Susu Ibu Cepat Kering


Susu ibu kering ni selalu ibu menyusu yang alami. Sebenarnya sangkaan kita je kering, sebab susu sebenarnya tidak kering. Kadang perasaan kita je susu kering walhal susu badan masih banyak dan kita rasa takde susu.

Perasaan susu kering ni sering terjadi terutama pada ibu-ibu baru. Ikut pengalaman saya dulu pun macam tu, awal-awal nak susu badan melimpah ruah. Akibat dari saya sendiri yang tak faham yang susu tu mengikut supply & demand. Mana mungkin di awal kelahiran susu badan kita boleh banyak macam nak menyusukan bayi umur sebulan. Tapi itulah yang saya tak faham dulu. Hingga menangis sebab rasa susu tak cukup walhal bayi baru lahir minum sikit je, tak minum banyak pun. Kita bayangkan bayi kecil tu minum sebotol hehehe. Kesian daku yang cetek ilmu masa tu.
Kalau korang nak tau sebanyak mana susu yang diperlukan oleh bayi korang masa lahir, boleh tengok gambar di bawah. Itulah jumlah susu yang mereka perlukan.

besar perut bayi dan susu yang diperlukan

saiz perut bayi dan susu yang diperlukan

Tengok kan bukannya banyak mana si kecil minum pada permulaan kan. Tapi kita biasalah ibu muda sangat risaukan bayi tak cukup susu. Dan akibat perasaan risau sampai jadi stress, pastu dalam pantang lagi memang mudah sensitif dengan keadaan badan yang belum pulih, itulah jadinya. Jadi lepas ni jom kita fikir baik-baik sahaja, insyaAllah bayi kita cukup susu.
Tapi ada juga yang kata eh memang betullah saya ni dah kering susu. Apa punca sebenarnya jadi begitu? Adakah ilusi kita atau perasaan kita sahaja. Tambah stress lagi bila bayi nak susu tapi  kita rasa susu dah hampir kering walau macam-macam usaha kita buat. Beli macamacam dah produk tambah susu tapi tak juga menjadi. Memang boleh memberi tekanan pada si ibu.
Jangan risau wahai ibu-ibu. Kita tak keseorangan. Ramai ibu yang merasakan tak cukup susu atau susu dah kering. Mari kita tengok punca yang boleh menyebabkan susu menjadi kering dan kita cuba elakkan keadaan berikut.

Punca Susu Kering:

  • ❤️ tidak amalkan konsep demand & supply. Maknanya tidak disiplin mengosongkan payudara. Sepatutnya payudara perlu dikosongkan dari susu setiap 2,3 jam sekali barulah pengeluaran susu sentiasa ada. Ini tidak, bila teringat kita pam, bila lupa kita tinggalkan pam.

  • ❤️ bila berjauhan dengan anak misalnya kita terpaksa outstation jauh, pastikan anda bawa kelengkapan untuk pam susu. Payudara mesti dikosongkan seperti biasa. Jika tidak buat maka ia akan memberi isyarat bahawa pengeluaran susu tidak diperlukan dan susu pun makin berkurang selepas itu.

  • ❤️ pengambilan ubat ubatan juga boleh menyumbang kepada keringnya susu. Contohnya mengambil antibiotik. Ibu kena bagitau doktor yang kita menyusukan bayi supaya doktor akan beri ubat yang tidak memberi kesan kepada pengeluaran susu badan. Saya pernah alami keadaan ni bila demam teruk dan terpaksa diberi antibiotik selepas itu susu merudum dengan teruknya.

  • ❤️ ada juga yang kaitkan dengan makanan. Kena jaga pemakanan terutamanya amalkan pemakanan seperti kekacang, buah buahan tinggi fiber, kurma, barli untuk memastikan pengeluaran susu yang optimum. Susu boleh jadi berkurangan jika anda mengambil makanan yang tidak bersesuaian seperti minuman berkafein iaitu kopi atau teh. Jika anda peminat tegar minuman tersebut boleh mula kurangkannya. Ini kerana ia akan mempercepatkan kehilangan air dari badan iaitu badan akan cepat terhidrat sedangkan kita perlu bekalan air yang cukup setiap hari.

