Tadi tertengok berita (boleh pulak tertengok kan, nampak sangat!) ada seorang isteri menangis teresak-esak suaminya meninggal kerana kematian mengejut dipercayai kena serangan jantung. Katanya suami dia sihat walafiat tiada sakit apa, tapi tiba-tiba dapat panggilan telefon bagitau suami dah tiada. Apa agaknya kalau kita berada di tempatnya? Mau meraung jugak kan. Ajal dah sampai mana boleh disekat-sekat. Tapi adakah kita cukup bersedia dengan keadaan itu? Yang buat lagi sedih katanya suami dah janji nak keluar makan dengannya sebab dapat kiriman wang dari anaknya, sedih pula dengar. Hajat tak kesampaian nampaknya.
Kebiasaan kalau kita dengar kematian mengejut ni adalah disebabkan jantung. Bahaya kan serangan jantung ni. Takut pulak. Memang sebenarnya statistik serangan jantung di Malaysia adalah pembunuh nombor 1! Dekat Malaysia ni bukan orang meninggal sebab tak cukup makan, tapi sebab jantung. Jika tau sebab jantung ni bolehlah dikaitkan dengan cara hidup. Samada cara hidup yang tidak aktif (tidak bersenam), kerja di tempat berhawa dingin tanpa exercise, tanpa berpeluh dan buat aktiviti yang mengeluarkan peluh, dari segi makanan yang mengandungi lemak tepu, atau kolesterol. Juga banyak dipengaruhi oleh cara masakan, suka masakan berlemak, bersantan, berkalori tinggi. Pendek kata serangan jantung bermula dan sangat diperngaruhi oleh persekitaran dan amalan cara hidup.
Apa isteri boleh bantu?
Bila berumahtangga Mak Jemah pasti semua isteri akan rasa bertanggungjawab atas kesihatan seisi keluarga. Jika anak demam atau sakit, jika suami sakit, pasti orang paling kalut dan tak tidur malam adalah isteri. Dan juga kalau boleh kita pun tak mahu suami sakit. Bila suami sakit, apatah lagi suami adalah tunjang keluarga, mungkin isteri boleh mati kutu. Apatah lagi bila mana isteri yang memang mengharapkan suami dari segenap segi, kemungkinan juga bagi isteri yang tidak berpendapatan tetap, atau tiada pendapatan, jika suami sakit atau tak berdaya bekerja, isteri orang yang paling rungsing. Kalau boleh nak je suami sihat selalu kan. Kadang kesian suami bekerja siang malam untuk nafkah keluarga, jika sakit tambah lagi boleh bawa maut, apa agaknya reaksi kita.
Punca Sakit Jantung
Jantung ni penting kerana ia berfunngsi untuk mengepam darah dan menyalurkan zat dan oksigen ke seluruh tubuh badan. Dan ia mendapat bekalan darah untuk dipam dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. Masalah akan berlaku jika saluran darah ini menjadi SEMPIT dan tidak dapat memberi bekalan darah mengalir sempurna kepada jantung. Kebiasaan masalah adalah sebab KOLESTEROL yang menyumbat salur darah ini.
Apa Berlaku Jika Saluran Darah Jadi Sempit?
Bila saluran darah tu jadi sempit, darah tidak dapat dipam sempurna oleh jantung. Pesakit akan mengalami sakit dada. Tapi kalau saluran tu tersekat sepenuhnya, maknanya bukan sekadar sempit tapi menyumbat terus saluran darah, pesakit akan mengalami serangan jantung. Serangan jantung boleh akibatkan kesakitan amat sangat pada bahagian dada. Ia boleh berlaku tanpa ada apa-apa tanda walaupun anda rasa sihat sebelumnya. Dan ia juga boleh membawa maut apatah lagi jika terkena serangan ketika bersendirian. Takut tau, bukan main-main ini melibatkan nyawa.
Sebelum berlakunya serangan jantung kemungkinan pesakit akan dapat rasa nak pitam, berdebar, sesak nafas, berpeluh dingin atau pengsan. Tiba-tiba Mak Jemah teringatkan seorang artis tanahair yang juga meninggal dunia sebab serangan jantung semasa bermain bola. Juga seorang artis lain juga meninggal dunia mati mengejut walaupun masih lagi muda dan tiada sakit lain yang kronik.
Punca Utama Terkena Sakit Jantung
Perokok adalah sangat berisiko tinggi. Perokok mempunyai risiko 3-6 kali risiko terkena serangan jantung berbanding orang yang tidak meroko. Isteri-isteri sila ambil perhatian ye. Ini kerana bahan kimia dalam rokok tu pertamanya boleh menyebabkan pembekuan darah. Keduanya pemendapan lemak di dinding saluran darah dan ketiga boleh mengurangkan bekalan oksigen ke jantung. Jadi amatlah ditakuti risiko ini pada suami yang merokok. Kalau boleh isteri gunalah kuasa super power untuk pujuk suami jangan merokok lagi. Bukan sahaja bahaya untuk suami malah bahaya juga untuk anak-anak. Orang yang menghidu asap rokok adalah berganda dapat risiko kesan dari asap rokok. Jadi renung-renungkanlah, mungkin sukar nak berhenti tapi usahakan cara mana tau boleh ubah tabiat buruk tu. Bila suami sihat seluruh famili pun sihat. Kan seronok camtu.
