Salam semua dan selamat tengahari. Sebenarnya keterujaan Mak Jemah untuk membuat sesi pengenalan blog wajah baru ni terbantut dari minggu lepas. Apabila mendapat tahu yang domain baru sudah siap pada pagi Sabtu bersamaan 18 Oktober 2014 maka dalam hati dah mau lompat. Tapi apakan daya terpaksa delay update sebab line yang tak seberapa di kampung. Nak tulis tak syok kan jadi Mak Jemah tunggu hari yang sesuai.
Ikut sejarah (wah sejarah ko) Mak Jemah mula berblogging ni pada tahun 2011 di mana masa tu buat blog semata sebab nak buat bisnes online. Bagi yang belum kenal Mak Jemah jual shaklee. Jadi sebab masa tu memang fokus nak menjual secara online maka haruslah Mak Jemah kena sediakan blog, walau bak kata Najwa Latiff..kosong..kosong..kosong… Tapi itu bukan penyebab tak boleh nak berjaya. Kalau tak reti tolonglah belajar. Kata hati Mak Jemah kepada diri sendiri. Maka Mak Jemah cari kekuatan, aku nak buat maka aku yang kena buat takkan nak suruh nenek aku pulak. Jadi dari situ bermulalah blog Mak Jemah iaitu menggunakan blogspot.
Bila masuk tahun ketiga sekarang ni baru Mak Jemah rasa kena buat sesuatu yang lebih serius. Mak Jemah mahu lebih serius walaupun dengan guna blogspot dulu agak boleh tahan juga sales Mak Jemah. Masuk bulan kedua buat Shaklee Mak Jemah dah buat sales sebanyak RM9000 di mana Mak Jemah rasa not bad pada diri Mak jemah yang tiada asas berblog ni. Sebab tu Mak Jemah yakin kalau sesiapa yang nak buat side income melalui blog amatlah boleh. Yakin diri ok. Maka mulai tahun ni Mak Jemah ubah paradigma, lebh serius berblog sebab Mak Jemah memang suka menulis pun. Sejak dari dulu suka tulis dan tulis. Dan harapnya semakin ramailah yang akan suka baca tulisan Mak Jemah nanti. InsyaAllah pelbagai sharing yang akan Mak Jemah cuba berikan.
Harini Mak Jemah agak sibuk kerana baru sahaja pulang dari bercuti di kampung. Sekarang Mak Jemah balik kampung tak tentu masa. Kalau dulu nak kena fikir cuti aku ada berapa lagi ni. Nak jimat cuti. Apatah lagi kalau anak-anak sakit itu dah memang tanggungjawab kita la nak kena ambil cuti kan. Tapi sekarang Mak Jemah rasa tergerak nak balik maka kami balik sahaja walau sekadar balik untuk makan Roti Jala sedap bersama kuah kuzi masakan ibu Mak Jemah. Serius sedap Mak Jemah memang hantu roti jala berkuah kuzi. Kalau makan dengan kari ayam Mak Jemah tak berapa gemar. Maka balik kampung hari tu dapatlah merasa kesedapan roti jala ni. Teringat-ingat sampai sekarang. Mak Jemah nak menunjuk cara buatnya tapi Mak Jemah tak berapa pandai buat sebenarnya, belum mencuba sendiri, hanya dengan ada bantuan ibu je boleh menjadi. Sebab nak buat kuah kuzi ni masa nak menumis tu kena hati-hati supaya serbuk kuzi tu betul-betul masak. Dan kena jaga api, kalau tak masak atau hangit nanti kuah jadi tak sedap.
Mak Jemah belanja korang gambar semasa menumis ye. Bahan dia mudah je, serbuk kuzi (tak semua kedai ada jual serbuk kuzi), bahan untuk menumis (bawang putih dihiris halus bersama rempah 3 sekawan), susu cair, bawang besar digoreng dan ditumbuk kasar. Nanti entry yang lainlah Mak Jemah cerita detail cara buat kuzi ni ye. Sekarang tiada perasaan nak cerita pasal cara buat kuzi hehehe.
Jadi hari tu Mak Jemah puas hati la dapat makan masakan kegemaran ni. Bila duduk kampung rasa tenang je sebab asyik makan makan dan makan. Tapi tak boleh amal selalu makan tanpa had ni, Mak Jemah sudah merasakan berat bertambah setelah beberapa hari di kampung. Nak salahkan makanan la tu walhal diri tak boleh nak kontrol kesedapan makanan. Yelah memang pun kalau duduk rumah sendiri, kita masak sendiri. Kadang-kadang jemu dengan masakan sendiri. Masakan orang lain kadang-kadang lebih menyelerakan terutama masakan ibu la. Siapa boleh banding betul tak?
Okla setakat ini dahulu episod pengenalan Mak Jemah. Selepas ni nantikan ceritera yang lain khas dari Mak Jemah untuk pengikut-pengikut setia blog ni. Salam kenal untuk yang belum mengenali Mak Jemah.
Cantik, kemas & kebabomm !
Serius, i like it !!!
thanks Fina, Mak Jemah pun suka lawat blog fina jugaks ehhehehe
wfatihanum recently posted…Wajah Baru Blog Mak Jemah
I follow u mommy ketat2
Ida Rusyeela recently posted…Homemade Pavlova
Paling suka plug in commentluv.
Congrats with your new attracting blog Mak Jemah!
Nurhalawa Md Yusof recently posted…Mesti Baca: 7 Tabiat Bahaya Perlu Dielakkan Selepas Makan
tengkiu dear 🙂
Kuah kuzi..first time dengaq ni. Cantik dan kemas,itu yang mungkin ingin disampaikan oleh En Hasrul huhu.
Anda suka makan steamboat? The best utk anda cuba http://suplement4us.blogspot.com/2014/10/masa-berkualiti-bersama-keluarga-set-kurus-langsing.html?m=1
Syaidatul Nadia recently posted…Masa berkualiti bersama keluarga
siapakah en hasrul? blogger glamer tu ke
Suke kaler blog Mak Jemah… So romantic… i like…
Suka kaler blog Mak Jemah. So romantic… i like…
Tahniah nanny. Cantik blog
blog yang cantik.. dan kemas. Suka!
ida ifaz recently posted…Sakit Migrain Hilang : Selamat Tinggal Pain Killer dan Paracetamol
woww tahniah..cantik sangat!
Kamalia Lee recently posted…Cinch® Shake Mix: Ramping tanpa Hilang Jisim Otot, Tiada lagi Kesan Diet Yo-Yo
mak jemah memang hot lah dgn blog baru ni…i like!!!!
cantik blog nanny..
Zainah Mohamad recently posted…5 buah bantu kekalkan kelangsingan
cantik blog nanny
Tahniah dengan blog ni! selain cantik contentnya juga menarik dgn niche kesihatan! 🙂
Shah recently posted…Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan