Memang comel, walaupun comel tapi kena tinggal. Itulah nasib budak comel berdua ni yang telah ditinggalkan di Bali. MJ tertinggal mereka di hotel semasa bercuti di Bali tempohari.
Bukan sengaja, dah memang kemas semuanya, tapi semasa menunggu teksi datang untuk hantar ke airport, budak berdua ni ditinggalkan di sofa hotel. Merasa dok Bali lebih sikit. Tak kuasa la nak patah balik sebab perasan waktu sudah berada dalam teksi dan hampir sampai airport dah pun.
Budak berdua ni memang kesayangan anak-anak MJ. Itu yang dari Malaysia sanggup nak memberatkan beg bawak muatan ni. Kang tak bagi bawaka merajuk pula. Ikutkan jelah, tapi tak disangka boleh tertinggal.
Nasib baiklah kami ni ada pemandu pelancong yang baik hati. MJ hubungi beliau sebab rasa masa tu memang tertinggal kat sofa. Sangkaan MJ tidak meleset. Memang benar ada je bersimpuh malu di situ. Mujur Ote (panggilan nama pemandu pelancong kami) sanggup patah balik ke hotel dan menyimpankan untuk kami.
Janji Nak Jumpa Di KLCC
Tak sangka pula boleh jumpa secepat ini. Janjinya dengan Ote insyaAllah kami nak berkunjung lagi ke Bali, dan nanti simpankan sahaja budak berdua tu. Tapi Ote kebetulan ada datang Malaysia. Maka lebih baik jumpa terus untuk ambil patungnya.
Minggu lepas baru singgah KLCC sebab nak beli Garnett kan, tak sangka minggu ni pergi lagi. Hai macam KLCC sebelah rumah pulak. Memang tak jangkalah nak datang lagi, penat ooo bukan nak cari apa pun. Tapi dah kebetulan Ote memang jalan-jalan KLCC harini maka bolehlah jumpa alang-alang tu kan.
Inilah budak comel yang anak-anak MJ rindu ni. Melompat dorang saat Ote menghulurkan keduanya. Rindula tu..dah lama kan..
Jauh mereka merantau, sekarang baru balik ke tempat asal. Kesian. Simpati rasa. Tak sengaja nak.
Macam buat urusan apa pula kan. Gigih datang KLCC semata nak ambil kesayangan berdua ni. Bukan harganya yang mahal pun, ala setakat anak patung je, tapi sentimental value pada anak-anak tu yang tidak ternilai. Kalau tak jangan haraplah MJ nak gigih sangat ke sana.
Oklah tu sebabnya bila ada rancangan je ke sana tiba-tiba MJ teringatkan voucher diskaun 30% dekat Crabtree Evelyn yang belum MJ tebus sempena hari lahir. Kalau tak tebus ni memang menyesal. Dah pulak memang shower gel kat rumah dah habis. Tinggal bersisa, kesian kalau tengok. Tak sah kalau tak menyelam sambil minum air ni.
MJ memang sangat sukakan mandian ni sebab baunya yang wangi. Pakai pun puas hatilah pendek kata. Ini edisi yang MJ belum pernah cuba, yang lain-lain jenis boleh dikata semua MJ dah cuba. Kebetulan yang Avocado tu baru muncul kot, dulu masa beli takde pulak. Yang La Source tu memang dah ujud lama dah cuma MJ je tak pernah guna yang perisa ni (perisa ke?).
Kalau nak beli MJ bagitau harga siap-siap. Untuk La Source ni satu botol 500ml RM128. Dan Avocado Oil pula RM128 untuk 500ml. Eh sama pulak harga. tadi tak perasan hahaha. Jadi korang kira sendirilah bila dapat diskaun 30%. banyak tu jimat!
Oklah MJ gembira harini. Kena fikirkan menu nak masak pulak lepas ni. Dah lama rasa gantung kuali sejak balik dari kampung ni. Mood takde mari. Tapi ni sudah mari. Ok korang, bye!
hahaha..macam manalah boleh teringgal..dah agak dah mseti mak jemah nak kenakan nie
blogger lelaki recently posted…40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi di SERP (Part 1)
kalau dah tak jumpa lagi..beli baru lah jawapnya..nasib baik ada pelung untuk ambik kembali.
Hero Borneo recently posted…Mrhanafi.com To Be Best Brand 2015
kalau tak jumpa memang takkan g beli dah yang jenis sama haha
wfatihanum recently posted…Apa Nak Buat Jika Tiada Susu Masa Hari Pertama Susukan Bayi?
ohh..
cite gi shopping rupanya..
haha..
titan recently posted…Panduan dan Cara Buat Bisnes Burger yang BETUL.
agak suspen juga tu..dengar tertinggal budak comel..
Hero Borneo recently posted…Rahsia Dapat RM1700 Dalam 30 Hari
Hahaha…memang comel pon..ingat kn pe la budak comelnye td..hihi
Wah budak comel jauh datang menyeberang lautan. Nasib baik Si Othe boleh antarkan. Special betul kan pemandu pelancong ni sampai rela hati antarkan budak comel. Lain kali kalau nak melancong ke Bali, saya pun nak di pandu oleh Si abang Othe ni jugak la…..hihihi
nila anggraini recently posted…Tamparan Besar Bagi Isteri Kerana Nampak Lebih Tua Dari Suami
Report polis report polis…hehehe….mau cite cemas camni nak rilex-rilex jer 🙂
myliferia recently posted…Sakit Tulang Belakang, Lenguh-lenguh Badan Yang Merimaskan
Dari Bali bercuti wah berapa hari dan kemana saja , aku kira betul budak yang tertinggal
islam di dadaku recently posted…Mari Kita Doakan Keberhasilan Arab Saudi dan Sekutunya Menghancurkan MAkar Syiah Houthi/Hutsi
Mati-mati Ain ingat budak yang tinggal. Nasib baik pemandu pelancong tu baik hati bawakan dari Bali ke Malaysia. hehe
Ain Ridzuan recently posted…KULIT MACAM KATAK PURU LEPAS BERSALIN
kita ingatkan apa dha tadi heee…
comel patung tu nak sentuh boleh heee..
jaid ahli ker hee,,kita tak jadi ahli pula tapi ada ornag suka berikan untuk kita..ahai…
suri recently posted…Bukan Zombi Manfaat Derma Darah
mj ada muka buku ke add kita boleh tak? suri surihatiku ada hal sikitlah nak bincang hee..
thnks 😉
suri recently posted…Manfaat Buah Belimbing Untuk Kesihatan Dan Kehamilan
ada suri, jom add MJ:
https://www.facebook.com/wanfatihanum
wfatihanum recently posted…Kenapa Sukar Hamil Di Usia 35 Tahun Ke Atas
Hehe.. Ingatkan budak comel mana la..
Maria Firdz recently posted…Kenali Penyakit Hati : Riak | Ujub |Takkabbur
Alhamdulillah…nasib baik dapat amik…isk..isk..isk…MJ…jgn buat kalut lg tau!!!
linslyspys recently posted…K.U.R.U.S ~> Kalau Untuk Rasa hebat, Ubah Sikap
Ku dah agak bila tengok gambar anak patung tu…terer tak…terer tak..haha
ummi tokei vitamin recently posted…Kaki dan Tangan Bengkak, Muka Sembap Semasa Hamil