Salam sayang semua. Harini Mak Jemah bersiaran lambat sikit. Harap maaf bagi yang tertunggu entry terbaru Mak Jemah, taknak bagi alasan tapi sejak petang tadi rasa tak sedap badan, rehat sekejap. Ni dah rasa macam ok sikit bolehlah Mak Jemah update apa yang patut.
Kisahnya Mak Jemah harini menghadiri kelas belajar tentang Nutrisi Kesihatan Kanak-Kanak di Shaklee HQ Pinnacle dekat Bandar Sunway. Kelas ni dikendalikan oleh pakar nutrisi shaklee sendiri iaitu Puan Sarah. Menjadi seorang Shaklee Independant Distributor ni tak bermakna kita tau nak menjual sahaja, untuk memberi concultation kepada para pelanggan semesti kena ada ilmu. Mak Jemah tak suka lah consult yang bukan-bukan pada pelanggan semata nak untung. Tak baik tau. Nak rezeki berkat pastikan anda ikhlas buat kerja. Dan oleh kerana Mak Jemah merasakan kerja Mak Jemah sebagai ibu yang bekerja dari rumah yang jual shaklee secara online, Mak Jemah kena jaga keberkatan. Nak berkat dan nak bagi terbaik pada pelanggan mesti ada ilmu.
Mak Jemah tidak keseorangan siang tadi, ada beberapa lagi “anak” “cucu” “cicit” shaklee di bawah empayar WAHMillionaire hadir. Mak Jemah memang kagumlah dengan dorang ni. Bukan semua yang jadi WAHM tau, ada yang masih bekerja tapi buat shaklee untuk side income. Demi ilmu sanggup datang untuk timba pelajaran berguna. Dan juga Mak Jemah sangat kagum ada yang datang dari jauh semata nak hadiri kelas. Sebenarnya kelas begini tidaklah diwajibkan ke atas SID (Shaklee Independant Distributor) tetapi jika sudah ada dedikasi dalam diri, tak paksa pun sendiri yang nak belajar kan. Dan itulah mereka. Mak Jemah kagum sangat.
Lagi satu paling kagum juga adalah ibu-ibu bersama anak-anak kecil. Jangan sangka buat bisnes ni terpaksa lupakan masa dengan anak, tapi boleh bawa anak bersama-sama. Ibu belajar, anak-anak main tiada masalah langsung. Sebab tu ramai ibu-ibu sukakan konsep bisnes ini kerana kita tak rasa bersalah abaikan anak, tak perlu abaikan langsung pun. Memang Mak Jemah salute yang bawak anak, sambil belajar, sambil salin nota, sambil susukan anak. Mak Jemah berharap sangat mereka-mereka ini yang telah menunjukkan komiteman akan dapat hasilnya berjaya dunia dan akhirat.
Kami selesai kelas lebih kurang jam 2 petang. Ikutkan nak lebih lama lagi tapi apakan daya masing-masing pun kena beredar, sebab ada yang datang dengan komuter, kena balik awal. Kagum Mak Jemah berulang lagi, tengok “anak” shaklee yang sanggup bersusah payah nak berjaya, datang dari jauh dengan komuter nak timba ilmu, apa lagi Mak Jemah nak rasa melainkan kagum dan berharap mereka ini pasti akan dapat sesuatu yang berbaloi sikit masa lagi.
Kami plan akan buat lagi kelas sebegini untuk menuntut ilmu. Ilmu itu sendiri takkan pernah habis, samada kita yang pilih nak cari atau nak biarkan sahaja ilmu tanpa amal. Tapi memang kelas harini banyak membantu Mak Jemah lebih memahami tentang kesihatan kanak-kanak. Boleh bertanya secara empat mata dengan pakar nutrisi shaklee adalah saat yang tak patut dilepaskan. Sebelum ni Mak Jemah memang sudah ada sijil nutrisi dari shaklee, dan pernah attend kelas nutrisi. Tapi bukan itu alasan untuk Mak Jemah stop belajar.. Kena belajar lagi sebab ilmu tu takkan habis.
Sebelum balik Mak Jemah dapat beberapa cenderamata dari anak cucu yang hadir. Terima kasih korang, lain kali bagilah lagi heheheee..
InsyaAllah esok Mak Jemah akan share apa yang telah Mak Jemah dapat harini. Korang jangan lupa stay tuned esok tau. Ada cerita penting Mak Jemah nak bagitau. Kesihatan kanak-kanak yang mungkin kita ambil mudah sebelum ni. Jangan lupa kita jumpa lagi esok dengan entry rahsia dari Mak Jemah. Selamat malam:)
Kan best dapat pergi.. rindunya kat mommy!
Fiza Zasmi recently posted…APA ITU VERTIGO?
jomla fiza bulan 11 ni plak..
wfatihanum recently posted…Tekanan Darah Rendah Waktu Hamil
Alhamdulillah..ilmu yg sgt berguna.Mmg tak rugi datang..lain kali kalau ada kelas macam ni wajib attend..
Mesti banyak ilmu yg neny belajar kan? Ruginya saya tak dapat nak pergi. Lain kali kalau tak ada aral melintang, saya pun nak join sekali.
MNH recently posted…MENGAPA SPERMA LELAKI KURANG?
wajib pegi ni haziq, nanti bln 11 ni kita ada lagi satu kelas..jgn lupa sertai:)
wfatihanum recently posted…Mak Jemah Ke Kelas Nutrisi
Kelass gittew mak jemah
Fyda Noh recently posted…Cerita Sedih Tentang Kolostrum, Susu Kuning Yang Terbuang
Alhamdulillah ilmu yang diberi sangat berguna..In Shaa Allah kelasa akan datang akan attend lagi
Zainah recently posted…Kelas Nutrisi WahMillionnaire
jom kit attend lagi bulan 11 ni
wfatihanum recently posted…Mak Jemah Ke Kelas Nutrisi
Seronok ikut kelas nutrisi ni. Banyak ilmu baru yang diperolehi.
Zainah recently posted…GET CLEAN WATER | PENAPIS AIR SHAKLEE
KELAS NUTRISI
Zainah recently posted…GET CLEAN WATER | PENAPIS AIR SHAKLEE
Wah, memang bagus kelas ni. Banyak info yang diperolehi ~
Ila Fyra recently posted…Masalah Bayi Baru Lahir ~
Alangkah ruginya saya tak join sama…insaaAllah dikesempatan lain akan ikut join. Memang penting untuk kita berjumpa dengan pakar pemakanan ini untuk mendapatkan ilmu tentang pemakanan.
nila anggraini recently posted…Anak Terlalu Sering Batuk, Waspadai Radang Paru-Paru