Kisah Aku Dan Jengking

You are currently viewing Kisah Aku Dan Jengking

Korang pernah berkawan baik dengan kala jengking tak? Tak kenal kala jengking? Jangan bergurau. Kalau tak kenal tak lama lagi boleh berkenalan.

Kala jengking ni bukanlah idaman saya pun. Dan diakui itu adalah ngeri. Tengok kelibat je boleh sakit denggi sebulan apatah lagi memegangnya. Tapi ada manusia yang berkawan dengan kala jengking ni. Siap boleh jadi kawan baik lagi. Tengok dia ni memang berkawan dengan kala jengking.

kala jengking
Tak sanggup Mak Jemah. Nak cari gambar ni pun Mak Jemah fikir 40 hari 40 malam. Tapi setelah berfikir Mak Jemah kena cerita juga kat korang. Sebab kisah ni boleh dijadikan iktibar. Iktibar sangat kan?
Korang pernah jumpa blok kayu reput? Atau kayu usang kat mana-mana. Mungkin rumah terbiar atau lokasi mistik mana-mana yang korang pernah jumpa. Si kala jengking ni memang suka buat aksi silap mata kat situ. Memang suka bagi orang terkejut. Bila angkat je kayu tu dia boleh cak cak pada kita. Awas! Lepas ni kalau nak pegang kayu sebegitu korang kena hati-hati. Jangan pisang berbuah dua kali.
Kisah sedih Mak Jemah disengat kala jengking ni berlaku berpuluh tahun yang lalu. Macam tak kena je kata berpuluh tahun kan? Iye masa tu umur dalam 5 tahun kot gitu. Apalah budak 5 tahun ni tau. Jumpa kayu excited gila. Masa tu tah macamana boleh pergi main kat kawasan macam rumah lama. Ada la beberapa blok kayu lama kat situ. 
kala jengking

Dengan bangganya nak menunjuklah dekat orang yang Mak Jemah pegang kayu keramat tu. Amik dan zass letak di dada ok. Tanpa ragu kiranya macam peluklah kayu tu. Lepas beberapa saat rasa macam sesuatu sepit. Sakit oooi kena bahagian dada. Nasib baik tak arwah masa tu.
Nak tau rasa apa? Rasa macam kita tersekat nafas. Yelah racun dah mencucuk area jantung kot. Mana tau sesak nafas rasanya. Dan sudah tentu ia perbuatan kala jengking hitam. Adoila ngeri sangat. Tak ingat lah apa berlaku lepas tu kepada kala jengking tu. Yang tau adalah menjerit dan terperanjat segala orang. Alhamdulillah dirawat dan pulih seadanya hingga sekarang.
Budak-budak zaman sekarang rasa takkan alami kot pengalaman jengking ni. Rumah bukan macam dulu dah. Kawasan untuk memungkinkan kala jengking hidup dah semakin pupus. Hanya boleh tengok kala jengking ni kat zoo sahaja. Eksklusif hanya untuk pembayar tiket. Tak bayar tiket main jauh-jauh.
Walaupun ia pengalaman ngeri tapi masih terpahat dalam ingatan Mak Jemah. Takkan nak ingat kenangan manis je. Haruslah yang pahit jadikan iktibar. Sehingga ke hari ini Mak Jemah masih rasa fobia mendengarkan nama kala jengking. Tapi sekarang Mak Jemah tengah cuba mengatasi masalah fobia ini dengan menulis di blog. Sekurangnya separuh dari ketakutan itu berjaya diatasi. Hebat juga rasa nak atasi perasaan fobia luarbiasa ni. Tak kena sengat takkan tahu.
Oklah sempena waktu orang tengah rehat-rehat sekarang, bawak-bawakla rehat semua. Nanti boleh lawat lagi blog Mak Jemah dengan wajah baru ye. Sikit masa lagi. Tak sabarnya…..

Leave a Reply