Trip Jakarta Day 3: Mangga Dua

Harini misi nak selesaikan hari terakhir berjalan-jalan sebelum nak berangkat balik Malaysia pada besok hari.

Misi kami ke semua Mangga Dua yang ada. Sebenarnya kami pun baru tau yang ada Mangga Dua Square, WTC Mangga Dua, ITC Mangga Dua dan Pasar Pagi Mangga Dua.
Ok kami decide untuk ke ITC Mangga Dua dahulu kerana ia lebih jauh dalam 10 minit perjalanan dari hotel. Pilihan kami macam biasalah ambil teksi hotel je, malas nak menapak ke depan jalanraya untuk cari silver bird, bluebird taxi. Tambang teksi White Horse ke ITC Mangga Dua adalah 50 ribu lebih kurang RM13. Murah ke mahal eh? Tak kisahlah janji sampai. Tapi rasanya kalau guna teksi biasa seperti bluebird tu mesti lagi murah.

bayaran teksi mangga dua

tambang teksi hotel ke mangga dua

Teksi hotel ni macam teksi eksekutif, kalau bluebird tu macam teksi bajet la lebih kurang. Kalau nak jimat lebih baik gunakan teksi bajet. 
Oleh kerana pemandu ni pandai cilok jalan pintas maka memang tepat 10 minit kami dah sampai ke ITC Mangga Dua. Masa ni dalam jam 9 pagi banyak kedai-kedai baru bukak. Bersebelahan dengan ITC Mangga Dua adalah Pasar Pagi Mangga Dua. Tapi kami malas nak pergi sebab semalam sudah memborong di Tanah Abang jadi lebih kurang sahaja barangnya.

jarak ke mangga dua

Yang ni pasar pagi Mangga Dua tapi snap gambar dari dalam teksi je hehehe sorry korang tak boleh nak review keadaan semasa dalam tu.

lokasi ITC Mangga Dua

Mangga Dua

Mangga Dua

Dekat ITC Mangga Dua ni ada dua wing iaitu satu di bahagian yang kami pergi ni adalah banyak jual beg tangan, kasut dan baju kanak-kanak. Wing lagi sebelah di seberang jalan pula untuk gadget IT tapi kami tak pergi ke wing sana sebab malas. Boleh pulak malas kan. Sebab tu kami suka redah sendiri tak pakai supir sebab nak kebebasan masa sendiri. Tak perlu janji nak keluar pukul berapa dan sebagainya.
Bagi yang nak datang ke sini eloklah kalau anda datang dalam jam 10 pagi kerana masa ni baru banyak kedai bukak. Masa kami sampai tu ramai yang masih dalam proses buka kedai dan susun barang.

Mangga Dua
Mangga Dua

ITC Mangga Dua

Pendek kata kalau korang nak cari beg berjenama yang palsu inilah tempatnya heheheh. Macam-macam ada pilih sahaja nak yang mana macam-macam pattern.
Dekat sini kami tak borong apa pun kecuali beli beberapa helai baju tidur untuk anak-anak. Lepas tu dah rasa boring kami decide nak ke Mangga Dua Square pula.

Mangga Dua

Dari ITC Mangga Dua jumpa teksi bluebird, kami naiki teksi tu ke Mangga Dua Square dalam 5 minit sahaja. Tambang teksi ni dalam RM5 je murah banget!
Sampai sana biasalah Mangga Dua Square ni macam mall biasa, kami berhenti melepaskan lelah dahulu makan donut dan coffee.

Mangga Dua

Mangga Dua
Ikutkan dekat sini tiada apa yang mahu dibeli sebab harganya lebih mahal dari Tanah Abang dan ITC Mangga Dua. Kesimpulannya korang pergilah Tanah Abang tempat wajib untuk shopping, tak perlu shopping tempat lain.
Selesai pusing-pusing kami pun balik hotel. Rehat sebentar sebab petang nanti masa untuk mama ber spa! Seronoknya dah lama tak ber spa ni. Sambil suami bawa anak-anak mandi kolam, saya dengan penuh semangatnya turun ke tempat spa.

mangga dua

Daku mengekor dari belakang untuk dibawa ke bilik rawatan. Jangan tidur dulu tau!

mangga dua spa

mangga dua
hotel mangga dua
Ok maka bermulalah rawatannya kali ni saya ambil pakej massage, scrub, dan berendam umpama gajah hhahahhaa. Ala benda standard yang ada dalam pakej spa la korang. Lupa plak tempoh masa rawatan ni rasa dalam 1 jam setengah camtu.
mangga dua spa

Selesai sudah berspa, sebelum keluar dari tempat tu sempat posing satu round dengan penjaga kaunter spa. Motif?
Maka malam tu bukan boleh tidur nyenyak tapi agaknya jadi bertenaga sebab segala urat telah kembali berfungsi maka jadi tak boleh tidur. Lewat jugaklah lagi 2 jam nak subuh baru boleh lelap.
Maka selesai sudah trip jakarta kami kali ini. Esok sudah mau pulang bersama memori indah di sini. Ada banyak lagi tempat yang kami belum lawati tapi mungkin boleh dibuat lain kali. Kali ni kami hanya trip santai tanpa mahu berjalan banyak tempat. Mahu relax dan menikmati masa bersama keluarga sahaja.
Jumpa lagi di entry yang lain dengan tempat menarik lagi insyaAllah.

Leave a Reply

This Post Has One Comment