Namanya sahaja morning sickness tapi ada ibu mengandung yang mengalaminya sepanjang hari! Bukan sahaja pagi malah petang dan malam. Seksanya hadapi morning sickness ni tambahan lagi sebab segalanya jadi serba tak kena. Rehat salah, tak rehat lagilah salah.
Morning sickness ni adalah rasa loya, mual yang berlaku pada 1/3 dari ibu mengandung terutama di awal kehamilan iaitu pada trimester pertama dan mula berkurangan apabila masuk trimester seterusnya. Tetapi jika masalah morning sickness ini terlalu teruk, ia boleh pula mengundang HYPEREMESIS GRAVIDARUM. Nanti Mak Jemah ceritakan apakah dia hyperemesis gravidarum.
Masalah morning sickness ini boleh bermula dari minggu keenam kehamilan ataupun boleh juga berlaku seawal minggu keempat dan akan semakin kuat dirasai untuk bulan seterusnya. Apa yang Mak Jemah boleh cakap adalah bersabarlah kerana ianya insyaAllah akan berakhir dan lepas tu mulalah fasa anda merasakan keindahan kehamilan.
Apakah Penyebab Morning Sickness
Tiada sebab yang specific yang boleh mengaitkan kenapa ‘morning sickness’ ini berlaku. Tapi sebab-sebab berikut boleh dikaitkan dengan ‘morning sickness’:
1. Kehadiran hormon hcG (Human chorionic gonadotropin)
Hormon ini meningkat dengan cepatnya di awal kehamilan. Dengan peningkatan hcG ini dikaitkan dengan rasa pening dan muntah-muntah di kalangan ibu mengandung.
2. Peningkatan hormon Estrogen pada awal kehamilan.
3. Semasa hamil, deria rasa dan bau ibu menjadi lebih sensitif. Mungkin dengan sebab itu bau-bau yang biasanya ok sebelum ni menjadi satu bau yang tidak boleh diterima oleh ibu tersebut.
4. Perut yang sensitif dengan perubahan semasa kehamilan. Pada waktu ini, perut ibu akan lebih peka dengan perubahan hormon dan itu menyebabkan ibu rasa mual dan muntah.
5. Tekanan. Ibu yang hamil dan dalam masa yang sama mempunyai stress atau tekanan maka akan memburukkan lagi keadaan morning sickness ini. Namun tiada teori kukuh yang membuktikan perkara ini kerana secara lojiknya jika ibu asyik muntah dan loya je sudah pasti si ibu akan mengalami rasa tertekan.
Tips Bagaimana Mengatasi Morning Sickness
1. Elakkan makanan berminyak dan pedas. Makanan berikut akan menyebabkan perut tidak selesa seterusnya menambahkan lagi rasa mual.
2. Elakkan makan dengan kuantiti yang banyak sekaligus. Makan sedikit-sedikit tapi boleh diambil secara kerap.
3. Hisap gula-gula halia/peppermint untuk hilangkan loya.
4. Bawa bekalan kudap-kudapan seperti biskut kering, kekacang untuk mengelakkan perut kosong dan masuk angin jika lambat makan.
5. Ambil vitamin B6 seperti yang terdapat dalam vitamin B. Kenapa perlunya vitamin B6? Vitamin B6 juga dikenali sebagai pyridoxine dan untuk ibu hamil yang alami masalah ini, disyorkan mengambil sebanyak 25mg tiga kali sehari. Boleh diambil sehingga 200mg sehari bagi mengatasi masalah morning sickness.
Ibu Hamil Yang Berisiko Tinggi Mendapat Morning Sickness
- Jika ibu hamil kembar. Bila hamil kembar, hormon hcg adalah lebih tinggi dan akan tingkatkan risiko ibu mengalami morning sickness.
- Mempunyai sejarah morning sickness pada kehamilan terdahulu.
