Cheese dan Serbuk Aiskrim

Semalam dapat hadiah serbuk cheese, popia cheese dan serbuk untuk buat aiskrim. Terharu pun ada, masih ada yang sudi beri hadiah rupanya di usia ini hehehe. Ini sebenarnya pemberian dari rakan-rakan bisnes partner. Wah bisnes partner gitu. Atau lebih mesra dikenali sebagai cucu bisnes. Atau mesra lagi sebenarnya sahabat bisnes yang setiap hari berhubung tanpa jemu.

Sebenarnya bila saya buat shaklee ni saya ramai kawan yang boleh dikata hampir 99% adalah mereka yang saya tak pernah kenal langsung sebelum ini. Mereka saya tidak pernah jumpa sebelum ini, tidak pernah berhubung dan apatah lagi pernah rapat. Memang ada juga kalangan kawan-kawan tapi boleh kata hanya 1% sahaja. Yang lebih ramai adalah dari kalangan strangers. Mereka yang saya langsung tidak kenali dahulu.
Tapi dalam bisnes yang saya buat sekarang ni, ia seumpama menyatukan hati-hati yang jauh. Silaturrahim tu terbina. Kami bukan sahaja selalu berbicara tentang hal bisnes tetapi banyak perkara dikongsi seperti resepi masakan dan tips harian. Pendek kata tak rugilah berkawan masing-masing tak lokek menyumbang ilmu atau pendapat.
Sebab dah selalu berkomunikasi secara online, banyaklah benda kami share. Antaranya adalah mengenai cheese inilah. Haritu Kak Tun ada sebut tentang popia cheese, tapi kena beli serbuk cheese tu dulu nanti buat sendiri popia tu. Saya kata taknak kalau kena buat sendiri, kalau dah ada yang siap baru nak beli. Tapi biasalah cucu solehah kan, macam tau-tau je kerajinan neneknya yang tak reti nak gulung popia, harini sampai satu balang! Sedap sangat! Tambah sedap sebab benda FREE!

Bila bukak tadi sempat la rasa sikit, tapi nampaknya keadaan itu boleh menghasit diriku untuk menghabiskan satu balang waktu itu juga. Maka kontrol diri maklumlah masa tu dah malam, agak-agakla sikit nak makan tu kan. Terpaksa bermeditasi dengan menyatakan “dila makan esok”. Nampaknya kata-kata pujukan dalam diri itu menjadi. Kusimoan balik balang tu dok jauh sikit, esok masa untuk habiskan πŸ™‚
Selain dari cheese tu, ada pula benda lain yang dapat iaitu serbuk untuk buat aiskrim. Al kisahnya beberapa hari lepas dok borak dengan Kak Ain ni dia dengan bangga dan seleranya menunjuk aiskrim yang dia buat sendiri. Sudah pastilah i akan menanya apakah itu? Jenis alergic makanan kan haruslah tanya. Katanya dia makan aiskrim buat sendiri dan serbuk itu adalah hasil jualan dari Kak Tun. Biasalah Kak Tun mahu menguasai pasaran, serbuk cheese pun dia jual,,serbuk aiskrim pun dia jual. Agaknya serbuk apa yang dia tak jual. Serbuk-serbuk juga, shaklee pun dia jual. Bulan ni tak jual shaklee lebih dari jual cheese sila bersiap sedia! Rotan panjang menunggu πŸ˜‰
Jadi disebabkan ramah tamah menegur Kak Ain makan aiskrim buatan sendiri maka tak semena Kak Ain pula nak hadiahkan serbuk aiskrim. Maka sebab itulah dapat hadiah berkembar dari agennya iaitu Kak Tun. Murah rezeki i harini.

Pesanan penaja bertaraf mahal ni. Tak pernah orang jual serbuk gini buat pesanan tapi yang ni nampaknya di luar kebiasaan. Bila agaknya nak mula bancuh aiskrim ni ye? Dah ada dah resepi dalam kepala tapi nampaknya kena tunggu lepas rayalah.
Orang kata berbudi pada tanah akan dapat hasilnya. Berbudi pada manusia lain kali orang mintak lagi:) Lain kali bagilah lagi:)

Walaupun parcel ni tak sampai kat rumah, walau terpaksa pergi ambil dekat poslaju tapi berbaloilah sebab sedap. Walhal alamat tu i yang bagi, boleh salah alamat sendiriπŸ˜… Tunggu nak ambil ni dah petang, kalau tau ada popia cheese patut bukak masa dalam kereta lagi. Tapi ingatkan serbuk je maka tak jadi nak bukak.
Apa pun terima kasih sangat korang di atas kesudian memberi cenderamata yang berharga ini. Memangla berharga kan makanan tu, lepas ni nak fikir rezepi untuk serbuk cheese tu pula. Untuk aiskrim pun dah terbayang-bayang nak campur apa.Kang bila siap nanti mama lebih sudu dari anak camana?
Nanti kita review topik ni lagi bila perkara itu berhasil ok?

Leave a Reply

This Post Has 9 Comments

  1. Unknown

    Hihihi lama dh terliur dgn serbuk aiskrim tu

  2. Unknown

    Lapar pulak tgk popia chesse tu. Harus buat jgak nanti.

  3. norains sulaiman

    nanti kita cuba serbuk cheese tu pulak…
    Family besar WAHM Will always love u.

  4. Nursimatun

    Kak Lia, jom le order kalau nk tau rasanya… πŸ™‚

  5. Nursimatun

    Su, bukan lagi harus tapi tahap WAJIB dah… hahah

  6. Nursimatun

    Kak ain jangan lupe contac saya tau kalau nk order πŸ™‚

  7. Nursimatun

    Oh nanny… sebenarnya dari hari raya puasa lagi nak bagi tapi tak berkesempatan nak menggulung. Itupun ku hanya gunting-gunting saje… Harap sedap lah rasa dia…. πŸ™‚