Ibu hamil, sekarang makan bukan hanya untuk kesihatan diri tapi bayi yang dikandung. Kalau dulu mungkin kita main belasah je makan tak kisah apa pun, makanan yang banyak pak aji atau penambah perisa pun kita tak kisah. Minum pun sama yang ada pewarna bagai tu yang terasa sedap nak minum.
Tapi bila dah disahkan hamil, kena kawallah benda tu. Makan memang sedap tapi kita kena ingat yang makanan yang kita makan semasa hamil ni mempengaruhi pertumbuhan bayi. Mesti nak yang terbaik kan?
Ada orang kata dah tu kalau loya dan muntah masa hamil, kadang mesti ada rasa nak makan makanan tak berkhasiat jugak macam nak jeruk ke. Makan biar berpada, kalau satu dua ketul mungkin boleh untuk hilangkan loya, tapi kalau dah hari-hari ambil, nak kena timbangkan juga.
Berapa Banyak Nak Makan
Ada tak dengar kalau dah hamil ni kena makan untuk dua orang? Maka gigihlah si ibu nak kena kuruskan badan selepas bersalin. Pertambahan berat badan yang ideal adalah sebanyak 10-15kg sepajang kehamilan. Kalau lebih 20kg naik masa ni maka kena hati-hatilah, nak kurus lepas bersalin tu mungkin perlu lebih gigih.
Masa hamil ni ibu hanya perlukan tambahan 300 kalori sahaja. Bukan nak makan dua kali ganda dari asal, almaklumlah sebab hamil kan.
Berat badan masa hamil ni nak kena jaga supaya kita tak terkena diabetes semasa hamil (GDM) ataupun darah tinggi. Kang kalau kena darah tinggi tak pasal-pasal berisiko nak kena melahirkan secara pembedahan pula.
Jom marilah tengok makanan apa nak kena makan masa mengandung ni. Supaya kita boleh bagitau suami beli lebih sikit hehehe.
#1 Protein
Makan protein ok masa hamil ni. Protein ni asas kepada binaan sel. Bayi dalam kandungan kita tu perlukan protein untuk bantu dia membesar. Bayangkan pentingnya protein ni kan. Protein ni juga bantu ibu takdelah rasa lapar manjang, dan elakkan dari ibu nak makan makanan rapu. Sebab ia mengenyangkan dan sihat. Juga boleh elakkan ibu terkena kencing manis kerana ia mengawal gula. –>>protein untuk ibu hamil
#2 Susu Rendah Lemak
Jangan lupa minum susu tau ibu. Sebabnya kalsium dalam tu sangat kita perlukan. Bukan sahaja untuk kesihatan tulang malah untuk fungsi otot dan saraf juga. Jangan pandang mudah, rajinkan diri ambil makanan yang ada kalsium ye.
#3 Makan Makanan Bersumber Omega Tiga
Tahukah anda ikan adalah makanan yang ada khasiat omega tiga. Bukan sahaja ikan, ada banyak lagi sumber makanan yang ada khasiat ni seperti salmon, avocado dan kekacang. Sebab apa kena makan? Kerana ia ada DHA. DHA ni memang dikenali untuk fungsi otak. Nak anak bijak, makan omega 3. –>> anak bijak
Banyak lagi sebenarnya makanan-makanan berkhasiat yang boleh diambil oleh ibu hamil. Tapi MJ kongsikan tiga dahulu yang dirasakan amat penting. Jangan lupa juga ambil vitamin prenatal untuk ibu hamil tau!
Tiga-tiga anak terdahulu memang loya sampai bulan ke 4. Berat badan pun asik menurun. Mudah-mudahan yang akan datang ni lebih sihat dan bertenaga!
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
Untuk siapa yang nak hamil pun bagus amalkan pemakanan macam ni kan?
Noriza Rahman recently posted…Datang Haid Selepas Buang Implanon
makin naik usia semua kena kawal masa hami pertama masih boleh senyum lebar makan apa sahaja ok sekarang cerewet pula..paksa dan perlu buat kalau tak susah pula kemudian hari.
terladang sebagai ibu hamil buat diri tertekan ada juga..
suri recently posted…Aku Hairan Melihat Manusia Menyuci Wajahnya. Tapi Kurang Menyuci Hatinya
Omega wajib saya ambil semasa mengandung. Bukan khasiat dapat kat anak je, mak mengandung pun dapat khasiatnya. Kisah saya berat badan terkawal semasa mengandung
Puan hanim recently posted…Rasa Macam Mengandung, Tapi UPT Samar-Samar Seolah-Olah Negatif