- Mempunyai sejarah ibu atau adik beradik yang mengalami morning sickness. Maka anda mungkin akan juga berisiko tinggi.
- Ibu mempunyai sejarah migrain.
- Anda mengandungkan bayi perempuan:)
Tadi Mak Jemah ada cerita yang keadaan morning sickness yang teruk boleh akibatkan Hyperemesis Gravidum kan. Jom baca kisah benar ini.
Kisah Mak Jemah Dan Hyperemesis Gravidum
Masa kehamilan pertama dan kedua Mak Jemah disahkan mengalami Hyperemesis Gravidum. Ia berlaku akibat morning sickness yang terlalu teruk. Masa kehamilan pertama Mak Jemah terpaksa dimasukkan ke wad kerana masalah ini. Tidak boleh langsung masuk makanan mahupun minuman. Semuanya akan dimuntahkan balik sehingga Mak Jemah kehilangan hampir 5kg dalam masa tak sampai sebulan.
Memang siksa dan paling pening kepala adalah suamilah. Kesian suami macam-macam makanan dibawa balik untuk dicuba, tetapi semua tak boleh nak masuk. Masa tu yang paling boleh dimakan adalah laici dalam tin sahaja itupun selepas makan akan muntah balik kesemuanya sampai lembik badan.
Bila ingat kembali mau rasa serik. Bayangkan kita lapar sangat-sangat tapi kita tak boleh nak makan. Siksa bukan? Tapi jangan lupa mungkin itulah pahala yang besar Allah nak bagi betul tak. Siksa sekejap je, bila kandungan sudah masuk 5 bulan keadaan kembali normal.
Ingatkan kehamilan kedua tidak berlaku lagi perkara tersebut. Rupanya sangkaanku meleset. Keadaan sama berulang lagi.
Apakah dia Hyperemesis Gravidum ini?
Satu keadaan di mana keadaan morning sickness yang keterlaluan hingga ibu kehilangan cecair dalam badan, hilang berat badan dan langsung tidak boleh menyimpan sebarang tenaga. Boleh lihat di bawah untuk melihat perbezaan antara morning sickness dan hyperemesis gravidarum.
Beza Antara Morning Sickness dan Hyperemesis Gravidarum
Morning Sickness: Loya dan sesekali muntah, loya dan pening beransur berakhir pada minggu ke 12. Loya dan muntah yang tidak menyebabkan dehidrasi (kehilangan air dalam badan) dan juga muntah tetapi masih boleh menyimpan sedikit makanan dalam badan.
Hyperemesis Gravidarum: Loya dan muntah terlalu kerap. Lota dan pening tidak beransur baik walau sudah masuk minggu ke 12. Muntah hingga menyebabkan dehidrasi pada badan dan juga disebabkan muntah yang terlalu teruk sehingga tiada makanan boleh disimpan dalam badan.
Walaupun masalah morning sickness dan hyperemesis Gravidum ini boleh merisaukan bakal ibu tapi jangan risau, ianya hanyalah sementara. Jadikan perjalanan kehamilan satu memori manis. Walau mabuk dan muntah-muntah tapi selepas habis fasa itu, ibu akan kembali ke normal dan menikmati hari-hari dengan lebih sempurna.
Dan berita baik buat ibu hamil yang alami masalah ini, berbanggalah jika anda hadapi keadaan ini kerana kajian menunjukkan ibu hamil yang mengalami loya dan muntah teruk masa kehamilan menunjukkan yang kandungan mereka sangat sihat.
Set Vitamin Untuk Kehamilan Sihat
sya nk tanye skit Morning Sickness ni hanya waktu pagi saje yg berlaku??
hai… morning sickness ni tak kira waktu.. ikut pada pengalaman saya, celik je mata terus nak muntah… stress bila di ofis muntah2 tak boleh buat kerja.. tapi after muntah saya boleh makan.. selagi tak tido selagi tu lah akan rasa mual…
morning sickness namanya saj morning tapi boleh berlaku takkira pagi, ptg atau malam..
