Waktu artikel ini ditulis jam hampir 2 pagi. Ini semua gara-gara minum cinch tea semasa berbuka tadi terus mata segar bugar.
Lagi satu sebab tak boleh nak tidur sebab menjaga anak yang tengah demam. Agak mencabar juga kerana perlu sponging setiap 15 minit. Tak mengapalah, malam ni nampaknya terpaksa berjaga.
Musim demam kot sekarang ni. Dalam group wassap sekolah anak pun ramai budak-budak yang tak datang sekolah sebab demam.
Nampaknya jam 4 pagi masih belum dapat berjaya tidur. Lelap sekejaplah sementara nak sahur ni.
Sambil-sambil menunggu untuk basahkan kepala dan badannya, MJ cari maklumat juga untuk turunkan suhu anak dengan lebih cepat. Antara tipsnya.
#1 Jangan Guna Air Sejuk/ Batu
Seeloknya gunakan air suam. Kerana air suam boleh membuatkan liang roma kulit terbuka. Dan haba boleh dapat keluar dengan mudah. Suhu badan akan cepat turun.
#2 Pakaikan Pakaian Yang Nipis
Seeloknya pakaikan baju nipis atau terus sahaja tanggalkan pakaiannya, biar dengan diapers sahaja. Ini untuk memberi ruang pada haba badan keluar lebih cepat.
#3 Bagi Anak Anda Cukup Air
Bila demam anak kita mungkin tak nak makan, minum. Tapi yang penting adalah anak anda tak boleh kehilangan cecair terus menerus.
Cuba berikan sup atau bubur untuk elakkan badan anak terdehidrasi.
Cara MJ dalam nak tangani masalah ni dan turunkan suhu badan anak dengan cepat adalah mencampurkan 2,3 titik basic h dalam air suam lepas tu lapkan seluruh badan anak dan kepalanya.
InsyaAllah cepat je turun suhunya kerana ia bertindak 3x ganda lebih cepat menurunkan suhu dari air biasa. Basic h ni adalah 99.9% berasaskan air dan juga sumber kelapa. Jadi tak payah nak risau sangat, ia organik.
Dah tentu juga tanpa bahan kimia.
Alhamdulillah sudah semakin baik nampaknya. Tak perlu pun ambil paracetamol.
dila kalau anak demam guna air sejuk.. bukan sejuk sangat lah… sejuk air paip… xpenah pula guna air suam… dan xthu pula kena guna air suam..
keciksangat recently posted…Adakah Minuman Berkafien Bahaya Kepada Bayi Yang Menyusu Susu Ibu.?
bagus tips ni MJ. akan di praktiskan bila ada anak nanti
Uncle Zuan recently posted…Bila Gaji, Beli Emas
Basic H… erm.. satu lagi info berguna untuk ML…
Lenny Boniface recently posted…Catatan Ramadhan Ke 12
Tq MJ atas info ni..Sebelum ni memang guna ais jer utk sejukkn badan klau anak demm..Lps ni kna guna air suam la ye..
oh tak pernah guna lagi so far untuk anak demam, bolehlah cuba nanti.
Ila Halilah recently posted…Punca dan Cara Atasi Jerawat Belakang Badan Supaya Tak Segan dengan Encik Suami.
petua dari makcik saya, air suam tu, bubuh nasi sikit..then ambil kain tuamkan dgn air rendaman nasi tadi..in shaa Allah cepat suhu badan turun.. 🙂
aah kan, anak tgh demam ni, tak terpike plak psl basic H. tenkiuu for info! 😀