Bawal Putih Pertama Dalam Hidupku

You are currently viewing Bawal Putih Pertama Dalam Hidupku

Semalam kat pasar tani apa mimpi tah Mak Jemah tertarik pada jelingan manja si bawal putih. Sebanrnya Mak Jemah tak kenal pun ni spesis bawal apa. Tapi ruba bentuk macam bawal kan jadi Mak Jemah andaikan ia adalah sejenis bawal. Taktaulah bawal apa. Maka pagi tadi Mak Jemah buat pengumuman siapa boleh teka si comel ni maka ramai yang kata ini adalah bawal putih. Maka tak syak lagi inilah dia bawal putih. Ada juga yang panggil bawal cermin. Sama tak?

resepi masak lemak bawal putih

Biasanya Mak Jemah suka beli bawal hitam. Potong kecik dan goreng pun sedap. Kadang-kadang buat sweet sour. Kadang buat kari bawal. Kadang pula buat steam limau bawal. Wah cerita pasal makanan memang Mak Jemah suka. Sebab Mak Jemah ni suka makan, suka juga masak simple, bukan pakar tapi bolehla sekadar nak makan satu family. Kalau nak jamu satu kampung tak berani.

Sejak semalam lagi Mak Jemah dah fikirkan apa nasib Bawal Putih ni harini. Rasanya kalau chinese suka buat masak stim kan. Tapi Mak Jemah ni masih tebal dengan ciri kampung, jadi Mak Jemah rasa nak buat Masak Lemak Bawal Putih. Bila Mak Jemah cerita pasal resepi masakan dah tentu Mak Jemah terpaksa cerita cara membuatnya. Resepinya sama macam buat Masak Lemak Bawal biasa cuma hari ni Mak Jemah buat ulang tayang lagilah.

Cara Membuat Masak Lemak Bawal Putih

Tumbuk 4 ulas bawang kecil bersama 2 ulas bawang putih dan sedikit kunyit hidup. Pastikan tumbuk lumat ye.

Bahan sampingan adalah seikat serai dan juga sedikit lengkuas. Kedua-dua ni boleh diketuk mesra.

Santan jangan lupa, letak sesedap rasa. Cara nak masak hanya masukkan santan bersama bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Biarkan menggelegak baru letakkan lengkuas, serai dan ikan. Selepas tu untuk rasa sedikit masam, letak sekeping asam keping atau boleh juga letak sedikit air asam jawa. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Mudah je nak buat dia tapi pastikan dihias dengan keihklasan dan enjoy memasak. Sebab kadang-kadang kalau datang perasaan malas nak masak, masakan kita boleh jadi tak sedap. Ini mengikut apa pengalaman Mak Jemah selama n. Kalau pagi tu dah rasa lain macam, rasa malas je nak masak maka jangan cuba-cuba nak buat dalam keadaan stress, masak ni mesti dengan kasih sayang. Bila masak dengan kasih sayang, walau goreng ikan je pun rasa sedap. Lahir dari hati katanya.

Maka pagi-pagi lagi dah siap masakan Mak Jemah disulami dengan penyerinya iaitu sayur goreng dan juga telur goyang Mas Idayu. Yang telur tu adalah rekaan Mak Jemah semata tiada kena mengena dengan pemilik nama. Sebab Mak Jemah ni kadang idea datang masa tengah masak. Mula-mula fikir nak masak lain, tapi akhirnya jadi lain. Spontaneous orang putih kata. Tak semua orang memiliki ciri Mak Jemah ni. Tapi jangan salah guna. Kalau masak telur pastikan ia masih berupa telur dan tak lari dari matlamat asal. Jangan sebenarnya kita masak telur, tapi orang sangkakan kita masak batu. Haru….

telur sambal

Jadi Mak Jemah nak menunjuk sikitlah masakan harini. Malas nak isi kuah dalam pinggan, maka izinkan Mak Jemah snap gambar dari dalam periuk ye. Maaf ikan bawal putih tu sudah nampak berterabur kerana telah selamat dimakan oleh Mak Jemah dan anak. Jadi biarpun rupamu tak sempurna, tapi motif sebenar adalah nak tunjuk masakan tu. Kira bolehlah ye.

resepi bawal putih

Maka kekenyanganlah Mak Jemah dan anak-anak satu famili harini. Rasa jatuh cinta pun ada dengan bawal putih ni. Rupanya isi dia sedap, lagi manis dari bawal hitam. Patutlah bila pergi pasar malam tengok yang beli bawal putih ni ramai chinese. Mereka masak stim kan mesti nak kena guna ikan yang isinya manis. Nanti Mak Jemah nak cubalah pula buat Bawal Putih Stim Limau. Pasti terangkat. Dah terngiang-ngiang ni doakan impian Mak Jemah jadi kenyataan.

@@@@@———————————————-@@@@@
Klik link di bawah:

Leave a Reply

This Post Has One Comment

  1. Unknown

    Wah…sedapnya nanny….kecur air liur tgk masak lemak..