  • ❤️ mindset. Kita terlampau fikirkan yang susu badan kita kurang atau kering. Bila terlampau fikirkan perkara itu maka ia akan benar-benar terjadi. Akibat terlalu fikir boleh mengganggu pemikiran ibu seterusnya secara tak langsung effect pada pengeluaran susu. Jadi elakkan fikir bukan-bukan ye:)

  • ❤️ kita mencampurkan susu formula diselang dengan pemberian susu badan. Kita rasa susu tak cukup maka kita campur lama-lama badan terbiasa produce susu sebanyak itu dan lama kelamaan boleh jadi kering. Seeloknya pada 6 bulan pertama anda susukan bayi anda secara eksklusif tanpa percampuran susu lain atau makanan lain.
Ibu di luar sana jangan risau ye, memang istilah susu kering tak berlaku jika kita faham dan cuba elakkan perkara-perkara di atas. Anak kita adalah unik dan keperluan susu dia tak sama dengan yang lain. Jika kita memahami yang setiap anak itu unik maka kita tak perlu bandingkan jumlah susu yang anak kita perlukan dengan bayi orang lain. Sebenarnya susu badan kita memang sudah mencukupi untuk keperluan anak kita. 
Sebagai contoh kita dapat pam sebanyak 4 botol susu sehari, tapi kawan kita dapat 6 botol sehari. Maka kita stress kerana fikirkan aku ni tak cukup susu ke? Sedangkan kita tak sedar yang keperluan susu anak adalah berbeza dan tidak sama antara satu sama lain. Sebenarnya hasil perahan susu kita sudah mencukupi untuk keperluan anak kita. Jika terlalu memikirkan itu yang menyebabkan kegagalan menyusukan anak.
Jadi ibu-ibu semua terutama yang tengah dalam fasa menyusukan bayi sekarang, jangan stress dengan susu, insyaAllah susu cukup untuk anak kita. Cuma jika mahukan lebih atau mahu bagi lebih energy pada diri untuk boleh hasilkan lebih banyak susu, mungkin kita perlukan nutrien lain yang menyokong. ada setengah orang tidak perlukan milk booster tapi ada setengah orang sangat perlukan. Ia sangat subjektif. 
Bagi ibu yang mahukan set milk booster boleh rujuk link di bawah:
Happy breastfeeding dan semoga amda semua mampu menyusukan anak sekurang-kurangnya selama 2 tahun.

Untuk tips menyusukan anak kembar boleh klik: Tips menyusukan anak kembar

Anda mahu beli set milk booster yang mengandungi ESP dan alfalfa? Klik di bawah:

=====================================================
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan update pelbagai serta tips travel,tips penyusuan, tips masakan, pelbagai sharing kisah harian dan banyak lagi.
Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Shaklee Independant Distributor yang sah.


Klik FOLLOW THIS BLOG DI SEBELAH KANAN ANDA SEKARANG UNTUK TIDAK TERLEPAS UPDATE TERKINI DARI BLOG INI SETIAP HARI



TERIMA KASIH DAN SALAM UKHWAH


HUBUNGI SAYA
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
FB:wanfatihanum
Instagram: fatihanum
Instagram (2): mak_jemah_jual_vitamin
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog

Kenali saya.
Saya adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah dan menjana pendapatan dengan membuat bisnes shaklee secara online.

Saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana:


Dan kini sudah lebih setahun saya resigned dan menikmati hari-hari bersama keluarga dengan penuh syukur dan penuh nikmat kerana dikurniakan rezeki bersama shaklee.

Jika anda seorang ibu, seorang wanita, seorang yang bercita-cita ingin membuat pendapatan sampingan, saya dengan berbesar hati boleh membimbing anda.

Yang penting anda mahu dan ingin merubah kehidupan. Jangan takut jika sekarang anda masih bekerja kerana anda masih boleh berkongsi kebaikan produk shaklee secara sampingan tanpa menjejaskan waktu kerja anda.

————————————————————————————————————–

Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% – 20%?
ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:


Leave a Reply

This Post Has 2 Comments