Air ketuban adalah cecair ambion yang mengelilingi bayi. Ianya berfungsi untuk melindungi bayi dalam kandungan. Tapi adakah berisiko jika air ketuban terlalu sedikit? Dan apa puncanya jadi begitu?
MJ tak pernah ada pengalaman bab air ketuban sedikit ni. Kalau air ketuban banyak tu adalah iaitu ibu MJ sendiri. Ibu adalah seorang penghidap diabetes jadi memang berisiko untuk mendapat air ketuban yang banyak. Hinggakan ibu pernah cerita kat MJ masa air ketuban pecah rasa lebih satu baldi. Bila air ketuban banyak, perut pun besar juga. Masa mengandung ibu MJ selalu orang ingat hamil kembar. Maunya tak, tengok perut ok.
Apakah Air Ketuban?
Air ketuban ni satu cecair yang dikenali sebagai cecair amnion. Ia ujud kira-kira 12 hari selepas persenyawaan. Kagumnya dengan kuasaNya. Awal sungguh air ketuban ujud sebagai persediaan untuk menempatkan seorang manusia di dalamnya.
Selepas 20 minggu kandungan iaitu dalam masa lebih kurang usia kandungan lima bulan, air ketuban dihasilkan dari air kencing bayi. Ini kerana pada masa trimester kedua ini, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya balik sebagai air kencing untuk bantu mengekalkan jumlah isipadu air ketuban.
Jumlah air ketuban menjadi maksima pada usia kehamilan 34 minggu iaitu kira-kira 800ml.
Apakah Fungsi Air Ketuban?
- Untuk melindungi bayi dari hentakan yang mungkin berlaku. Ibarat macam kusyen yang menyerap sebarang hentakan atau trauma yang mungkin terjadi.
- Mengekalkan suhu persekitaran supaya bayi tidak mengalami kehilangan haba.
- Membantu dalam perkembangan paru-paru dan sistem penghadaman bayi.
- Membantu perkembangan otot dan tulang bayi kerana bayi boleh bergerak dalam air ketuban tersebut. Ia juga bagi ruang pada tali pusat daripada terhimpit.
Ada Apa Dalam Air Ketuban
Air ketuban terdiri dari 98% air dan 2% terdiri dari zat-zat organik, lemak (yang menutupi bayi baru lahir) dan protein. Kualiti air ketuban amat mempengaruhi pertumbuhan janin. Air ketuban yang tidak keruh menjamin kecukupan zat dan nutrisi untuk bayi.
Bertambah atau berkurangnya air ketuban dari yang sepatutnta akan memberi komplikasi pada bayi atau ibu. Jadi air ketuban yang terlalu sedikit atau terlalu banyak perlu diberi perhatian untuk mengelakkan sebarang kesan yang tidak diingini.
Di usia kehamilan 25-26 minggu, isipadu air ketuban adalah sebanyak 239ml. Ia menjadi 984ml pada kandungan menghampiri 33-34 minggu dan mulai menurun pada akhir usia kandungan iaitu sebanyak 836ml.
Masalah Air Ketuban Terlalu Sedikit
Adakah anda mengalami masalah ini sekarang? MJ pernah ada kawan yang menghadapi masalah air ketuban kurang ni. Kesian beliau terpaksa warded dan juga terpaksa bercuti dari bekerja kerana memerlukan pantauan dari doktor di hospital.
Maknanya ia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Masalah air ketuban terlalu sedikit ini disebabkan bayi menelan tetapi kurang mengeluarkan air kencing. Ia dikenali sebagai oligohydramnion.
Apakah Penyebab Air Ketuban Kurang?
Banyak sebabnya antaranya adalah:
- Masalah pada sistem saluran kencing atau buah pinggang. Kemungkinan ada masalah pada buah pinggang bayi atau kemungkinan tiada buah pinggang langsung.
- Air ketuban bocor dan ia tidak disedari. Masalah ini boleh menyebabkan jangkitan kuman.
- Uri yang bermasalah. Jika uri tidak dapat bekalkan nutrien yang cukup pada bayi, ada kemungkinan bayi tidak mengeluarkan air kencing yang mencukupi.
- Kehamilan yang melebihi tempoh 42 minggu berisiko untuk mendapat air ketuban yang kurang.
- Masalah kesihatan ibu sendiri seperti ibu ada masalah darah tinggi atau diabetis.
Masalah Yang Timbul Akibat Air Ketuban Kurang
- Berkemungkinan bayi akan lemas kerana masalah tali pusat terhimpit. Aliran darah dan oksigen akan terganggu.
- Pembesaran bayi menjadi terhad kerana ruang yang sempit dan tidak mencukupi.
- Meiningkatkan risiko kelahiran pramatang.
Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Air Ketuban Kurang?
Ibu yang hadapi masalah ini mesti risau kan apatah lagi mengenangkan bayi dalam kandungan. Bimbangkan keselamatan bayi kerana kita tidak nampak apa perkembangannya apatah lagi di dalam perut.
Berhubunglah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut dan pelbagai rawatan boleh dilakukan oleh doktor yang bertauliah seperti memberi ubat ubatan dan sebagainya.
Bagaimana Saya Nak Tahu Ada Masalah Ini Atau Tidak?
Ibu-ibu boleh berjumpa dengan doktor dan membuat ujian ultrasound untuk mengetahuinya. Jika mengesyaki ada masalah kebocoran ketuban dan sebagainya segera berjumpa pakar.
bocor pun boleh menjejaskan kadar kesihatan bayi.
Dr Fattah recently posted…Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang Selamat
nampaknya kena tahu gak bab air ketuban nih..
dah tak lama dah ni..
titan recently posted…Komisen ke 28-32 dari Klikjer
Serius…sebelum ni tak pernah ambil tahu pun..sampaikan la ni..bila baca artikel ni barulah tahu…terima kasih kongsikan..
Hafizul recently posted…Nikmat Sebelum Hidup Bermadu
memang bukan senang jadi ibu patutlah kalau ibu menjadi yang pertama harus dihormati setelah Allah
islam di dadaku recently posted…Air Mata karena Takut Kepada Allah Pembebas dari Api Neraka
satu kejadian tentang penciptaan manusia yang sungguh luar biasa!
Hero Borneo recently posted…Misi Blogwalking Fasa Kedua 2015
Subhanallah….kerja Allah sangat sempurna…sangat detail dan terperinci. Agungnya ciptaan Allah..
nila anggraini recently posted…Terpaksa Melalui Pembedahan Kerana Tak Bersarapan Setiap Hari
Macam mana la yer kalau takde air ketuban.. MasyaAllah indahnya menjadi ibu..^_^
Nor Hafizah recently posted…Licin dah kulit anak..Takde lagi ruam!