Semalam MJ masak lauk ringkas untuk berbuka. Hanya ikan merah goreng kunyit bercili, sayur sawi goreng dan juga telur puyuh masak kicap. Lauk tu juga bawak ke sahur sebab terlewat bangun hehe
Jadi harini semangat agak lebih. Biasalah MJ ni ada masa turun naiknya semangat yang datang. Harini pagi-pagi dah drive ke pasar tani.
Gigih nak jejakkan diri ke sana sebab lauk pauk basah memang dah tinggal kosong dalam peti ais. Apa makna kosong? Jika kosong bermakna takkan nak makan lauk bazar ramadhan seminggu ni kan?
Memang tak lalu tekak MJ kalau makan makanan bazar ramadhan kecuali kuih muih tu bolehlah. Belum pernah lagi jumpa yang sedap menjilat jari kalau beli kat sana.
Adakah salah pilih gerai?
Kalau MJ tak pergi harini ke pasar tani bermakna nak kena tunggu pasar malam hari Rabu ni. Jauh sangat tu, tak sanggup..
Pilihan Menu Yang Muncul Di Kepala
Biasalah sebelum ke sana mesti kena fikir menu dulu. Sebabnya kalau dah sampai sana bila tengok banyak sayur dan lauk pauk mula akan jadi tamak.
Tamaknya kadang nak beli sayur itu sayur ini, sudahnya kejung dalam peti ais sebab tak sempat masak. Biasanya MJ akan beli 2 jenis sayur je supaya dapat meminimakan pembaziran yang dijangka sangat mudah berlaku itu.
Menu yang MJ rancang harini adalah buat paprik sotong dan udang, goreng ikan sardin dan juga sup ayam. Sayur lain tak payah nak goreng sebabnya dalam paprik tu nanti akan ada sayur juga. Kerja mudah memang jadi pilihan MJ, tak berapa rajin nak masak banyak lauk.
Jam sekarang ni kita prepare dulu mana yang patut, nanti bila lepas asar nanti bolehlah mula bertukang di dapur. Bila bahan dah ada senang, kerja jadi lebih cepat.
Nanti kita tengoklah petang nanti apa jadi ye. MJ dok membayang ni dah rasa macam ketidaksabaran untuk masak pulak dah ni. Cuma jap lagi nak kena keluar kejap beli bahan penting iaitu garam dan sos tiram.
Tak lengkap menu i kalau tiada benda ni untuk buat paprik. Oh ye lagi satu daun sup pun nak kena beli untuk sup ayam nanti. Nampak sangat tercicir kan tadi dah ke pasar tani ada je barang yang tak beli.
Oklah selamat berbuka korang. Bye.
Jemah wah bestnya paprik. Saya pun beli kuih ok itupun bukan bazar tapi gerai tepi jalan. Malas betul nak bersesak di bazar. Masak simple2 lebih sedap kan. Selamat berbuka Jemah
dalin ali recently posted…Ramadhan dulu-dulu
La tengok gambar ingat menu sayur jagung… hehehe.. rupanya paprik ke…
Lenny Boniface recently posted…Catatan Ramadhan ke3
tiga menu tu takpelah ringkas sangat MJ..telur dadar plus kicap tu baru menu Mudah.haha..
ohh paprik…TQ ye bagi uilham..nk buat gak la paprik udang.hehe..
tiga menu tu takpelah ringkas sangat MJ..telur dadar plus kicap tu baru menu Mudah.haha..
ohh paprik…TQ ye bagi ilham..nk buat gak la paprik udang utk buka nti.hehe..
puan kutu recently posted…Jagung Kelapa