Sy hamil 6 minggu ank ptama.. Skrg dh mula rasa pening dan muntah2 tak kira waktu. Spanjang hr rasa mual dan pening. Seksanya. Huhu Slera makan hilang. Cuma mkn roti, jajan, asam dan gula2 peppermint. Nak makan nasi pun x bselera. Hanya berbaring je.. Kata org mabuk hamil ni akan hilang bila dh lepas minggu 12. Tak sanggup rasanya nk tnggu slama tu.. 🙁
saya dulu teruk gak alahan semasa hamil.Tengah hari nak bersalin,pagi tu dok muntah-muntah lagi.tapi alhamdulillah la ada jugak tenaga semasa nak bersalin.
siti rosnah recently posted…resepi popia maggi
jika morning sickness biasa masih ok, kalau terlalu terus sampai kena hyperemesis gravidarum tu yg perlu diberi perhatian lebih
wfatihanum recently posted…Tips Atasi Morning Sickness! Jangan Menangis Wahai Ibu
Saya juga mengalaminya.. tpi masih boleh mkan dan minum tetapi dlm kuantiti yg sgt cikit.. sampai kandunham usia 5 bulan baru okey… berat dari 40kg hingga 43kg sahaja… misi bising sbb dah 5 bulan tapi berat xnaik… scan pon xnmpk lagii bby nye… smpai misi xpercaya saya ngndung… last berat badan 9 bulan 16 hari berat bdan 56kg shaja… tpi alhmdllah sbb selamat dan anak sihat…
keciksangat recently posted…Penuaan Secara Sihat
memang agak mencabar jika ada masalah morning sickness yg terlampau teruk…
wfatihanum recently posted…Anemia Boleh Sebabkan Anak Pramatang Dan Meninggal Dunia Sejurus Selepas Dilahirkan
Oh teruknya morning sickness ni. Saya dulu hingga admitted ke wad gara2 terlalu dehydrated sampai lidah pun kembang dan kencing terlalu sedikit hingga ada sedikit darah.
mama hantek recently posted…Resepi Ringkas: Udang Goreng Kilas Daun Bawang Authentic Melanau-style
memang betul masa kena ni doktor akan cek protein dalam air kencing..
wfatihanum recently posted…Apa Nak Buat Jika Tiada Susu Masa Hari Pertama Susukan Bayi?
walaupun seksa rasanya masa morning sickness, tapi itulah antara kenangan2 manis yang takkan dilupakan oelh seorang ibu, kan…
MamaBard recently posted…Jiran Bongkar Rahsia Kenapa Mah Berbau Busuk Sehingga Suami Berzina Dengan Janda Anak Tiga
aah kan kenangan manis waktu mengandung..
wfatihanum recently posted…Bengkak Kaki Sewaktu Hamil, Umpama Kaki Gajah Afrika
Sepanjang hari rupanya? Aduhai… Mencabar betul fasa awal kehamilan ni ye..
InshaAllah dengan mengamalkan supplemen yang betul, morning sickness mampu di atasi..
Nurhalawa Md Yusof recently posted…Apa Perlu Buat Bila Tangan Terseliuh?
nantilah boleh merasa hehehe
wfatihanum recently posted…Peluang Jana Pendapatan Sampingan (Side Income) Hanya Dari Rumah, Hingga Bebas Hutang
yang ini best tapi dalam fasa 3 bulan sahaja saya kena masa kadungan jejak 3 bulan masa pi klinik tahu hamil..tergelaj juga doc 3 bulan you tak tahu u hamil haaa..padahal dalam masa itu kami pi kehulu..hilir klinik nak tahu asal susah nak hamil heee..
