Pertama kali mendengar tentang keenakan teh tarik madu di kedai Pak Mat ni membuatkan Mak Jemah teruja. Bayangkan sebelum ni Mak Jemah tak pernah dengar tetapi suatu hari kawan Mak Jemah bercerita tentang kedai ni, hati mulalah tak senang duduk. Harap maklum Mak Jemah memang sejenis manusia yang sukakan makanan:)
Mak Jemah dah pasang angan-angan dah nanti balik kampung bolehlah berkunjung ke warung Pak Mat ni. Dengar cerita artis-artis pun ramai yang datang ke warung Pak Mat ni. Sedap agaknya eh? Kebetulan pula masa tau pasal warung Pak Mat ni Mak Jemah lagi beberapa hari akan balik ke Kelantan kampung tercinta. Maka amat tepatlah kawanku mengutarakan kisah warung Pak Mat ni. Mula-mula tak teruja pun tapi bila dia tunjuk gambar Teh Tarik Madu dan Sup istimewa di situ maka hati Mak Jemah kembali meroyan.
Lokasi Kedai Teh Tarik Madu
Warung Pak Mat ni terletak di jalan menuju ke Pantai Cahaya Bulan. Kalau korang dari pusat bandar Kota Bharu, korang cari je signboard menghala ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Ikut je jalan tu hinggalah korang jumpa kiri kanan jalan ramai orang jual jagung rebus. Tapi bukan kat situ, depan lagi. Terus lagi hingga jumpa Balai Polis Badang di sebelah kiri dan dalam 5 meter dari balai polis Badang tu ada simpang masuk kiri, terus masuk simpang tu. Nak lagi jelas kat simpang tu ada signboard besar tulis Medan Ikan Bakar (MIB) berwarna merah. Tidak jauh selepas masuk simpang tu korang boleh nampak sebelah kiri jalan ada Warung Pak Mat ni. Senang je boleh jumpa punya sebab kami pun hanya mengikut petunjuk tu. Tapi kalau korang nak lebih detail lagi kot la sesat sampai ke sempadan (yang Mak Jemah rasa amatlah mustahil), korang boleh ambil nombor telefon kedai Pak Mat ni 013 919 8131.
Sampai saja sana apa lagi Mak Jemah pilih meja paling tepi, senang nak snap gambar takdela nampak sangat kan Mak Jemah ala-ala wartawan. Sementara suami dan anak-anak duduk, Mak Jemah dengan terujanya terus ke kaunter makanan untuk membuat order. Layan diri ye konsep kat sini. Korang order je sup dan teh tarik di kaunter dan tunggu situ. Bila tiba giliran bolehla angkut makanan yang dipesan tu ke meja sendiri. Jangan pula dok menunggu kat meja takde sapa nak layan ok melainkan jika nak order teh tarik.
Untuk makluman kalau korang rasa nak order jus epal ke memang takde ye kat sini. Sebab bukan rekaan Mak Jemah ni, anak Mak Jemah haritu nak pesan jus epal tapi harap maklum tidak dijual. Jadi Mak Jemah suspek mereka hanya menjual Teh Tarik Madu sahaja. Iyelah betul dah konsep tu, nama dah tersohor dengan Teh Tarik Madu, kalau nak order air lain sila buat sendiri di rumah masing-masing.
Haritu Mak Jemah main belasah je order, pilih sup ikan. Sup ikan ni specialnya walaupun kita pilih sup ikan, tetap juga tuan kedai tu campurkan sedikit daging dalam sup. Jadi oklah lebih puas sebab dua dalam satu kan. Lagi best sebab kuah sup tu korang boleh topup. Wah konsep topup hirup sup sampai pengsan. Topup kuah sup adalah percuma, nak topup ikan atau daging sila sediakan duit.
Apa Rasa Teh Tarik Madu Dan Sup Istimewa Pak Mat?
Bagi saya yang memang kaki mencari makanan, saya bagi 5 bintang. Serius sedap teh tarik dan supnya. Supnya rasa masam-masam pedas, secukup rasa. Teh tarik madu pula sudah pasti terbaik dari ladang. Pak Mat tak bayar Mak Jemah untuk bercerita ni tapi ibarat falsafah kedai, kalau tak sedap bagitau tuan kedai. Kalau sedap, bagitau kawan:) Jadi ini Mak Jemah nak bongkar, memang sedap! Sup ikan tu semangkuk boleh bahagi dua orang. Jadi haritu Mak Jemah order hanya satu mangkuk dan kongsi dengan suami. Anak-anak tak makan banyak, makan ikan je lebih dari nasi tapi okla cukup untuk kami sekeluarga.
Kiranya saya memang syorkan siapa yang berkunjung ke Kota Bharu wajib cuba makan kat Warung Pak Mat ni. Saya rasa harga pun berbaloi, kami makan satu mangkuk sup ikan, dua teh tarik madu ais, dan 4 pinggan nasi putih,jumlah keseluruhan baru RM40. Kira oklah kan ikan tu pun besar. Yang penting kalau dah sedap, tak kira harga tentu puas hati.
Oleh kerana Mak Jemah ni kadang-kadang buat kerja pelik jugak. Esoknya Mak Jemah teringin lagi nak makan. Kalahkan orang mengandung pulak (harap maklum Mak Jemah tidak mengandung ye). Esoknya kami ke sana lagi berdating dua orang je konon taknak bawa anak-anak sebab nak menikmati makanan sepuasnya. Sekali dah sampai sana, tutupla pulak. Rasa nak hempuk-hempuk ke dashboard, kenapalah Mak Jemah bijak sangat tak call dulu. Masa pergi kali pertama pandai pula call tanya dah bukak ke belum.
Takpela bukan rezeki nak makan kali kedua tapi insyaAllah Mak Jemah pasti akan berkunjung lagi dan lagi.
waaah..mmg best kt situ..dekat umah mertua..tapi sampai skrg blum berkesempatan lagi nk singgah kt situ..biasa laaa klau yg dekat ni lambat skit nk sampai…padahal hari2 lalu kt situ…
nor azimah recently posted…Tips Mengesan Kecacatan Pada Rumah Baru
lagi best kalau rumah dekat:) boleh stiap hari menyinggah.
Wah, wajib cuba ni. Memang nampak menarik ~
Ila Fyra recently posted…Permainan Kanak-Kanak Zaman Dahulu ~
wah sedapnya.. menyelerakan betul tengok sup dia tu.. pernah tengok warung pak mat ni masuk dalam rancangan lisa surihani dan yusri pergi bercuti tu.. teh tarik madu dia tula yang menjadi tumpuan..
ieda dayah recently posted…PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK DI KUANTAN, PAHANG
Wow, sedapnya. Wajib pergi kalau ke KB nanti 🙂
ila Fyra recently posted…Spageti Carbonara Versi Arif ~
mommy, saya pun dah sampai sini..;)
ummu hasni recently posted…20 Petua Mudah Kekal Awet Muda
wah best kan? nieza makan apa kat sana? sup ikan jugak ke