Alahai bila tengok anak kembar rasa besnya, geram tengok kan. MJ pernah juga berangan nak anak kembar, comel sangat apatah lagi kalau dapat sepasang, sedondon je bila bawa berjalan Takleh bayanglah memang comel:)
Tapi sampai sekarang belum lagi kesampaian nak dapat kembar walaupun MJ ada keturunan sebelah ibu yang ada kembar. Sepupu MJ ada kembar seiras dan juga ada kembar tidak seiras. Adalah ini bermakna MJ ada peluang yang cerah untuk dapat anak kembar juga?
Boleh Ke Merancang Anak Kembar?
Ada tips untuk dapat anak kembar? Biasanya orang yang dapat anak kembar ni sebab memang ada keturunan yang kembar kan. Sebelah ibu MJ ada keturunan kembar, tapi belah bapa tiada yang kembar. Sebelah suami pun rasa macam tiada kembar. Alamak macam tipis pula peluang MJ.
Bagaimana Meningkatkan Peluang Hamil Anak Kembar?
- sudah pasti salah satu point terbesar adalah mesti mempunyai keturunan yang ada sejarah kembar.
- ambil asid folik lebih awal, sebeum anda merancang untuk hamil. Jika sudah hamil baru ambil asid folik tak aci, kena ambil lebih awal beberapa bulan sebelum. Dalam satu kajian di Australia, menunjukkan lebih kurang 40% peluang lebih tinggi mendapat kembar jika amalkan asid folik sebelum hamil. Tapi ini adalah salah satu peluang sahaja, bukan semestinya wajib dapat kembar ye. Kita hanya berusaha. Baca sini tentang asid folik.
- Makanlah produk tenusu seperti susu, soya, yogurt, keju. Dikatakan peluang hamil kembar adalah 5x lebih tinggi dengan mengamalkan produk tenusu. Wow kalau begini ada peluang cerah sebab MJ suka minum soya ESP:) –>> soya ESP Untuk Ibu Hamil
- Jika anda seorang ibu menyusu, teruskan menyusu walau anda sudah disahkan hamil (jika anda tiada masalah kesihatan lain). Ia dikatakan menyumbang pada kebarangkalian untuk mendapat kembar lebih tinggi.
- Ibu yang telah melahirkan kembar mempuyai potensi 4x lebih peluang untuk mendapat kembar lagi.
- Semakin berusia, semakin tinggi peluang untuk dapat kembar. Namun perlu diingat di usia yang meningkat maka komplikasi kehamilan juga semakin meningkat.
- Jangan terlalu kurus. Wanita yang lebih berisi ada peluang lebih tinggi mendapat anak kembar.
- Ibu yang membuat rawatan kesuburan lebih tinggi peluang mendapat anak kembar kerana ubat-ubatan yang digunakan terutama yang membuat IVF.
- Tuah! Ye anda mempunyai tuah jika mendapat kembar tanpa sejarah atau apa-apa yang boleh menyumbang kepada mudahnya untuk hamil kembar. Yeah! Harapnya MJ boleh masuk kategori bertuah ni:)
Alahai comel sangat kan kembar ni? Kalau dberi peluang memang nak sangat, moga ada luck! 🙂
Oh ye untuk asid folik, MJ cadangkan anda mengambil yang ni. Memang penting asid folik untuk bakal ibu atau ibu yang hamil sebab kegagalan mengambil asid folik boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi lebih tinggi.
DT kalau boleh nak kembar 4. Ahaaha. Siapa2 ada keturunan kembar, peluang cerah untuk mendapatkannya.
Datin Tyka recently posted…Datin Terlampau
saya kembar ,muka pun seiras tapi boleh beza. moga-moga ada rezeki dapat zuriat kembar insy :-).
rika recently posted…Asiah Bersuamikan Lelaki Paling Zalim Dalam Sejarah Manusia
saya rasa keturunan kami (belah ayah) macam ada genetik nie. yg kembar 3 pun ada..hehe..
Oja Samid recently posted…Krim yang Selamat untuk Hilangkan Ruam Bayi
dapat anak kembar memang best..tapi cabarannyan juga besar.
Hero Borneo recently posted…4 Bidang Yang Menjana Kekayaan
Teringat kat Azhar Sulaiman.
Dia memang buat prosedur untuk dapatkan kembar walaupun family dia and wife tiada kembar.
AZENI AHMAD recently posted…Endometriosis: Boleh Menyebabkan Wanita Mandul?
Zaman dahulu memang verangan dapat anak kembar.. tapi kan, lepas bersalin anak nan sorang pun, rasa cam… hurm boleh ke handle lebih dari sorang newborn dlm masa yg sama? kui kui
Therina Jopri recently posted…3 tips berhenti merokok dan bagaimana produk Shaklee boleh membantu
memang teringin nak dapat anak kembar.
Dr Fattah recently posted…Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan
memang best kalau dapat anak kembar ni
myrujukan recently posted…Cara Mengatasi Masalah Insomnia Sukar Tidur
Tajuknya buatku tertarik dan menarik ku utk baca…:)
best nye kalau ada anak kembar, tapi mungkin menjaga anak kembar lebih mencabar daripada anak yang lain.
nila anggraini recently posted…Promosi Gempak Bulan February Yang Patut Anda Dapatkan
MJ bff saya, buat rawatan IUI rasanya, 7 tahun tunggu zuriat.
Sekarang anak kembar hensem gila boy dah 1 tahun lebih. Lama sangat dia tunggu. Pergi umrah doa di sana, buat rawatan dan macam2 lagi.
So, ubatan rawatan tu memang betul juga, dan dia juga ada sejarah kembar belah husband, mak mentua kembar.
So tepatttt artikel MJ ni hehe (like always)
Embam angat le budak twin gegirl pink dua orang tu. Gerammm.
Apa lagi MJ, dapatkan kembar. Good luck 😉
diana recently posted…Bila ustaz cakap Tayyib!
Saya ada adik kembar tak seiras..Mungkinkah saya ada peluang dapat anak kembar ?
Sani Yunus recently posted…Malaysia Best Blog 2015
itulah, nak juga dapat anak kembar nanti.
kena usaha keras la lepas nih. hehe..
titan recently posted…Malaysia Best Blog 2015
Emm memang impian saya lah ni ha…nak kena usaha lebih lagi ni..hehe
Hafizul recently posted…Peluang Kerja Online Bersama TaskV
Teringin jugak nak dapat anak kembaq ni MJ. Lagi best kalau dikurniakan sepasang. Point teruskan menyusu ketika hamil memang saya buat semasa hamil anak ke dua aritu. Tapi masih belum ada rezeki. Apapun, saya memang pencinta susu soya especially ESP. =)
Nadia recently posted…Promosi Cantik Semulajadi, Kembali Sihat dan Awet Muda Januari 2015!
Klau tiada genetik kembar tapi inginkan anak kembar dgn hanya memakan mknn yg disebutkan, adakah kebarangkalian utk mendapatkan anak kembar tinggi???