Bayi Meninggal Di Nursery

Seolah menjadi perkara biasa sekarang ye kita dengar bayi meninggal di nursery. Hancur luluh hati ibu bapa agaknya jika anak yang dihantar pada paginya ceria tersenyum tapi bila diambil petang dalam keadaan kaku. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Saya dapat merasakan benda tu walau tak pernah mengalami tapi hampir terjadi. Nasib baik usia anak masih panjang.

Yang terbaru adalah bayi 3 bulan yang ditinggalkan di taska Putrajaya. Dikatakan meninggal tanpa disedari pengasuhnya. Bagaimana agaknya respon kita? Takkan hanya boleh berkata yelah sudah ditakdirkan begitu. Saya rasa amat sensitif bab ni sebab merasakan semua ni tanggungjawab bersama. Kenapa? Sebab kita mempunyai pilihan. Memang perkara dah nak jadi, tapi ini bukan sekali dua berlaku tapi banyak kali.

bayi tersedak susu

Saya membayangkan jika di tempat ibu tersebut. Memanglah mana boleh salahkan ibu letak anak dalam jagaan taska tersebut kerana beliau juga bekerja dan perlu bekerja mungkin. Kalau tak letak situ siapa yang akan jaga anaknya semasa beliau bekerja bukan? Jadi nak salahkan ibu bapa tak boleh juga. Mungkin juga taska itu adalah taska terbaik yang beliau sudah survey beberapa kali. Yelah kebanyakan kita ibu sebelum hantar anak ke taska mesti ada nak survey dulu tengok. Ingat lagi saya dulu masa nak hantar anak ke taska, beberapa taska menjadi pilihan dan yang utama adalah taska tersebut mestilah berdaftar dengan JKM. Boleh rujuk sini senarai taska yang berdaftar dengan JKM.

Saya ingat lagi kisah sedih hantar anak ke taska. Masa tu masih bekerja di pejabat dan memanglah rutin dan perkara biasa jika ibu menghantar anak ke taska kan. Sebelum hantar tu memang survey gila-gila la orang kata maklumlah anak pertama pulak tu. Siap nursery tu memang berdaftar dengan JKM pun dan bila ke sana macam-macam brief yang diberi termasuklah dari segi keselamatan. Siap bomba akan datang checking berkala la macam-macam. So memanglah kita akan rasa yakin kan. Lalu saya pun hantarlah kat situ dengan harapan yang anak kita akan dijaga sebaiknya.

bayi tersedak susu

Selang tak lama beberapa bulan tak silap masa tu anak dah berusia 6 bulan, saya dapat panggilan dari nursery yang suruh datang cepat ke nursery kerana anak demam. Dia bagitau demam je tau taktau pula kes lain. Bila sampai sahaja, saya tengok anak terbaring kat depan, tanpa sorang pun pengasuh ni tolong lap ke tuam dengan kain ke apa nak bagi reda panas kan. Allah sahaja yang tahu saya tengok anak dah biru dan takde respon. Umur anak masih panjang, saya terus ke hospital dan anak terus diberi rawatan, demam panas yang terlalu tinggi. Sedangkan masa saya hantar pagi tu sihat walafiat tanpa sebarang tanda nak demam pun. Syukur Allah masih bagi peluang menjaga anak tersayang. Sebab tu saya boleh bayangkan perasaan bagaimana agaknya jika bila kita ambil anak petang tapi dengan keadaan kaku. Sedih sangat kan?

Kalau nak salahkan ibu bapa kenapa hantar anak ke taska? Itu memang terpaksa kerana mereka bekerja. Nak salahkan taska, memang banyak juga taska yang cuai tapi ada juga taska yang betul-betul bertanggungjawab. Tapi berlaku juga kes sedemikian. Tapi bayangkan ye berapa kerap dan sejauh mana nak bertanggungjawab kalau dah ramai takkan nak belek anak kita setiap 10 minit kan? Lagi kalau contohnya anak kita tidur, lagi lama tidur lagilah bagus. Mungkin menyangka anak tidur tapi tak perasan pula tiba-tiba dalam tidur tersedak susu atau camana kan? Bukan dia belek anak kita setiap 10 minit. Itulah yang saya paling sedihkan sebab anak tu pergi dalam keadaan keseorangan. Ya Allah sedihnya memikirkan. Seorang diri dia pergi, kita sebagai ibu bapa tiada di sisi. Terkilan kat situlah. Mungkin kalau dia pergi depan mata kita atau dalam dakapan kita, itu cerita lain. Mungkin kita puas sebab dapat berikan yang terbaik.

Nak salahkan kerajaan? Sepatutnya semua tempat kerja wajib ada pusat asuhan kanak-kanak. Ibu hanya perlu bawa anak ke pejabat dan disediakan tempat jagaan. Masalahnya memang sudah ada beberapa tempat begitu tapi pusat jagaan itu tak cukup menampung semua anak staff. Kadang kena ikut turn macam tempat kerja saya dahulu itupun hanya di HQ  yang ada, bukan semua cawangan. Jadi adakah perlu salahkan kerajaan atau salahkan majikan kerana tidak sediakan tempat jagaan bayi?

