Zainab MR recently posted…Seksanya Menahan Sakit Gastrik ni..Oppsss Tunggu Anda Pasti Teruja Bila Dapat Mencubanya.
Tema baju raya tahun ini ialah hijau pucuk pisang yang pekat warnanya. Memang susah juga nak cari warna yang sepadan dengan suami dan anak-anak.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk Mula Scan Kandungan
ohh kira mj dah lepas la shopping raya part 1..ada dua minggu lagi nak raya Boleh lagi kan sambung shopping nti..dah penat shopping mmg berbuka diluar tu lebih afdal hehe
puan kutu recently posted…Resepi Kuih Peneram
saya dah siap beli sebelum puasa lagi..bukan sebab semangat nak raya sangat pun. sebab malas nak gi cari bila dah start puasa. Penat jalan-jalan time puasa ni.
Belum start membeli pun lagi.. Jenis suami pulak tak berapa gemar beli baju sgt stp thn.. So, selalunya shopping ala kadar untuk sendiri dan anak je.. Bile dh ada anak ni, memang fokus anak je la.. Hubby memang geleng kepala kalau suruh beli baju raya.. Jawapnnya, baju yg ada dh banyak..
Bestnya dapat buat persiapan awal.
Bestnya dapat buat persiapan awal-awal senang sikit.
Ain recently posted…Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil
Waahhh..bestnya MJ dapat shopping awal. Senang nak buat pilihan. Nanti kalau hujung-hujung Ramadhan surely dah sesak kan. Kena ajak Mr. Hasben pegi shopping jugak ni.
MamaMia recently posted…BENARKAH PRODUK MILK BOOSTER DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU?
karipap ikea husband memang suka dalam dia ada telur, lama x makan