Ibu yang menghadapi masalah susu badan sedikit pasti risau kan. Dan itulah masalah yang selalu menghantui ibu-ibu yang menyusu.
Tambah lagi bagi ibu menyusu yang akan memulakan kerja di pejabat setelah bercuti bersalin. Terfikir adakah susu badan akan banyak seperti dalam pantang atau adakah pengeluarannya terganggu? Itu juga yang bermain dalam fikiran Mak Jemah satu masa dulu.
Banyak tips untuk meningkatkan susu badan dan salah satu tekniknya adalah menggunakan kaedah power pumping. Jangan risau jika ibu-ibu tidak pernah dengar apa itu power pumping. Jom kita belajar bersama-sama.
Apakah Ia Power Pumping
Power pumping ini adalah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan susu ibu atau dengan kata lain membanyakkan susu badan. Kita tidak memerlukan milk booster atau vitamin tambah susu semata-mata untuk meningkatkan penghasilan susu, malah boleh mencuba cara ini.
Bagaimana Nak Buat Power Pumping?
Sebelum membuat kaedah ini, ibu-ibu mestilah mengenalpasti jenis pam yang anda gunakan. Kerana kaedahnya sedikit berbeza antara single pump (pam manual) dan juga double pump (pam kedua-dua belah payudara sekaligus). Kita lihat teknik berikut.
Teknik Power Pumping Menggunakan Single Pump
Cara membuat power pumping jika anda menggunakan single pump adalah pam payudara sebelah kanan/kiri anda selama 10 minit. Kemudian bertukar pula kepada payudara yang lagi sebelah juga selama 10 minit.
Ulang proses ini sehingga cukup satu jam.
Teknik Power Pumping Menggunakan Double Pump
Cara membuat power pumping jika anda menggunakan double pump adalah pam payudara anda selama 10 minit. Dan rehat selama 10 minit selepas itu ulang lagi teknik yang sama.
Buat sehingga cukup satu jam. Anda boleh lakukan power pumping ini setiap hari atau boleh beberapa kali sehari yang anda mahu.
Bila Masa Sesuai Buat Power Pumping
Sebenarnya bila-bila masa ibu-ibu boleh buat power pumping ni terutamanya bila merasakan susu badan sudah mula berkurangan. Namun waktu yang paling sesuai adalah di waktu pertengahan malam kerana waktu ini hormon prolaktin adalah lebih tinggi.
Hormon prolaktin akan membantu menghasilkan susu yang lebih banyak. Kebiasaannya Mak Jemah buat power pumping pada saat sebelum masuknya waktu subuh. Masa ini fikiran kita pun tenang tanpa gangguan dan lebih boleh fokus.
Jika ibu-ibu tidak mahu susu badan semakin berkurangan, tips power pumping ini amat perlu diamalkan. Boleh buat setiap hari atau boleh dibuat beberapa kali seminggu.
Hasil dari power pumping ini tidaklah datang dengan segera. Katakan hari ini ibu ada masalah susu badan semakin berkurangan, dan hari ini juga baru memulakan teknik power pumping, susu badan tidak akan bertambah serta merta.
Ia akan mengambil masa, namun ibu-ibu hanya perlu bersabar sedikit masa. Selepas diamalkan beberapa kali insyaAllah kesannya dapat ibu-ibu lihat sendiri. Mak Jemah sangat sarankan power pumping pada ibu-ibu yang telah mula kena masuk pejabat. Kerana masa ini kita akan mudah hilang fokus dan jadual mengepam kadang kala boleh ke laut.
Konsisten dengan mengepam setiap hari tanpa skip dan juga amalkan teknik-teknik tingkatkan susu ibu. Semoga ibu-ibu semua mendapat hasil yang diingini dan dapat meneruskan penyusuan sekurang-kurangnya hingga bayi berusia dua tahun.
Thanks 4 info
Thanks 4 info. Bagus untuk info terutama ibu muda
Ha ah..cara macam ni memang berkesan..tapi setakat ni, susu badan isteri terlampau banyaknya..alhamdulillah…rezeki anak kan..
Hafizul recently posted…Ragam Anak Masuk Tadika
bagus la entri2 mak jemah ni… nanti nak suruh wife saya masuk baca entri2 kat sini…
Alongxp recently posted…Harga advertorial saya berapa?
kaum ibu muda wajib baca artikel ini..sayang isteri saya tak nak anak lagi..he..he..
Hero Borneo recently posted…Persediaan Untuk Mendalami Ilmu Hipnosis
info yang sangat berguna..thanks..
jaymiee recently posted…Riadah bersama keluarga di Setia City Park,Setia Alam.
Saya mengamalkan teknik power pumping semasa susu kurang. Memang nampak sangat hasil…
Ain Ridzuan recently posted…TANDA KEGUGURAN KANDUNGAN DI AWAL KEHAMILAN
Alhamdulillah, moga mmberi manfaat kpd kaum2 ibu dan bakal2 spt jan.. tqs mak jemah
Nor Farizan Mazlan recently posted…Akhirnya Berjaya Main Salji Di Malaysia
tengok gambar lelaki yang kena power pumping ….lawak dan rasa nak tergelak
Hanafi Abdullah recently posted…Rahsia Juara Affiliate Klikjer Terbongkar
Bagus tips ni. double pump boleh buat banyak stock ni.
Denaihati recently posted…Tragedi Charlie Hebdo kerana menghina Rasulullah
Teknik ni memang berkesan. Info berguna buat ibu-ibu muda.
rika recently posted…Selamat Mendidik Generasi Buat Semua Guru 2015