Shaklee HQ telah berpindah Tempat Baru

Shaklee HQ telah berpindah ke tempat yang baru. Sebelum ni shaklee HQ terletak di Empire Tower Subang tetapi kini telah berpindah ke Pinnacle yang berdekatan dengan Hotel Sunway Resort & Spa. Atau juga boleh dikatakan berdekatan dengan Sunway Piramid.

Bagaimana mahu ke sana?

Alamat Shaklee HQ yang baru adalah di Sunway Pinnacle, Bandar Sunway. Boleh rujuk alamat pada peta di bawah.

Alamat lengkap Shaklee HQ yang baru adalah:
Sunway Pinnacle
Level 9, Persiaran Lagoon
Bandar Sunway
47500 Subang Jaya
Selangor

lokasi shaklee HQ baru

Mudah sahaja mahu ke sana anda hanya perlu masuk ikut signboard ke sunway hotel resort & spa. Bila memasuki jalan tersebut, anda akan dapati Sunway Hotel Resort & Spa di sebelah kanan anda. Perhatikan bangunan tinggi di hadapan jalan, yang tertera lambang SUNWAY yang besar, di situlah terletaknya The Pinnacle.

peta lokasi shaklee hq

Inilah bangunannya, anda hanya terus menuju ke sana dan boleh parking di dalam bangunan tersebut.

peta lokasi shaklee hq baru

Mudah sangat nak cari. Saya pertama kali berkunjung hari ini dan bangunan ini betul-betul strategik tempatnya. Siap shopping shaklee boleh sambung shopping di sunway piramid:)
peta lokasi shaklee hq

Ini adalah lobi utama. Sebelum naik atas anda mestilah daftar dahulu di kaunter ini. Sertakan ic dan anda akan diberikan satu kad untuk masuk. Terus sahaja masuk menggunakan lif ke tingkat 9.

cara ke shaklee hq yang baru

Jeng jeng jeng! Aksi kuak rama-rama oleh anak bujangku. 

peta lokasi shaklee hq

  

Kaunter banyak tau jadi anda tak perlu risau nak menunggu lama. Saya sampai je terus dipanggil tak sampai dua minit menunggu. Wah servis pantas! Saya ke sini waktu petang memang tak ramai orang waktu in. Jadi boleh membeli belah dengan tenang gembira:)

peta lokasi ke shaklee hq baru
Selepas buat belian, saya saja ke ruang sebelah lagi untuk meninjau dan melawat kawasan:) Biasalah sesekali pergi wajib melawat. Memang luas tempatnya dan sangat mesra keluarga. Kerusi yang disediakan cukup banyak boleh dijadikan tempat berdiskusi, ada juga bilik meeting disediakan di sini.

peta lokasi hq yang baru

peta lokasi hq baru

hq shaklee berpindah ke tempat baru

Di sini juga kelihatan ada playground tapi sayangnya belum lagi dibuka pada umum. Best ni bila dah buka nanti sambil mak buat kerja, anak-anak main kat dalam tu. Mesra family semestinya:) Jadi lepas ni kalau bawa anak-anak ke shaklee HQ tak risau lagi anak mungkin bosan menunggu kita, sudah ada tempat untuk mereka bersantai. Kita pun tak risau lagi kan?
Pendek kata design yang menarik, tempat yang luas, ada banyak kemudahan, selesa dan nampak begitu teratur, sejuk mata memandang dengan warna hijaunya yang menjadi tema keseluruhan tatarias. Menarik sangat dan tenang rasa bila sampai sini. Lain kali nak datang lagilah!

Bagi yang ingin membeli produk shaklee, anda boleh dapatkan harga ahli dengan hanya MENJADI AHLI SHAKLEE. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu isikan borang di bawah dan saya akan menghubungi anda untuk panduan bagaimana mahu menjadi ahli shaklee.

=======================================================================

Jemput follow blog ini untuk mendapatkan update pelbagai serta tips travel,tips penyusuan, tips masakan, pelbagai sharing kisah harian dan banyak lagi.

Klik FOLLOW THIS BLOG DI SEBELAH KANAN ANDA SEKARANG

TERIMA KASIH DAN SALAM UKHWAH


H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
FB:wanfatihanum
Instagram: fatihanum
Instagram (2): mak_jemah_jual_vitamin
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog

Leave a Reply