Pernah tak ibu-ibu semua alami kekejangan kaki sewaktu hamil? Lebih-lebih lagi di waktu malam tiba-tiba boleh terbangun hanya kerana kejang kaki?Orang-orang lama kata simpul biawak. Walau apa pun namanya ianya tetap tidak menyelesakan bukan?
Namun walaupun namanya adalah simpul biawak, ia tak kena mengena sama sekali dengan biawak. Ok, ini tidak lawak.
MJ ingat-ingat lupa pasal simpul biawak atau kejang kaki ni, tapi pengalaman rakan-rakan taulan sahabat handai katanya memang sakit sampai boleh menjerit. Sakit sangat rupanya simpul biawak ni. Kekejangan kaki waktu hamil bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng, apatah lagi ia sering berlaku pada waktu malam semasa tidur.
Tanda-Tanda Anda Dapat Kekejangan Kaki
Kejang kaki ni berlaku bila tiba-tiba otot kaki kita jadi kejang dan ia sangat menyakitkan. Rasa nak tumbuk je kaki tu. Dasat bunyinya tapi kenapa ia berlaku ye?
Adakah Ianya Normal?
Ye, ia normal berlaku pada ibu yang hamil. Tetapi jika ia terlalu kerap berlaku dan kaki anda ada tanda-tanda lain seperti bengkak dan merah, segera berjumpa pakar ye.
Sebab Berlakunya Kejang Kaki Masa Hamil
Tiada sebab yang khusus tapi mungkin kerana seharian ibu terpaksa menampung berat baby dalam kandungan. Maka tidak hairanlah kejang kaki ini selalunya berlaku pada trimester ketiga kehamilan.
Ada kemungkinan juga ia disebabkan bayi dalam perut menekan saluran darah ibu yang menyebabkan tekanan berlebihan.
Kemungkinan yang dikaitkan dengan masalah kejang kaki waktu hamil adalah kerana kekurangan nutrisi atau pun dehidrasi.
Kekurangan nutrisi ini adalah ibu mengalami masalah kekurangan kalsium. Kalsium dalam badan ibu boleh jadi berkurang kerana semasa tempoh kehamilan ini, bayi dalam kandungan sangat memerlukan kalsium untuk membantu pertumbuhan mereka. Jadi kalsium itu akan diambil dari si ibu. Jika ibu tidak mengamalkan pemakanan seimbang dengan mengambil cukup kalsium maka ada kemungkinan si ibu akan kekurangan kalsium kerana ia sudah digunakan dalam proses pertumbuhan bayi tadi.
Sebab lain adalah kerana dehidrasi yang berlaku. Bila ibu kekurangan air atau garam dalam badan maka otot akan mengecut dan ini menimbulkan masalah kekejangan.
Kenapa Pentingnya Kalsium Pada Ibu Hamil?
Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1200mg – 1500mg sehari untuk keperluan kalsium harian. Ini kerana setiap jam sebanyak 13mg kalsium akan dilepaskan pada placenta. Bayangkan ibu-ibu yang tak cukup kalsium maka lama kelamaan kalsium yang disimpan dalam badan akan banyak habis kerana disalurkan pada placenta.
Besar sungguh pengorbanan ibu kan. Sebab itulah ibu perlu menjaga kesihatan diri supaya dapat memberi manfaat juga pada bayi dalam kandungan. Bila ibu sihat, insyaAllah kandungan juga akan terjaga.
Apa Saya Perlu Buat Untuk Elak Kejang Kaki?
Ibu hamil perlu mengambil air secukupnya sekurangnya 8-12 gelas sehari. Ibu juga perlu memastikan mengambil kalsium yang mencukupi setiap hari.
Tips Lain Untuk Elak Kejang Kaki
- Elakkan duduk bersilang kaki dengan jangka waktu yang lama.
- Pakai kasut yang sesuai. Semestinya yang bertapak rata dan menyokong berat badan semasa hamil.
- Berjalan kaki
- Pastikan minum air yang cukup untuk elakkan dehidrasi.
- Mandi air suam.
- Ambil kalsium,potassium dan magnesium.
Antara makanan yang kaya dengan kalsium
- Susu
- Keju
- Sardin
- Ikan salmon
- Yogurt
Cara MJ Dan Cadangan Untuk Ibu Yang Alami Masalah Kejang Kaki
Cuba urut bahagian kaki yang selalu kena kekajangan sebelum tidur. Urut dengan minyak seperti minyak herbanika dari nona roguy. Best minyak ni tak panas, tapi rasa selesa je. Kalau tak larat nak urut sendiri pastikan upah suami anda untuk urutkan. Lebih baik dia urut dari dia pun terpaksa berjaga nak urut kita bila terkena kekejangan waktu malam kan.
Lagi satu pastikan ibu ambil kalsium yang baik. Makna kalsium yang baik adalah yang ada kandungan kalsium, magnesium dan vitamin D. MJ pun ambil kalsium best ni, ternyata memang dekat di hati sebab tu suruh korang pulak cuba.
Dan yang terakhir kali, usahakan banyak bergerak supaya otot-otot tidak terlalu manja. Bukanlah kata nak kena bersenam tahap jurulatih senaman, tapi senaman manja je supaya otot-otot yang ada dilatih setiap hari. Moga bermanfaat!
Entah lah. Eh lupa.
DT belum kahwin. Takde pengalaman. Keh3
Datin Tyka recently posted…Saya Rindu Awak 500%
nice sharing…tp mjurlah saya lelaki.. btw visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com …happy blogging..
memang kena selalu urut kaki wife masa dia mengandung dulu..hu3..kesian pula..kadang2 terjaga tengah malam kaki cramps
blogger lelaki recently posted…Malaysia Best Blog 2015
setakat ni..bini tak cramps.
selalu mengada dan merajuk aje..
huhh..
titan recently posted…Komisen ke 27 dari Klikjer
orang tak hamil pun boleh kena kaki cramps..
Hero Borneo recently posted…4 Bidang Yang Menjana Kekayaan
Haah btol.. lepas tau kejang ni rupanye sebab kurang kalsium, memang paksa diri jek ambik pil kalsium hari2.. yang terbaik.. of coz shaklee 😀
Yeen recently posted…sukaNYA kisah: hatinya tertinggal di Istanbul Marathon part 2
Terima kasih kongsikan…dulu isteri selalu gak kena kejang macam ni..
Hafizul recently posted…Peluang Kerja Online Bersama TaskV
hari-hari dok layan budak krem kaki masa bersukan.
hemm..
ohcikgu recently posted…Prince of Wales Island International School (POWIIS), Penang – Malaysia