Kisah Puan Mija (bukan nama sebenar) yang telah mengalami kemurungan melampau (meroyan) amat mengguris hari. Bukan kerana beliau wanita, tapi naluri ibu amat tersentuh dengan keadaan ini yang sebolehnya boleh dielak.
Puan Mija merayau tak tentu hala hingga terpaksa dicari oleh suaminya kerana hilang sepanjang hari dengan meninggalkan bayi mereka. Puan Mija menarik lampin bayi seolah menarik upih di tepi jalan sambil meracau.
Pernah tak anda melihat peristiwa seperti itu? Atau mungkin pernah mengalaminya? Meroyan bukanlah satu kes biasa tetapi perlu diambil serius. Kerana ada kes hingga boleh mengancam keselamatan bayi bila si ibu mencekik bayinya sendiri. Ada sampai satu tahap kronik boleh membawa kepada membunuh.
Ngeri bukan? Kasihan pada ibu yang menderita sakit meroyan ini. Namun bagaimana ia boleh berlaku? Antaranya adalah kerana tiada sokongan suami dalam tempoh berpantang atau mengalami konflik yang teruk dengan pasangan masing-masing.
Meroyan Kerana Suami
Kisah Puan Mija tadi boleh dijadikan pengajaran. Ini kerana proses bersalin adalah satu proses yang menyakitkan dan selepas bersalin juga adalah tempoh yang sangat rapuh untuk para ibu.
Apatah lagi ibu yang pertama kali menimang bayi, ia adalah satu pengalaman asing pada mereka. Ibu muda yang tiada pengalaman, semuanya baru dan keadaan diri yang tidak berapa sihat, akan mengundang banyak perkara.
Kalau ikut masyarakat Melayu kita dipanggil meroyan atau bahasa inggerisnya adalah baby blues. Masa ini sokongan orang sekeliling sangatlah penting terutama suami. Beri sokongan pada isteri dengan membantunya menguruskan anak atau setidaknya menguruskan rumahtangga buat sementara.
Tanpa sokongan inilah boleh menyebabkan para ibu yang baru melahirkan akan mudah tersinggung, kerana hormon ibu pada ketika ini adalah dalam keadaan tidak stabil. Bayangkan jika dulu ada bayi yang dikandung dalam rahim, sekarang ianya kosong tambahan pula si ibu mengalami keuzuran syarie dan juga kesakitan akibat proses bersalin itu sendiri.
Dari satu sudut lagi juga, masa ini ibu berada dalam keadaan “kotor” maka mudahlah hasutan-hasutan syaitan akan berlaku. Sebab itulah kita digalakkan memasang bacaan Al Quran setiap hari terutama masa tempoh berpantang ini. Kena betul-betul jaga dari segenap aspek.
Meroyan juga boleh berlaku jika isteri merasakan suami sudah tidak memperdulikannya lagi, walhal itu adalah perasaannya sahaja. Maka oleh kerana suami tahu yang waktu ini hormon isteri tidak stabil, sebolehnya cuba layan dan jaga isteri anda sebaiknya.
Pastinya ramai kaum bapa di luar sana yang memahami situasi ini dan Mak Jemah yakin ramai bapa mithali dan penyayang di luar sana. Mereka juga sedang membaca entry ini:)
Apakah Ia Meroyan?
Dari segi lain pula meroyan dikatakan boleh berlaku apabila angin “meroyan” naik ke kepala. Maknanya di sini jika si ibu tidak menjaga kesihatannya semasa berpantang, banyak benda yang boleh menjejaskan kesihatannya kelak. Sebagai contoh ibu berpantang seeloknya memakai stokin tebal sepanjang masa kerana bimbang kaki dimasuki angin. Jika ini diambil remeh ditakuti angin boleh masuk dalam badan dan inilah yang boleh menyebabkan pelbagai sakit pada ibu.
Meroyan ini atau bahasa sainsnya “Postpatrum Depression” ialah satu perubahan emosi, fizikal atau perlakuan yang berlaku pada ibu selepas melahirkan. Biasanya ia paling kerap dikenalpasti semasa empat minggu pertama selepas kelahiran.
Meroyan ini berkait rapat dengan kimia, sosial dan psikologi seseorang ibu yang berubah setelah kehadiran bayi.
Hormon Tidak Stabil Semasa Berpantang
Hormon mengalami penurunan mendadak selepas bersalin. Hormon estrogen dan progesteron ini mengalami penurunan selepas ibu melahirkan. Ini juga adalah salah satu faktor yang berkait rapat yang boleh menyebabkan emosi ibu tidak stabil.
Meroyan Berlaku Kerana Ibu Tertekan
Perubahan sosial dan psikologi juga berubah setelah kelahiran bayi. Situasi pertama kali mendapat bayi juga menambahkan lagi tekanan pada ibu yang kebiasaannya inginkan yang terbaik untuk bayi tetapi mungkin tidak mampu membuatnya sendiri melainkan terpaksa dibantu orang terdekat. Jika tiada sokongan dari segi emosi dan fizikal ini, maka meroyan mudah terjadi.
Di sinilah peranan suami sangat perlu. Apa kata suami ambil cuti beberapa hari, bantu uruskan anak-anak lain jika ada, bantu uruskan rumah, atau tak mampu boleh upah orang untuk uruskan rumah supaya isteri tidak naik darah bila melihat rumah macam tongkang pecah.
