Ada garis kat leher. Petanda makin meningkat usia atau dengan bahasa mudah adalah tua. Masing-masing tengah belek leher masing-masing kot ni, nak tengok bukti tua kah aku?
Bagi yang baru usia belasan tahun, yang masih study mungkin tiada la masalah ini. MJ nak bagitau ni untuk yang menghampiri 30an atau lebih. Garis kat leher..huwaaaa rasa nak nangis.
Tengok TV Nampak Amy Mastura
Maaflah terpaksa MJ bagi contoh sebab MJ tertengok tv dan nampak sorang artis ni. MJ memang minat juga dengan beliau sebab tiada gosip liar, dan beliau juga comel lote gitu. Walau sudah berusia tapi muka baby face.
Bila tengok Amy Mastura MJ berfikir..
Bolehkah aku menjadi secantik ini di usia seperti dia.
Mood berangan sudah datang. Dia memang cantik. Cuma baru-baru ini sahaja MJ macam terpandang garisan di lehernya. Iyelah, garisan ketuaan. Memang susah nak dinafikan kerana kita sebagai manusia tidak lari dari usia tua dan bukan makin muda.
Garisan di leher tandanya badan kita sudah mula kehilangan kolagen. Alamak, belek leher lagi. Bukan takut tua, tapi takut tua sebelum usia. Sepatutnya umur 50 baru nampak garis ni tapi masa umur 30 tahun dah nampak apa kes. Jaga diri untuk suami. Solehah sangat dengar ucapan itu.
Lalau tengok gambar ni sah la kolagen tak berapa nak hilang lagi. Tengah banyak kolagen kot ni. Dua kali pandang macam MJ zaman muda hahahah. Well, kalau kita tak yakin dengan diri, siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk memuji. Tak gitu?
Cerita Kolagen Dan Garis Leher
Inilah MJ nak cerita ni. Kolagen memang akan menurun bila dah semakin berusia. Buatlah macamana pun ia takde boleh jadi macam remaja balik. Namun, ia boleh diperlahankan. Bolehlah dari takde kan. Maknanya korang kena buat apa?
Nampak jelas lah yang kolagen ni adalah normal akan mula hilang bila kita meningkat usia. Nak sekat penuaan tak boleh, tapi kita perlahankan sahaja supaya masa umur 30 tahun tidaklah kita nampak macam 40 tahun.
Bagaimana Nak Tingkatkan Kolagen Dalam Badan
Kolagen boleh ditingkatkan dengan pemakanan kita. Makan lah makanan yang kaya dengan khasiat.
Makan Soya: Makanan bersumberkan soya dan keju ada bahan yang dipanggil genistein. Makcik genistein ni akan bantu untuk halang enzim daripada pecahdan menyebabkan penuaan kulit. Pakat cari soya pulaklah lepas ni.
Makan Sayur Berdaun Hijau Gelap: Sayur seperti bayam ni mengandungi LUTEIN. Makcik lutein ni adalah agen antioksidan yang memang sudah pastilah tugas dia nak kawal radikal bebas yang datang mengganggu. Ibaratkan radikal datang dia akan dengan pantasnya smash radikal bebas hingga berkecai. Dasat makcik lutein ni. Radikal bebas ni jahat tau, dia lah yang boleh menyebabkan kulit kita jadi berkedut. Noti sangat tau!
Makan Buah Dan Sayur Berwarna Merah: Contoh seperti karot dan tomato. Ia kaya dengan makcik LYCOPENES. Apa tugas makcik ni? Makcik ni jadi penggalak untuk penghasilan kolagen dalam badan. Ala-ala pemberi galakan gitu. Kalau kat sekolah ibarat cikgu kaunseling atau motivasi.
Makan Makanan Bersumber Omega : omega 3 atau dikenali sebagai omega fatty acids ni sangat bermanfaat. Ia boleh didapati dalam ikan salmon, ikan laut dalam lah senang cerita. Ini juga boleh bantu tingkatkan kolagen. Lepas ni banyak makan ikan lah, bye bye ayam. Omega boleh kunci kelembapan dalam kulit. Wow mantop sangat!
Banyak lagi tips lain tapi MJ rasa malas pula nak menaip ni, jari jemari bagaikan krem, yang sebenarnya sebab rasa kelaparan yang tidak tertahan. Maklumlah semalam tidur tak makan, jadi pagi ni agak membuak-buak perasaan mahu makan tu. Nanti MJ sambung dalam kisah lain pula.
Pesanan MJ, nak cantik mestilah luar dan dalam barulah mantop! Lepas ni marilah kita jaga pemakanan sihat, seperti contoh atas tu, kata tak nak ada garisan di leher kan kenalah berusaha. Usaha tangga kejayaan. tanpa usaha maka kalau ada garisan leher lebih cepat muncul dari sepatutnya jangan menangis tau!
saya sejak lama punya garisan di leher memang sudah tua tanda untuk selalu ingat akan kembali kepada Nya
islam di dadaku recently posted…Kakek Ini Merangkak selama 60 tahun ke Mesjid Shalat Berjamaah Karena Cacat (Masihkan Anda malas Berjamaah di MEsjid?)
nasib baik leher masih licin.. kalau tak sure dah risau macam MJ kan… hehehe…
banyak info menarik dalam artikel ni, sempat rest sekejap sebelum habiskan baca entri ni.
Eizil recently posted…Panduan Asas Google Analytics PERCUMA.
saya rasa masih muda walaupun usia memang dah tua pun..he..he..
Hero Borneo recently posted…Media Sosial Yang Melekakan Manusia
uh…tua mamah usia apa nak buat..mana mampu kita usahakanlah apa patut ya..
oh usia…semakin hari makin menjamah waktu..
suri recently posted…Duit Kopak Sanggup Jahit Jubah, Jahit Baju Kurung Moden Sendiri
cantik dia sungguh jaga diri dan kurang gosip..salah satu artis malaysia perlu jadi contoh..
suri recently posted…Duit Kopak Sanggup Jahit Jubah, Jahit Baju Kurung Moden Sendiri
MJ oooooo MJ
Kak Kep recently posted…Kembara Dengan Memandu Sendiri Atau Pengangkutan Awam?
Ada cara rupanya nak tingkatkan kolagen dalam badan
Malaysia Tercinta recently posted…Panduan Melabur Saham Yang Menguntungkan
pehh..
memang muda habis amy mastura dulu kan..
sekarang pun comel gakk..
titan recently posted…5 Rahsia Taobao bantu borong barang dari China dengan lebih murah.
Nampak gayanya nak kena rajin makan buah lagi la…ha ah..kak amy tu sama jer..muka dia macam tak berubah sangat pun..haha
Hafizul recently posted…Nikmat Sebelum Hidup Bermadu
time kasih.. leher clear! 😀 sebab memang amalkan kolagen 🙂
Yeen recently posted…Kisah 5 Mommies SUKA-SUKA lari dari RUMAH!