Sebelum lupa saya nak sarankan satu je untuk perokok ni. Para isteri take note ye hanya vivix yang sesuai untuk suami anda. Mak Jemah yakin kalau tak cuba sampai bila takkan tahu kesannya. Sebelum Mak Jemah lupa nak share maka Mak Jemah tunjuk dulu lah rupa vivix ni. Dan Mak Jemah nak cerita juga kenapa Mak Jemah amat sarankan vivix ni pada suami korang?
Kandungan Resveretrol Dalam Vivix
Apakah resveretrol ni? Kalau dalam vivix, resveretrol ni diambil dari ekstrak Polygonum Cuspidatum. Berbelit lidah Mak Jemah nak sebut masa nak menulis ni. Rasa macam saintis pulak aku hahaha. Ok macam ni Mak Jemah nak terangkan dengan cara mudah. Kenapa dan apa ada dengan resveretrol ni. Dia boleh menghalang dari “lemak jahat” teroksida. Dalam bahasa orang sains kalau lemak jahat ni dipanggil LDL (Low Density Lipoprotein). Jadi bila LDL ni teroksida, maka kolesterol dalam darah tu boleh melekat antara satu sama lain dan membentuk “clot”. Clot ni kalau dah memenuhi ruang saluran darah boleh jadi sempit atau tertutup. Korang bayangkan longkang, kalau penuh pasir atau sampah sarap dalam tu maka air pun tak dapat mengalir. Ibaratkan air tu adalah darah. Kalau tak mengalir tak ke longkang tu jadi tersumbat?
Jadi fungsi resveretrol ni nak bagi LDL tu jangan teroksida, jadi dia tak melekat dan tak membentuk sekatan dalam salur darah. Mak Jemah rasa cukup jelas dah kot penerangan ni. Berbelit lidah dah Mak Jemah nak cerita. Sebab itulah punca utama boleh jadi serangan jantung. Jadi baiklah kita cari jalan untuk bantu suami dari kita menjadi sebatang kara tanpa suami. Ajal maut di tangan Tuhan tapi kalau kita usahakan jaga kesihatan takde salahnya kan. Kadang suami ni memang susah sikit nak makan ubat-ubatan ni, apatah lagi supplement yang bagi setengah orang tak perlu. tapi pada Mak Jemah supplement ni untuk menjaga sebelum sakit. Kalau dah sakit takde guna dah, kena cari drugs la pulak untuk ubatkan dengan lebih cepat.
Testimoni Merokok
“salam…selamat pagi semua…nak share satu story..
Mmmm…segan dan agak malu bila ibu kita seorang perokok tegar kan…mak saya memang perokok tegar dari usia belasan tahun lagi…bukannya rokok daun..tapi rokok Dunhill… Dulu memang rasa segan dengan kawan2…dengan keluarga bakal suami..tapi tu la…bila kita nasihat…orang tua ni bukannya nak dengar…keraplah mak sakit perut yang teruk,mungkin sebab organ dalaman dia dah x berapa elok kot sebab sekarang umo dia dah 63tahun…tapi alhamdulillah…awal minggu lepas saya poskan VIVIX kat mak saya…tup tup mak call saya..jeng..jeng..jeng…dia kata ubat apa yang saya bagi dia minum tu??? saya tanya kenapa? Dia kata rokok terasa PAHIT MACAM HEMPEDU!!.dia langsung xleh hisap rokok tu….saya kata itula ubat yang saya cari selama ni untuk dia…alhamdulillah…dah seminggu dia x beli dan x sentuh langsung rokok…dia cakap selera makan dia pun makin bertambah…ramai dah yang tegur cakap dia nampak berisi..alhamdulillah,syukur pada allah..akhirnya saya jumpa supplement yang betul2 sesuai untuk ibu saya…xpela kuar duit banyak sikit pu..IBU KITA SEORANG JE…selagi dia masih ada memang nak tengok dia sihat…”
Pesakit Diabetes Berisiko Sakit Jantung
Tadi orang merokok mendapat 3-6 kali ganda risiko lebih diserang sakit jantung. Sekrang ni diabetes pula. Diabetes ni mempunyai 2-3 kali ganda risiko lebih dari orang biasa. Maknanya ia juga tak boleh dipandang remeh juga. Tambah lagi jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan, maka itu juga berisiko. Yang paling kita takut adalah serangan jantung secara mengejut boleh membawa maut. Menyesal pun tak guna.
