Perjalanan balik kampung tak lengkap jika tidak berhenti di persinggahan untuk menikmati makanan. Memandangkan perjalanan sebelah malam, jadi sebelum ke destinasi kami singgah dulu untuk menikmati makan malam.
Kedai makan ni sebenarnya dah lama menjadi jelingan mata Mak Jemah. Itupun kerana ternampak semasa dalam perjalanan pulang dari menghantar anak sekolah. Kebetulan ie berdekatan dengan tadika anak, jadi pasti laluan itu menjadi jelingan setiap hari.
Pandang dari luar sudah membuat air liur meleleh. Dan nampak gayanya cafe bertema western ni. Agak sukar nak cari cafe yang menyediakan makanan western yang sungguh sedap memenuhi citarasa Mak Jemah. Tekak ni agak cerewet dalam memilih hidangan western.
Akhirnya Penantian Berakhir
Maka malam itu selamatlah kami rasmikan dengan singgah sebentar. Dalam kepala memang Mak Jemah mengimpikan hidangan western yang lazat. Nampak dari luar sebegitu cozy, mari kita lihat siapa yang kena.
Agak baru juga lagi cafe ini dibuka, dan ia menjadi satu tempat atau port baru makan Mak Jemah. Mak Jemah dan keluarga memang suka makan dan suka mencari kedai-kedai baru untuk mencuba. Kesanggupan untuk datang ke tempat-tempat begini bagaikan adrenalin yang membakar.
Suasana Cafe Mesra Keluarga
Perkara pertama yang dilihat setelah memasuki cafe ini. Ada disediakan tempat santai kanak-kanak atau lebih mesra dipanggil tempat main untuk kanak-kanak. Eh elok sangatlah ada tempat sebegini. Mama dan abah boleh makan dengan riang gembira sambil melihat anak main depan mata.
Maka anak-anak dibiarkan dahulu melepaskan keinginan bermain, mama abah boleh buat pesanan makanan. Menu nya memang menu barat, cuma ada satu sahaja menu nama mee banjir yang mungkin campuran budaya barat dan timur. Mak Jemah tak pilih yang tu, kali ni nak merasa yang betul-betul western dahulu.
Pilih punya pilih akhirnya inilah dia pilihan kami untuk malam itu. Sesungguhnya debaran melihat makanan sedap amat lain macam. Harap bertabah melihat hidangan-hidangan ini ye.
Apalah ertinya minuman tanpa makanan kan. Jangan pengsan tau tengok hidangan yang ni pula. Jeng jeng jeng!
Pendek kata kan bila makan ni tak terkata. Sebab sedap sangat. Bagi Mak Jemah ketiga-tiga hidangan ini sangat fresh, kebersihan terjaga dan juga sedap. Tak rugi langsung menyinggah malam ni.
Harga juga berpatutan. Tidak terlampau mahal rasanya dengan suasana tenang, bersih dan selesa. Pastinya selepas ini Mak Jemah akan berkunjung dan lagi dan lagi sehingga habis semua menu Mak Jemah cuba.
Pencuci Mulut Wajib Ada
Dah kenyang makan tak lengkap pula tanpa pencuci mulut. Aneka kek dan manisan juga ada. Ikutkan Mak Jemah bukan penggemar kek, tapi permintaan dari anak bujang ini harus dipenuhi.
Maaflah harga cheese cake ni Mak Jemah lupa. Walau Mak Jemah bukan penggemar kek, tapi diakui kek ni memang sedap. Berapa banyak sedap tah untuk malam tu.
Bagi yang mahu berkunjung, jangan lupa kosongkan perut dahulu dan nikmatilah hidangan super sedap di sini. Lepas tu kalau dah pergi jangan lupa komen kat sini ok supaya Mak Jemah boleh claim hidangan percuma dengan cafe ni selepas ini kerana memberi promosi percuma hehehehee.
alamat: 17-G, Jln Putra Mahkota 7/6B, Putra Point 2, Putra Heights, Subang Jaya
Western food ni memang dah agak popular di Malaysia sekarang. Cuma kadang-kadang ada yang harganya mahal, tak berbaloi dengan rasanya.
Saya pernah banyak juga restoran-restoran western yang dah dicuba, tapi rasanya lebih kurang sama. Jadi, tiada apa-apa yang menarik antara satu dengan yang lain.
Abdullah Idris recently posted…Bagaimana Manfaatkan Teknik Pemasaran Blog
Wah macam menyelerakan jer makanan kat sana…harga kira murah juga dengan penampilan yang fresh….lain kali kalau berkesempatan kami akan singgah….kot…kot lewat area sana nanti…thanks Mak Jemah atas info ni…
Hai mak jemah.. sila balas tac.. kahkahkah
Kak Kep recently posted…Mak Memang #Hado Kalau Sedia Sarapan Anak Setiap Hari
cara baru suh balas tag nampaknya hahahha
wfatihanum recently posted…Memulihkan Nipple Crack Bagi Ibu Menyusu
ada anak nanti..
leh la bawa diorang gi sini plak.
titan recently posted…Kau Seharum Kuntuman di Taman Syurga
teliur pula tengok spagetti dia tu..
blogger lelaki recently posted…Malaysia Best Blog 2015
saya suka tengok spaggeti ..memang sedap tu!
Hero Borneo recently posted…Kisah Pahit Rusuhan Natrah 1950 (2)
sis ada 3 orang cahaya mata comelnya…uh makan mesti suasananya meriah
suri recently posted…Cara Membuka Tetas Dan Menjahit Langsir Pintu Gelongsor
mak oi harga semuanya tak boleh tahan. tapi sesekali apa salahnya ya tak? hihihi
onlajer recently posted…Cara Paling Murah untuk Bakar Lemak Dengan Pantas
memang betul la mak jemah.
terliur tengok.
Hiasan pun dah menarik selera dah.
Kalau makan, tak terkira dah kot lazat eh.
Sedapnya.
AZENI AHMAD recently posted…6 Cara Untuk Merawat dan Menghilangkan Kulit Berpanau
Makanan didalam gambar semuanya nampak sedap.
akubiomed recently posted…RM5000 menanti pemenang Milo Cans Next Games
Boleh le nanti sis bawak anak cuba makanan kat sini…:)
Hanny Abdullah recently posted…Package Lengkap Kecantikkan Alpha Lipid
wah jemah bestnya. mee banjir tu fofular kat kampung saya tu haha. saya pun suka jalan2 cam ni kalau ada masa. makan lagilah suka haha. tapi tempat budak main tu memang rare, sukalah. kesian kan kdg2 kena marah suruh duk dendiam sebab nak order haha. ok besok nak makan lamb chop 😀
diana recently posted…Kini kau lupakan…
Tengok gambar saya jadi lapar lah pulak…Rasanya saya tahu nak cari kedai ni…biasa juga dengan kawasan ni..
Sani Yunus recently posted…Malaysia Best Blog 2015
terliur tengok semua nak juga tapi sedang berdiet he he
islam di dadaku recently posted…Apakah Rokok Haram? (update!)
Nampak mmg menarik spaghetti nya..nk try lh kejap lagi..tp yg duk terliur sgt tu air cappuccino..
makanan lambat sangat.lamb grill kat sini nasi putih dgn lamb masak kicap.tempat permainan kanak kanak sangat mengganggu bila diorang ketuk2 main dan sangat sangat bising.nak berborak pun tak boleh.
yeke saya dah lama tak datang sana, maybe ada perubahan baru yang tak tau