Dulu masa-masa berkawan katanya dia guna krim rambut code ten tu. Krim rambut ni memang glamer, bukan jenis spray sembur tu tapi dalam bentuk bekas bulat tu. Ada warna biru dan putih. Kalau tak silap yang putih tu untuk anti kelumumur.
Bukan sahaja suami yang pakai, tapi MJ kenal krim ni sebab pakcik-pakcik MJ pun pakai juga. Boleh kata mampu milik untuk semua la masa tu kan. Bau pun wangi.
Pemakaian krim rambut yang bukan jenis spray tu berlarutan hinggalah kami mendapat anak-anak. Ye dapat anak kedua barulah tiba-tiba suami berkata dia nak cuba spray rambut pula. Dah bosan agaknya? Alasan dia uban dah mula merata. Pakai krim rambut boleh buat rambut uban ke?
Entahlah MJ pun kurang pasti, tapi bila suami dah cakap nak bertukar ke long lasting spray Prosante ni MJ agak setuju jugalah sebab kadang-kadang MJ rimas dengan bau krim rambut yang terlalu kuat. Nasib baik spray rambut ni tidak berbau. Macam air pun ada. MJ pernah cuba letak kat rambut hahaha. Tekstur dia memang cair macam air je.
Pakai Spray Rambut Bukan Sekadar Nak Bergaya
Ada tak para isteri yang rasa rama-rama di hati. Jeng jeng jeng. Yelah bila suami kita tetiba nak bertukar angin tak pernah nak pakai spray rambut tetiba nak pakai spray pulak. Nak nampak smart macam ada rerama dalam perut pulak gayanya.
Jangan! Jangan tak fikir. Kena fikir sedikit tapi jangan fikir banyak sangat hahaha. Tak mengapa, bagi je suami nak cuba spray rambut, takkan kita tergamak nak biar suami tak terurus rambutnya. Kita kemain lagi pakai tudung nelopah tapi tang suami kita biarkan rambut selekeh. Biar suami bergaya, asalkan masih mengekalkan ciri-ciri sayangi diri kita.
Lagi bagus pula boleh bertanya dengan prihatin.
Apa? Abang nak tukar pakai spray rambut pulak? Takpe mari sayang tolong belikan. Ada kawan sayang yang jual spray rambut organik. Nanti rambut abang akan lebih sihat dan bersinar.
Pasti berbunga di hatinya. Sayangnya isteri aku pada aku. Bab spray rambut pun nak dijaganya. Eh jangan taktau isteri solehah menjaga suami dengan kasih sayang. Koranglah tu yang tergolong solehah itu.
Kriteria Spray Rambut Yang Jadi Impian Suami
- Mestilah organik. Water based. Kalau boleh tak nak yang ada bahan kimia. Yelah nak jaga rambut katanya. Bahan kimia dalam spray rambut ni bahaya kalau masuk dalam kulit kepala, ianya adalah toksin. Jadi takkan nak biar suami ternak toksin di kepala kan.
- Menjaga rambut dari panahan uv. Memandangkan suami kita ni bukannya pakai tudung nelopah maka rambutnya pasti terdedah dengan cahaya matahari dan bahaya uv rays. Bukan kulit sahaja kena lindungi dari panahan uv, malah rambut juga sama. nanti kalau asyik kena panahan matahari rambut pun boleh rosak. Ala bayangkan kalau kita letak tembikai yang dah dipotong di tengah mentari, tak ke lama-lama kering tembikai tu kan. Jadi pastikan spray rambut suami tu ada perlindungan matahari ye.
- Berupaya mengekalkan gaya mutu dan keunggulan. Maknanya bila suami pakai pagi rambut terletak hensem di situ, balik kerja pun nak juga hensem sebegitu. Jangan pergi kerja hensem terletak, balik rumah macam bunga layu dah. No no no!
- Boleh menguatkan rambut. Cari spray rambut yang ada vitamin. Bukan kita je yang nak kena telan vitamin, rambut pun dahagakan vitamin jugak tau. Apa salahnya cari yang bervitamin supaya rambut suami pun sihat bersinar, takde alami keguguran rambut. Rambut jadi kuat.
Mujurlah masa suami nak tukar krim rambut MJ terfikir ke spray rambut Prosante ni. Hingga kini kadang-kadang bising jugak telinga ni, sebab asyik-asyik dengar pesanan.
