Tips Menjayakan Penyusuan Untuk Ibu Bekerja

Ingat lagi 5 tahun yang lepas. Wah begitu lama masa berlalu. Lima tahun lepas adalah tempoh getir dan tegar dalam melayari perjalanan penyusuan.

Masa tu Mak Jemah memang menyusukan bayi sepenuhnya tanpa sebarang susu formula. Mulanya rasa macam tak percaya boleh teruskan, kerana semasa anak pertama tidak berpeluang menyusukan anak kerana tiadanya ilmu penyusuan.

Jadi Mak Jemah nak share lah sikit tentang kisah masa tu. Yang pertama kena set dalam minda adalah walaupun kita seorang ibu bekerjaya namun jangan dilupakan yang menjayakan penyusuan sempurna itu tidaklah mustahil. Sempurna pada Mak Jemah adalah boleh menyusukan secara eksklusif selama 6 bulan pertama tanpa sebarang formula atau minuman lain.

Membeli Barang Keperluan Untuk Mengepam

Sebenarnya semasa dalam tempoh kehamilanĀ lagi segalanya Mak Jemah dah bersedia. Sebab takut jadi lagi peristiwa sepertimana anak pertama yang hanya dapat disusukan selama 2 bulan sahaja. Jadi masa akhir kehamilan tu, Mak Jemah dah beli pam dan keperluan mengepam lain sebagai persediaan.

Semuanya diuruskan melalui online sahaja. Masa tu dapat beli Medela Freestyle dengan harga lebih kurang RM1,500. Masa ni fikirkan tidak mengapa sebab dah tekad nak susukan bayi sepenuhnya, maka pelaburan untuk alatan mengepam tu ada diperuntukkan.

Bila dah ada semua barulah rasa semangat nak menyusu lebih lagi. Maklumlah tengok pam tu tak sabar nak guna kan. Kalau dulu masa kelahiran pertama, satu benda tak sedia. Jadi masa rasa nak kena pam susu baru terhegeh-hegeh nak mencari, alamatnya bila lambat dapat boleh buat ibu stress.

Tak dinafikan masa tu stress dengan susu tambahan lagi masalah pam nak kena cari dengan segera. Sedikit sebanyak mengganggu emosi. Tidak mahu berulang lagi.

Mengepam Sebagai Persediaan Memulakan Kerja

Lebih kurang 2 minggu sebelum naik kerja, masa inilah Mak Jemah pulun buat stok. Rasa best pula buat stok ni bila tengok botol-botol EBM dalam peti sejuk. Masa ni lagi teruja nak beli banyak-banyak botol storage tu. Mak Jemah beli yang jenama bumble bee masa ni.

Di minggu terakhir tu dah mula hantar baby ke nursery kerana nak biasakan dengan rutin baru. Dan juga nak tengok berapa banyak botol kena bekalkan setiap hari.

Alhamdulillah proses tu berjalan lancar dan bolehlah Mak Jemah bekerja dengan senang hati.

Sesi Mengepam Di Pejabat

Bermula jugalah sesi mengepam yang mencabar di pejabat. Minggu pertama tu ada kala pernah jadi jugak kebocoran paip hehehe. Sebab kadang-kadang kemalasan nak pakai breast pad tu, maka terimalah hasilnya. Sejak itu dah takut kalau tak pakai breast pad, bimbang baju dibocori air susu lagi.

Rutin mengepam dilakukan dalam surau je. Alhamdulillah surau pejabat berdekatan dengan meja kerja. Jadi mudahlah. Selalunya semasa sesi mengepam memang Mak Jemah heret sekali laptop bawa masuk ke surau. Sebabnya sambil mengepam boleh buat kerja. Maka tiadalah istilah curi masa pejabat untuk mengepam kan.

Rasa bersalah dari segi tu dah tak wujud. Kerja pun boleh selesaikan walaupun kita gunakan masa untuk sesi mengepam tu. Dan boss juga dah sedia maklum, tiada masalah langsung masa ni.

Alatan Mengepam Di Pejabat

Oleh kerana bekerja dalam aircond jadi rasanya tiada masalah untuk handle EBM (susu perahan) ni. Mak jemah memang tidak letakkan susu dalam peti sejuk tetapi hanya meletakkan dalam cooler bag sahaja.

 

 

Yang warna biru tu icebrick untuk sejukkan susu. Bila balik je dari kerja terus masukkan benda tu dalam freezer. Esoknya bila nak ke pejabat terus ambil yang sejuk tu masukkan dalam beg macam ni.

 

Inilah barang wajib yang diangkut setiap hari, rugi tak amik gambar masa tengah mengangkut benda-benda ni, nanti boleh tunjuk kat anak-anak. Ha inilah usaha mama untuk bagi kamu susu..

Mak Jemah memang bawak ngam je 4 botol tu untuk sesi perahan sehari di pejabat. Cukuplah sebab icebrick tu memang tahan, sejuk sampai ke petang. Tambahan pula dengan keadaan suasana sejuk beku dekat pejabat tu, hingga ke tulang boleh rasa.

Makanya kesejukannya boleh dipercayai ramai. Balik je kat rumah cepat-cepat masukkan susu perahan dalam freezer. InsyaAllah susu EBM yang disimpan dalam cooler bag tu boleh bertahan selama 8 jam. Sedang eloklah balik kerja marathon masukkan tempat freezer.

Tidak Mustahil Untuk Menyusu Bayi Walaupun Bekerjaya

Ini yang Mak Jemah paling suka nak tekankan. Sebab dari pengalaman sendiri, tiada pun masalah yang besar untuk menjayakan penyusuan walaupun sebagai ibu yang bekerjaya.

Yang utama hati kena cekal, kena bertahan walau seribu pun halangan. Demi anakanda tercinta, pasti semua ibu sanggup berkorban. Rahsia Mak Jemah pastikan badan sihat dengan pengambilan vitamin menyusu yang serasi dengan diri ini (opss mungkin serasi dengan anda juga) positif dan jangan terlampau stress tengok jumlah susu.

InsyaAllah ia mudah saja. Dan jangan lupa fahami konsep demand & supply. Maka kita takkan taksub dengan sebarang milk booster tanpa memahami makna sebenar penyusuan. Ia bukan semudah makan harini sejam kemudian susu akan banyak, namun ia amat berkait rapat dengan permintaan dan pengeluaran.

Semoga lebih ramai ibu bekerja boleh menyusukan anak masing-masing sekurang-kurangnya 2 tahun pertama.

Comments

  1. says

    oh jemah. saya lah dulu tu hegeh-hegeh beli masa pantang. Sudahnya husband yang tlg beli medela single dan lain-lain barang. pam sini, sana yang banyak huhu. saya plan beli yg lain sebenarnya. sungguh stress sangat. sebenarnya saya pun susukan tak lama juga. blog jemah ni menggalakkan ibu2 rindu mengandung. i loike haha. kesalahan saya dulu adalah sibuk beli barang2 pantang nak kurus konon, sedangkan penyusuan tu yg paling utama. sesal kemudian tidak berguna. didoakan adik2 dan kawan2 keep it up okeh šŸ˜‰ .
    diana recently posted…Benda paling sukar untuk ibuMy Profile

  2. says

    Terima kasih Mak Jemah share ur experience, ade la ilmu saya dpt… saya pun mase anak 1st, ilmu penyusuan kurang.. yg 3rd ini InshaAllah……………..SEMANGAT saya baca entry ni MJ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge