Kalau bercakap tentang susu perahan pastinya ia berkait rapat dengan ibu-ibu menyusu kan. Dan susu perahan atau biasa dipanggil EBM (expressed breastmilk) ini adalah sangat penting umpama nyawa pada ibu. Wow pastinya menjadi persoalan kenapa penting sangat ibarat nyawa tu?
Bayangkan kalau susu perahan yang disimpan dengan cara yang tidak betul, ia mungkin akan rosak dan terbuang begitu sahaja. Jadi amatlah penting ibu-ibu belajar cara menyimpan dan mengendalikan susu perahan (EBM) ini dengan sebaiknya.
Seeloknya sebelum bersalin lagi dah kena timba banyak ilmu tentang penyusuan. Ilmu ni bukan sahaja penting untuk dipelajari malah ia amat memudahkan ibu bila menghadapi situasi sebenar. Bila sampai masa tu takdelah kita menggelabah kan.
Kenali Terma Susu Perahan
EBM: expressed breast milk
Fresh EBM: susu yang baru diperah
Chilled EBM: susu yang diperah dan disimpan di tempat sejuk dalam peti ais (bukannya di tempat beku)
Frozen EBM: susu perahan yang diletakkan di tempat beku.
Keperluan Dan Alatan Untuk Mengepam Susu
- Pam
- Bekas Penyimpanan seperti botol susu dan plastik khas untuk menyimpan EBM.
- Cooler Bag (tempat simpanan bagi memastikan ia kekal sejuk)
Bila Masa Sesuai Mula Kumpul Susu Perahan?
Anda boleh memulakan menyimpan susu perahan selewatnya dua minggu sebelum anda mula masuk bekerja (bagi ibu bekerjaya) atau boleh mulakan sesi perahan dan penyimpan seawal 2 minggu pertama dalam tempoh berpantang.
Atau boleh juga mulakan sesi perahan untuk menyimpan stok susu perahan seawal hari yang mana anda telah dapat menghasilkan susu biasa (bukan kolostrum).
Susu perahan ini boleh dijadikan stok dan diberikan kepada bayi menggunakan botol susu tetapi sebaiknya jangan perkenalkan botol susu terlalu awal pada bayi anda terutama semasa dalam tempoh berpantang.
Boleh mula mengajar bayi untuk menyusu menggunakan botol susu dua minggu awal sebelum masuk kerja (bagi ibu yang bekerjaya).
Sebaiknya jangan gunakan susu perahan yang telah anda simpan semasa dalam tempoh berpantang kerana masa ini sebaiknya anda menyusukan secara terus (direct feeding).
Bagaimana Memanaskan Susu Perahan?
Cairkan susu perahan yang beku melalui air paip yang mengalir.
Cara lain adalah dengan memanaskannya dengan memasukkan bekas yang berisi susu perahan ke dalam mangkuk yang berisi air suam (bukan mendidih) hingga mencapai suhu bilik.
Juga anda boleh gunakan warmer bagi tujuan ini.
Cara Penyimpanan, Tempat Dan Tempoh Hayat Susu Perahan
Lokasi Penyimpanan | Suhu Penyimpanan | Jangkamasa Penyimpanan |
Suhu Bilik | 25°C | 4 to 6 jam |
Peti Ais | 0 to 3.9°C | 3 to 5 hari |
Freezer Peti Ais 2 Pintu | -18 °C | 3 to 4 bulan |
Deep Freezer | -20°C | 6 bulan atau lebih |
** Jika bilik tidak berhawa dingin (25oC – 37oC) disarankan tidak lebih dari 4 jam simpanan.
** Jika bilik berhawa dingin (15oC – 25oC) boleh disimpan sehingga 6 jam.
** Untuk penyimpanan di bahagian peti ais biasa pastikan anda menyimpannya di bahagian paling dalam supaya aktiviti buka dan tutup peti ais tidak mengganggu kesegaran susu perahan. Jangan simpan susu perahan berdekatan dengan pintu peti sejuk. Penyimpanan di bahagian paling dalam adalah lebih baik kerana suhunya lebih stabil.
Kredit gambar: Beauty Of Breastfeeding FB Group
Bolehkah Susu Yang Telah Disimpan Dalam Peti Ais Dicampur Dengan Susu Yang Baru Diperah?
Boleh dengan syarat pastikan suhu kedua-duanya adalah sama. Sebagai contoh, susu perahan anda yang baru sahaja diperah berlabel A, simpan dahulu di bahagian chiller dan bila sudah sejuk bolehlah dicampur bersama susu yang terdahulu yang sedia ada di tempat chiller.
Bagi frozen EBM, anda boleh cairkannya dahulu di tempat chiller dan selepas itu baru boleh dicampurkan dengan susu perahan baru yang telah pun disejukkan di bahagian chiller.
Nota penting:
Fresh EBM paling terjaga nutrisi berbanding frozen. Ini kerana ada beberapa nutrien dan juga antibodi akan terhapus apabila susu dibekukan.
Namun tetap frozen adalah jauh lebih baik dari susu formula.
** Susu yang dikeluarkan dari tempat beku dan sudah dicairkan tidak boleh dibekukan semula dan hanya boleh digunakan dalam masa 24 jam.
** Susu yang telah dipanaskan mesti dihabiskan dalam masa satu jam.
** Susu perahan tidak boleh digoncang dengan kuat melainkan hanya digoyangkan secara perlahan bagi mengekalkan nutrien di dalamnya.
** Adalah normal jika susu yang disimpan akan terbentuk seperti dua lapisan dan ia bukannya basi.
Dapatkan ebook PERCUMA dengan download di sini –>> Panduan Pengendalian Susu Perahan (EBM)
Bacaan Tambahan Tips: Menjayakan Penyusuan Bagi Ibu Bekerjaya
saay dulu siap beli beg thermos tu..yang boleh menebat haba agar susu kekal sejuk jikalau untuk perjalanan jauh..ice pack tu kena ad abanyak spare sebab nak gilir-gilir guna..botol dia pun ada banyak spare..cuma pama tu guna jenama madela
blogger lelaki recently posted…Malaysia Best Blog 2015
Cara simpan kena betul kan. Baru nutrisi pun terjaga.Sekarang taska dan babysitter pun dah aware tentang ni. Kawan saya ulang-alik hantar warmer setiap hari, asalkan anak full BF.
diana recently posted…Perangaiii….
memang perlu tahu tips menyimpan susu perahan ini karena kalau tidak cepat rosak kan?
islam di dadaku recently posted…Jangan Sampai Dibunuh Oleh Televisi