Ayang jangan lupa spray rambut order lebih ye. Nak letak rumah mak satu, rumah ma satu.
Maknanya di sini di mana-mana sahaja ada spray rambut kesayangan dia tu. Balik kampung pun tak payah nak bawa lagi kerana memang dia dah simpankan siap-siap kat kampung. Lain macam sayang ni. Ehem.
Yang ciri di atas tu ada pada spray rambut prosante ni, sebab itu suami jatuh cinta kot. Dan MJ sekarang tak dengar lagi rungutan rambut uban dan rambut gugur encik suami. Tak merungut tu maknanya dia suka la tu.
Kalau korang nak hadiahkan dan buat surprise untuk suami, boleh tanya MJ. Atau para lelaki perkasa di luar sana yang membaca ni kalau nak try boleh ringankan tangan taip pertanyaan. MJ malas sebenarnya nak bagitau ni tapi kalau orang tanya apakan daya MJ dah tentu kena jawab hahahahaa.
spray ni boleh mengawal keguguran rambut ka? suburkan rambut untuk tumbuh? paling penting share la harga. hehe…
suhiminain recently posted…10 Tips Menulis Blog Yang Baik Untuk Pemula
hehehe harga RM58.75. suami MJ sekarang kalau takde spray ni ibarat tak makan nasi hahaha
wfatihanum recently posted…Cerita Spray Rambut Prosante Suamiku
Hahaha.. tudung neelopah harus untuk kekalkan kejelitaan kitew (sape lagi nak puji, masuk lif tekan sendiri).
Saya pun samalah, malas bawak beg mekap yg takde mekap sangat tu pun, kat ofis ada lagi satu set, yang sama. Lau boleh kat rumah mak, mentua semua nak sediakan satu set barang.
Tapi bagus eh prosante ni sebab dia memang beruban dah 🙂
diana recently posted…Sabar separuh dari iman 🙂
hahaha siapa beruban suami d ke..ini pun suami dah risau dengan uban dia tapi sekarang tak mengomel lagi bab uban, taktaula sebab saiko dengan benda ni ke apa hahahaha
wfatihanum recently posted…Apa Itu Milk Booster. Perlu Atau Tidak?
Alahai..saya pula memang tak pernah pakai minyak rambut..rambut pun tak pernah sikat.,.hehe
Hafizul recently posted…Jadilah Manusia Yang Serius
kali pertama dengar pasal spray rambut.
tak pernah pun tahu nih.
noob betul gua nih.
titan recently posted…18 cara simpan duit untuk simpan duit nak kahwin.
Mek ila pun dah beli spray ni tapi belum dicuba lagi.
Mesti happy en hubby kan 🙂
Ila Fyra recently posted…Senangnya Hidup Ini Dengan Set Penapis Air – Water Pitcher Shaklee
minyak rambut code ten tu memang lejen..saya guna masa zaman sekolah
blogger lelaki recently posted…Malaysia Best Blog 2015
sebelum ni pernah juga try spray rambut, tapi jenama lain, cuma macam tak puas bila tak boleh nak letak kat tangan dulu, sekarang ni guna water base punya “minyak rambut”, super hard lagi… hehehe… berbaloi-baloi
Eizil recently posted…Mee Tarik Warisan Asli – menu tradisi dari China
pernah pakai jenis spray rambut masa bujang -bujang dulu..sekarang pakai yang biasa sahaja
Hero Borneo recently posted…Apa Set Bersalin Untuk Penyusuan
boleh jugak lah masuk order.. hehehe… kalau pakai tudung pun boleh jer guna nie.
cikjan recently posted…Kaedah Murah Mengira Kalori Semasa Bersukan
kita rasa nak try bagi tunang kite guna laa,, sebab teruk sangat rambut dia beruban n gugur walupun umur muda lg ,http://sayahantuvitamin.blogspot.com/2015/02/bells-palsy-antara-steroid-dan.html
Spray ni macam gel x? Ambe x suka jenis berminyak sangat.
Macam menarik ni kalau beli.
mohdridzwan recently posted…Danish Bukan Orang Seni
bukan macam gel..dia macam air je..tak berminyak langsung..
wfatihanum recently posted…4 Tips Wajib Buat Bagi Mereka Yang Bekerja Dari Rumah
Suami MV dulu pun suka pakai krim rambut code 10 tu…