Tanda-Tanda Meroyan
- Keletihan yang melampau
- mood yang sentiasa berubah setiap masa
- berasa sedih, marah, dalam masa yang sama
- tidak cukup tidur
Tanda yang lebih kronik adalah si pesakit akan berasakan diri sendiri tidak berguna, rasa bersalah yang amat,rasa tiada harapan, rasa tiada orang yang dapat membantu atau lebih buruk adalah ingin membunuh diri.
Cara-Cara Untuk Elakkan Meroyan
- minta bantuan orang lain. Jangan fikir inginkan kesempurnaan dan semua ingin dibuat sendiri. Boleh minta bantuan orang yang terdekat untuk membantu kita menguruskan bayi semasa tempoh berpantang.
- Buat sedikit senaman, berjalan di sekitar rumah, tengok pemandangan luar, jangan terperap sahaja di dalam bilik, ia buatkan anda berasa tertekan.
- Amalkan diet yang seimbang dalam pemakanan harian.
- Eratkan hubungan dengan pasangan. Bagi si suami, masa ini belai dan layanlah isteri anda sebaiknya.
- Tidur bila bayi anda tidur untuk mengelakkan keletihan melampau.
Yang jelasnya meroyan ini boleh terjadi pada sesiapa sahaja dan sudah pasti susah untuk dijangka. Perubahan hormon yang sangat berbeza semasa hamil dan selepas melahirkan membuatkan emosi juga terganggu. Sebab itu untuk ibu berpantang, pastikan anda jaga pemakanan, jaga kesihatan dan dapatkan vitamin terbaik semasa berpantang.
Dari segi saintifik, dibuktikan yang vitamin b boleh melegakan tekanan pada ibu kerana ia mengandungi vitamin B5 iaitu Pantothenic Acids. Ini kajian doktor tau bukan kajian Mak Jemah.
Bersama kita mencegah sebelum parah.
Himpunan Kisah Mereka Yang Tidak Meroyan
Menakutkan je bila terkena angina meroyan. Ain dulu hampir setiap hari menangis masa bersalin anak yang pertama. Nasib baik emak dan suami ada membantu.. Alhamdulillah…
Ain Ridzuan recently posted…ANUGERAH JUARA LAGU KE 9 CALIPH BUSKERS
harap-harap bini gua takdelah meroyan ye nanti.
haha..
titan recently posted…Jom Aktifkan Mykad
memang risau juga jadi macma nie..lebih2 lagi jika suami terpaksa berjauhan
blogger lelaki recently posted…Malaysia Best Blog 2015
Takut juga bab-bab meroyan ni…alhamdulillah dua kali bersalin takde la sampai meroyan ni……kepada anda semua yang akan mengalami fasa berpantang, jagalah kesihatan rohani dan jasmani anda masa berpantang ….semoga dielakkan dari bahaya meroyan ni….
nila anggraini recently posted…Manfaat Daun Dan Buah Durian Belanda Yang Patut Anda Ketahui
kalau kita semacma jer cepat tenagkan fikiran dan sering dekat dengan keluarga untuk tenangkan hati…
thnik baik sahaja jangan pikir sampai stress kalau boleh bawa diri bersantai..dan jangan sibuk dengar hal merungsingkan fikiran..ingat semua salah satu dugaan lepas bersalin..
suri recently posted…Pencuci Muka Produk Nivea Extra White Make Up Clear 3 in 1 Scrub Or Mud
kit ibu perlu bijak kawal dirikan..kalau nak harapkan orang lain susah sebab banyak ibu hamil lebih dua orang anak mereka ada pantang sendri.cuba kawal diri.ini berdasarkan pengalaman dan rakan2 sendiri
suri recently posted…Kuntum Senyum Ada 5 Pasang Homemade Jubah Muslimah Moden
Kesian betul la kalau isteri takdapat sokongan suami.
Keadaan badan dah sakit lagi, bayi duk menangis je kan.
AZENI AHMAD recently posted…Kencing Tak Lawas: Bahaya Boleh Bawa Penyakit!!
saya sebagai lelaki, rasanya x tau benda ni. Kalau orang pompuan dapat lelaki x peduli kena lihat juga, mungkin mereka x faham. Mereka faham isteri mereka sakit tetapi dari sudut “meroyan” tu rasanya ramai x tahu, saya sendiri pun x tahu, jadi pendedahan itu perlu rasanya
eBook Bisnes Online recently posted…Cara Membuat Roti Canai Yang Lembut
Wah! harap2 bakal isteri tak berjangit meroyan ni.. huhuhu
Bahaya sungguh..
Halim Brothers recently posted…Kempen Derma Darah Capai Sasaran Tabung Darah PDN
masalah ini boleh diatasi jika ada sokongan moral dari suami..
Hero Borneo recently posted…Jom Menulis Skrip Kejayaan Diri
Salam..ingatlah suami diluar sana…besar pengorbanan isteri…
Selepas sy bersalin, suami tidak peduli, suami keluar rumah sepanjang masa, suami balik rumah malam, x mahu diganggu dan marah2..sy makan hati, menangis setiap hari..nasib ibubapa sy membantu, mertua berpihak pada suami. Alhamdulillah, nasib x kene meroyan..tiap hari sy hanya bertawakal kepada Allah.
Sebenarnya, seronok betul jaga isteri berpantang ni.. Memang satu pengalaman baru yang sangat berharga.. Ni nukilan personal experience saya sendiri menjaga ibu berpantang.. 🙂
http://miaqaisarah.com/2015/08/10/pengalaman-jaga-isteri-berpantang/
good sharing:)