Biasa bila sudah disahkan mengandung, kita akan buat pemeriksaan dekat klinik kesihatan atau mana-mana hospital kan. Dan masa ini lah ibu-ibu akan berjumpa dengan si kecik molek asid folik namanya.
Kecik bentuknya, comel je tapi sangat penting tau. Masa ni kalau tengah mabuk memang tak suka nak telan kan. Apatah sebab baunya pun kadang-kadang buat ibu jadi loya. Tapi awas jangan begitu ibu-ibu. Yang nampak remeh itu sebenarnya sangat penting untuk kita ambil tahu.
Kecacatan Akibat Tak Makan Asid Folik
Pernah dengar tentang kecacatan spina bifida? Kecacatan ini adalah kecacatan tulang belakang akibat ia tidak tertutup dengan sempurna. Bila tak tertutup sempurna ia akan terkeluar dan nampak jelas pada tulang belakang bayi.
Kenapa ia boleh berlaku? Kerana ibu tak makan asid folik atau kurang asid folik dalam pemakanan. Takut kan kalau jadi begini sebab ianya tiada ubat. Tak sanggup nak lihat bayi yang dikandung sembilan bulan keluar dengan kecacatan sebegini.
Berapa Banyak Nak Makan Asid Folik?
Untuk ibu hamil, kadar asid folik yang disyorkan adalah sebanyak 400mcg. Cuba check vitamin prenatal masing-masing cukup ke tak cukup?
Kalau tak cukup nampaknya ibu kena ambil langkah bijak.
Apakah Ia Folik Asid
Asid folik ni sebenarnya adalah dari golongan vitamin B. Manfaat asid folik ni sangat penting untuk pembentukan sel darah merah dan juga menghalang dari kecacatan tiub neural yang menyebabkan berlakunya kes spina bifida tadi.
Mengikut kajian yang dilakukan pada tahun 2013 dari Malaysian National Neonatal Registry, paling tinggi kes berlaku di kalangan etnik Sarawak (1 daripada seribu) dan kes paling rendah adalah dari kalangan masyarakat Cina. Walaupun begitu, sebagai ibu kita bertanggungjawab sepenuhnya pada bayi dalam kandungan dan sebaiknya jangan tinggalkan pengambilan asid folik ini.
Jangan lupa ambil asid folik ini tau. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Vitamin Prenatal wajib. Jangan menyesal kemudian tiada gunanya kerana kebanyakan kes kecacatan spina bifida ini berakhir dengan kematian.
Saya sekarang ‘mencintai’ B complex Shaklee… kebaikan lebih daripada sekadar vitamin prenatal… sangat penting untuk semua orang.
Lenny Boniface recently posted…Cara Luar Biasa Mencari Income
Kesian anak kan? akibat kelalaian kita anak menerima akibatnya. So, janganla culas makan asid folik
Noriza Rahman recently posted…Nak kurus TANPA mengganggu proses penyusuan?
takutnyer..tak pregnant pon boleh amalkn juga..
pernah juga terlupe makan asid folic ni sekali masa mengandung dulu, punyalah cuak sebab takut anak jadi cacat. Pelik bila ada orang steady aje tak makan vitamin prenatal seperti asid folic ni ketika mengandung.
Ila Halilah recently posted…Kenapa Supplement Tidak Berkesan?
Minta jauh la daripada menerima dugaan hebat macam ni..alhamdulillah.. gerun betul bila baca artikel ni.. semoga ibu2 mengangung sedar dan faham..betapa pentingnya pengambilan asid folik..
Hafizul recently posted…Bibit-Bibit Cinta Mekar Kembali Nampaknya
Allahuakbar… atas kelalaian ibu sendiri :'(
okeh, memang ngeri tengok gambar tu.
ohcikgu recently posted…Cikgu, dia ejek saya GEMUK!
selagi benda tu bawa kebaikan jangan la pandang enteng!Bukan susah sgt, asid folik ni kecik je.Sekali je telan masuk mulut.hehe..