Kerana perkara-perkara inilah yang buatkan saya berfikir. Kita nak salahkan semua orang tak boleh. Takde daya kita nak salahkan keraajaan, sebelum kerajaan buat perkara tu, anak-anak kita dah besar pun mungkin. Tak sempat nak merasa. Nak salahkan taska, kita dah cari taska yang terbaik. Dan orang jaga anak kita mestilah takkan sama dengan tangan kita sendiri yang menjaga. Nak salahkan majikan sebab bagi kita kerja hingga terpaksa tinggal anak, kita pun kena kerja untuk cari nafkah. Jadi adakah perlu menyalahkan semua pihak?

bayi tersedak susu

Pada saya yang terdaya saya lakukan hanyalah ubah diri. Yelah maksudnya jika kita takut benda tu berlaku, maka kita yang kena usahakan. Kita harap orang yang ubah umpama menunggu buah gugur. Kita yang kena bertindak. Kalau betul nak jaga anak sendiri kat rumah pasti kena ada income. Kalau tak kerja mana nak dapat income? Jadi perlulah cari alternatif. Contohnya cubalah belajar buat bisnes. Kalau ada kemahiran menjahit baju misalnya, bolehla mencuba dengan kemahiran yang ada. Pendek kata macam-macam dan kena ingat rezeki yang datang tu bukan sahaja kena bekerja di pejabat, kat mana-mana sahaja boleh jika kita mahu. Betul tak? Nak harap ada  yang bagi bantuan dekat kita, bila agaknya? Kita lah kena cari.

Dan saya pasti ramai ibu di luar sana kalau boleh mengimpikan bekerja sendiri di rumah sambil jaga anak. Ramai ada cita-cita begitu tapi takut. Takut sebab bimbang nanti takde gaji, takde pendapatan. Rezeki Allah tu luas. Niat kita sebab nak menjaga anak pasti Allah bukakan jalan yang seluasnya jangan risau. Macam saya memang sebelum ni rasa tak terfikir nak berhenti kerja kerana apa benda yang saya tahu buat? Kemahiran rasanya takde, nak baking tak pandai, nak menjahit tak pandai. Tapi saya jumpa benda lain, produk kesihatan itupun secara tak sengaja sebab mencari set tambah susu semasa menyusukan bayi. Pada saya sebab saya terjumpa secara tak sengaja itulah sebenarnya petunjuk Allah nak bagi dengan mesej inilah sebenarnya apa yang perlu kau buat. Aku dah bagi jalan, kena buat. Alhamdulillah saya ikut gerak hati untuk buat dengan sesungguh hati.

Jadi janganlah takut untuk buat sesuatu di luar kebiasaan. Tapi rasa bukan sesuatu yang luarbiasa sekarang ibu bekerja dari rumah. Dan ia memang amat secocok dengan status ibu kerana itulah yang sepatutnya iaitu menjaga rumahtangga. Jiak di rumah anak-anak boleh kita tengok sepanjang masa, kalau sakit demam kita orang pertama yang akan pantau, bukan pantau anak dari pejabat. Kita yang tahu bagaimana nak rawat lebih cepat, kita alert sebab itu adalah anak kita, kita yang lebih kenal. Pada saya pengorbanan ibu yang bekerja dari rumah amat besar. Kerana sudah pasti kerana sanggup meletakkan jawatan dan bekerja dari rumah walau dianggap tidak glamer la kerana tiada pangkat kan. Tapi nak glamer atau pentingkan anak? Sebagai ibu saya pasti anak adalah nombor 1.

=====================================================
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan update pelbagai serta tips travel,tips penyusuan, tips masakan, pelbagai sharing kisah harian dan banyak lagi.
Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Shaklee Independant Distributor yang sah.


Klik FOLLOW THIS BLOG DI SEBELAH KANAN ANDA SEKARANG UNTUK TIDAK TERLEPAS UPDATE TERKINI DARI BLOG INI SETIAP HARI



TERIMA KASIH DAN SALAM UKHWAH


HUBUNGI SAYA
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
FB:wanfatihanum
Instagram: fatihanum
Instagram (2): mak_jemah_jual_vitamin
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog

Kenali saya.
Saya adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah dan menjana pendapatan dengan membuat bisnes shaklee secara online.

Saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana:


Dan kini sudah lebih setahun saya resigned dan menikmati hari-hari bersama keluarga dengan penuh syukur dan penuh nikmat kerana dikurniakan rezeki bersama shaklee.

Jika anda seorang ibu, seorang wanita, seorang yang bercita-cita ingin membuat pendapatan sampingan, saya dengan berbesar hati boleh membimbing anda.

Yang penting anda mahu dan ingin merubah kehidupan. Jangan takut jika sekarang anda masih bekerja kerana anda masih boleh berkongsi kebaikan produk shaklee secara sampingan tanpa menjejaskan waktu kerja anda.

————————————————————————————————————–

Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% – 20%?
ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:


Leave a Reply

This Post Has One Comment

  1. Nila Anggraini

    Alanhkah baik kalau kita sendiri yang menjaga anak-anak sendiri dirumah..apabila anda ingin menjana pendapatan sendiri dari rumah sambil menjaga anak pun boleh. ..nak tahu bagaimana ..? Boleh hubungi saya yer. .http://qasehfirdausshoppe.blogspot.com