memamg rezekilah masa tu
suri recently posted…Edisi Rempit Cara Jahit Langsir Pintu Gelongsor Dan Tingkap Rumah Tanpa Guna Mesin Jahit Tepi
kehamilan saat yang menggujakan kalau dapat hamil lagi pasti saya teruja.doakalan saya ya sis
suri recently posted…Cara Cepat Bakar Lemak Perut Dan Peha
moga suri cepat dapat baby lagi:)
wfatihanum recently posted…Peluang Jana Pendapatan Sampingan (Side Income) Hanya Dari Rumah, Hingga Bebas Hutang
terima kasih atas perkongsian. harap nanti tak dapat morning sickness yg teruk.
pengorbanan ibu mengandung.. walaupun teruk kena morning sickness, ibu2 mesti rindu nak mengandung lagi.. sweet sgt.. hehe
Cik Vitamin recently posted…Kentang Bakal Habis Di Pasaran Gara-gara Ingin Cantik!
Pernah mengalami morning sickness semasa hamil anak kedua, mual-mual tapi tak muntah, pening-pening dan badan rasa sangat tak selesa!
yatie recently posted…Ketahui Cara Merawat Gastrik Dengan Berkesan Agar Dapat Berpuasa Penuh Di Bulan Ramadhan!
terima kasih atas perkongsian..alhamdulilah sepanjang kehamilan sebelum ini tak merasa lagi..takut juga utk next preggy..
siti recently posted…Kulit Cantik Sihat
oh ya salam perkenalan.. sy sgt berminat baca blog puan..sebelum ni hanya silent reader..
siti recently posted…Kulit Cantik Sihat
Anak pertama saya, saya tak mengalami morning sickness. Cuma tak boleh tak cukup tidur. Tak cukup tidur je boleh menyebabkan saya muntah-muntah.
Lenny Boniface recently posted…Lakaran impian.
ada sekali pernah alami yang aduh..duh..duh….
terima kasih atas doa my sahabatku 😉
amin.amin..amin,,
suri recently posted…Trick Mudahnya Bawa Anak Balik Rumah Opah Naik Bas Henti
cian eh yang hamil-hamil nih kann..
titan recently posted…Kesan GST pada Blogger
Pengalaman skrg hamil anak ke3. Masih seperti 2 kehamilan yg lalu. Anak 1st tahun 2010, sy morning sicness teruk sgt sehingga 20botol air masuk dlm badan. 5kali masuk wad. Anak 2nd tahun 2013 pun same, cuma kurang sikit. 8botol shj. Yg 3rd ni sy masih bertahan hingga hari ini. Tp nampaknya perlukan bantuan juga sebab hari ni dah start muntah2…muntah hijau bagai. Ya Allah seksa nya… mungkin hari ni nak menyerah ke hospital 😢😢
ya Allah sama macam pengalaman saya cuma saya belum lagi ke 3. risau juga nikot kehamilan ketiga nanti macam awak juga..seksa bab mabuk tu je…
Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Betul Ke Ibu Hamil Kena Makan Dua Kali Ganda Dari Sebelumnya?
Ini merupakan pengalamn pertama sy hamil. Dan cerita sy lebih kurang mcm kisah awk.. Tak dapat makan sume.. Mcm mana awk maksudkn menyerah pd hospital utk dimasukkn air?
bila kita takleh makan dan minum badan jd dehidrat, pegi je hospital nanti doc pasti masukkan air biasanya. kalau dehidrate lagi bahaya untuk kita dan baby..
Sy sdg hamil anak pertama dan morning sickness ade juga.. tpi kdg2 je.. kdg2 2 atau 3 hri xde muntah2 dan pening tpi bdn sakit2 dan lenguh.. buat keje ckit dh sakit bdn.. nasi pun sy xde selera mkn tpi sy slalu nk mkn bnde2 yg pns.. sy x tau x blh mkn mknn pedas kdg2 sy mkn bnde2 pedas ptt la muntah blik.. trm ksh atas perkongsian semua dan amat berguna bgi sy..