Jadi bagaimana nak rawat diabetes ni supaya tidak berisiko sakit jantung? Dahla mengidap diabetes kalau boleh kita nak elak la dari terkena pula serangan jantung. Jangan lupa yang bukan lelaki sahaja yang berisiko jantung, wanita yang selepas menopaus akan berisiko menghidap serangan jantung. Ini kerana apabila wanita sudah putus haid maka hormon estrogen juga semakin menurun, jadi wanita tiada lagi perlindungan ini. Maka hati-hati juga kaum wanita ye. Maka tak syak lagi untuk masalah diabetes ni Mak Jemah syorkan vivix juga kerana RESVERETROL boleh menghalang kerintangan insulin pada badan. Apakah kerintangan insulin ni? Ia adalah satu keadaan di mana badan jadi kurang sensitif kepada hormon yang mengawal kadar gula.
Testimoni Kencing Manis
“Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah dan kehendakNYA..kita berusaha dan berikhtiar yang menyembuhkan adalah atas kehendakNYA. Abah dikesan kencing manis pada awal tahun 2013 hari tu, dengan kadar bacaan yang agak tinggi, 17 atau 18 mcm tu. kemudian bacaan xpernah turun2. bermacam jenis ubat dan supplement cuba, tapi bacaan makin teruk sehingga tidak dapat dibaca, dalam masa yang sama, berat badan turun mendadak sehingga seluar saiz 42 pada asalnya tinggal saiz 34, bayangkan memang turun byk sangat. makan tak lalu, sentiasa letih dan penglihatan menjadi kembang, hingga terpaksa buat cermin mata baru, dan abah dh tak berani nak bawak kereta jauh2 waktu malam..sepanjang bulan puasa hari tu memang kami adik beradik semua susah hati tgk keadaan abah, kalau hari xkerja memang abah melepek saja xlarat, bibir pecah, makan xlalu. kemudian bulan lepas saya berikan VIVIX untuk abah cuba, saya cuma suruh abah ambil sekali satu sudu teh setiap kali sebelum tidur, konsisten hampir 2minggu, alhamdulillah. Hari ni abah p klinik untuk check bacaan dan keputusan bacaan 5.4, alhamdulillah normal.. bersyukur sgt2 Allah makbulkan doa kami semua untuk melihat abah sihat macam dulu..sekarang ni abah dh berselera makan, kerja pun dh xletih macam sebelum ni, abah kerja 3 shift, pagi, petang dan malam. memang abah rasa bertenaga sangat sekarang, muka pun dh nampak merah, penglihatan pun dah semakin ok..alhamdulillah..”
Lagi satu perkara paling penting adalah kawal pemakanan kita. Yang ni walau tahu benda paling jimat nak buat dan paing senang, tapi inilah yang paling menduga nak buat. Tak mampu nak konsisten kan. Mana mampu nak tahan dari makan Masak Lemak Bawal Putih 🙂
Banyakkan makan makanan berserat, buah buahan, sayuran dan jauhkan makanan berlemak dan berkolesterol tinggi. Nak jauh tu memang semua orang tahu tapi nak buat tu susah la sikit kan Mak Ngah kan? Kurangkan makanan bergoreng, lebihkan stim ke kukus ke. Makanan sihat katanya. Tapi kalau rasa tak mampu nak buat semua tu atau mampu boleh kawal tapi kadang-kadang tak tentu jugak, kena guna bantuan lain juga. Dalam masa yang sama jangan lupa bersenam. Rajin keluarkan peluh maka insyaAllah tiada la sakit yang menghinggap. Dengan izinNya, tak boleh nak takbur tapi harapnya usaha kita membuahkan hasil.
Terkahir kali Mak Jemah nak highlight sekali lagi yang mana ditujukan pada isteri-isteri di luar sana. Sayangi suami anda dengan menghadiahkan sebotol vivix padanya hari ini. Suami anda bertuah kerana memiliki anda sebagai isteri:)
Untuk mendapat harga ahli dengan pembelian vivix ni korang boleh klik di bawah dan Mak Jemah akan hubungi korang dalam masa 24 jam untuk lebih maklumat lanjut.
Penyakit jantung adalah pembunuh no 1 yang sangat ditakuti oleh semua orang. Oleh itu jagalah pemakanan kita. Makan makanan yang sihat dan seimbang ….dan amalkan gaya hidup yang sihat . Vivix sangat sesuai untuk dijadikan makanan tambahan setiap hari agar senantiasa sihat dan jauh dari pelbagai macam penyakit.
nila anggraini recently posted…Vivix Formula Yang Esklusif Hasil Yang Menakjubkan
Jaga pemakanan dan exercise insyaAllah jantung sihat 🙂
Akak Vitamin recently posted…Resepi Mealshake kegemaran kami sekeluarga