Pernah tak kita membayangkan, satu hari kita akan dijodohkan dengan pasangan yang selalunya kontra dengan kita. Bukan sikit malah banyak! Ibarat langit dan bumi.
Tapi sebab perbezaan itu yang buat kita sayang banget sama dia kan. Kita dan dia berbeza tapi saling melengkapi. Kalau dah jodoh, akan bertemu jua titik keserasian.
Dalam pada serasi tu, lelaki dan wanita pasti berbeza kan? Tak kiralah anda pasangan romantis yang memegang pingat menang pasangan bahagia selama 10 tahun berturut-turut pun. Ia pasti ada yang kita mungkin tak sedar bezanya di situ.
Usah Nak Berkias
Dengan suami janganlah nak berkias sangat. Lelaki memang selalunya tak boleh nak tangkap kalau puitis bebenor ni. Cuba lihat kejadian ni, biasa tak berlaku pada korang.
Abang, lapar tak?
Kejadian yang kita bertanya tadi adalah di dalam perjalanan ke suatu destinasi. Kita nampak r&r dan terus bertanyakan soalan tadi.
Suami pun jawab.
Tak lapar pun yang. Abang kenyang lagi.
Ada sesuatu yang pelik tak di situ? Boleh kesan tak ayat tadi salah kat mana? Ayat tu tak salah tapi maksud tak sampai. Si isteri sebenarnya lapar berkeriuk perut bunyinya. Tapi nak cakap lapar tu tak terkeluar, buat-buat tanya suami.
Maka malanglah kalau kita buat taktik tu. Dan akhirnya kita merajuk sendiri.
Abang ni, dah lepas dah r&r. Patut kita berenti la makan tadi.
Eh, dah tadi kenapa tak cakap?
Nampak tak di situ, kiasan isteri akan dipandang sepi tambah lagi yang baru di awal perkahwinan. Kalau dah lama kawin kebarangkalian si suami memahami situasi tu adalah lebih tinggi. Jangan cuba berkias lepas ni.
Kiasan Yang Dibolehkan
Suatu hari di rumah mertua. Perut lapar toksah cakap la. Rasa nak je terjah dapur cari makanan. Tapi memandangkan kita berstatus wanita maka kesopanan dan kesusilaan harus diterapkan.
Maka kalau nak makan juga camana? Kita segan nak makan sorang sebab kita baru je sampai rumah mertua. Kebetulan pula asal sampai rumah mertua jadi lapar. Maka apa nak buat?
Abang nak makan ke? Saya hidangkan kalau abang nak makan.
Suami yang dah bertahun dengan kita mungkin faham trick ni. Dia akan menjawab.
Boleh juga. Jom makan.
Tapi bagi suami yang tak faham akan jawab.
Dah kenyang, lagipun dah malam tak elok makan lagi.
Maka kecewalah kita seadanya di situ.
Tapi kalau kita masih rasa nak mencuba boleh buat lagi satu taktik.
Panggil anak makan.
Sayang nak makan ke mama suapkan?
Budak ni kalau tak bersuap takde nya nak makan.
Bebel pulak untuk menambah perisa.
Kalau anak nak makan berjayalah kita tumpang sekali. Tapi kalau anak pun dah tidur masa tu, maka sekianlah berlapar.
Jadi amatlah penting korang kena tahu 2 perkara ini. Kiasan ada yang boleh, dan ada yang tidak berkesan digunakan. Hati-hati nak guna. Silap guna tiada hasil yang dapat.
betul tu…hehehh
hahaha..itu semua taktik..kadang faham tapi buat-buat tak faham…
blogger lelaki recently posted…Petua dan Herba Kongsibersamanora
Lawak la. Saya nasib baik tak cam tu. Saya muka tak tau malu. Hehehe
lenny boniface recently posted…Alfalfa dan Masalah Wanita
guna direct to the point pun ok..memang mengurangkan kesopanan namun lebih baik dari sengsara kerana kelaparan..
Hero Borneo recently posted…Best Mobile Peluang Terbaik 2015
Haha saya selalu guna taktik anak tu MJ. Sampai rumah Mama sedap jek lauk. Bila dorang offer makan cakap nanti dulu. Husband saya biasa kalau dah jumpa adik-beradik dia (all boys) memanglah berbual aje. Jadi, saya pun menyuapkan anak, tapi diri sendiri yang kenyang dulu haha. Lepas tu siap clearkan dapur, lap sapu licin-licau. Nak merangkul trofi menantu solehah katenye hahaha
diana recently posted…Soho Home Decor Ideas
Perkongsian yang menarik. Biasanya saya yang lapar dulu sebelum orang rumah jadi buat masa ni saya je la yang selalu tanya orang rumah kalau dia pun lapar jugak.
kerja sendiri recently posted…Putus asa dalam perniagaan?
aah.
saya tak lapar pun.
kenyang lagi dari minggu lepas.
ohcikgu recently posted…Prince of Wales Island International School (POWIIS), Penang – Malaysia
banyak ragam kiasan yang harus diketahui istri dan suami ini ye
islam di dadaku recently posted…Rumahmu Adalah Surgamu
Haha, menarik ni. Lainkali kena cakap terang-terang supaya en suami faham 🙂
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Kisah Encik Zinc Yang Perkasa
hehe teknik nak berkias tak berapa sesuai diamalkan pada lelaki hehehhe
Ini adalah lawakss…hehehe
Tapi memang pun, nak apa-apa cakap je walaupun sekilas air muka kita suami dah tahu.
Lunch nanti ajak g makan kenny rogers lah…hahaha
hahaha pengajarannya cakap direct je hehehehe